Bab 8 Abang!

10.1K 748 75
                                    

"boleh tak?" ditarik pinggang iliya supaya makin rapat dengannya. Iliya masih kaku tidak berkata apa-apa.

Wajah Harraz yang masih tenang direnung lama sebelum dia berdehem dan menunduk.

"taknakla,malu" kata iliya tanpa toleh kiri kanan. Harraz terus melepaskan tautan tangannya di pinggang iliya sejurus iliya berkata begitu. Air mukanya juga sedikit muram.

"takpela,tak paksa" Harraz mula melangkah ingin ke luar dari bilik itu untuk mengangkat barang.

Takpela Harraz,benda masih baru untuk dia. Boleh try slow slow kan?

Iliya pula hanya memandang kelibat Harraz yang sudah keluar dari bilik.

Suasana yang agak romantis tadi serta merta lenyap akibat perbuatannya tadi. Sedikit sebanyak dia terasa ingin mencarut pada diri sendiri.

Iliya,pujuk dia.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Iliya mengeluh lega apabila mi goreng buatannya siap dimasak sepenuhnya. Sudahla lepas makan ni nak kemas rumah pula.

Dengan penuh berhati-hati dia mencedok mi goreng ke dalam mangkuk kaca bersaiz sederhana dan dibawa ke meja makan yang bertentangan dengan dapur.

Usai menyusun pinggan dan menyediakan minuman,iliya mencari kelibat suaminya.

Kelihatan Harraz sedang menonton televisyen di ruang tamu ,entah apa yang best sangat tengok telenovela tu?

Sudahla sejak kejadian tadi Harraz lansung tidak bertegur sapa dengannya. Solat zohor pun sendiri tak ajak dia solat sama-sama.

Nampak sangat dia punya merajuk tu. Dasar,baby besar.
"Harraz,saya dah masa--"

"tak lapar"balas Harraz terus tanpa berdalih. Iliya mengemam bibirnya apabila Harraz kemudian bangun dari duduknya. Televisyen ditutup dengan alat kawalan jauh.

"awak.." panggil iliya bila Harraz berjalan melintasinya untuk ke tangga.

Serta merta Harraz mematikan langkahnya,badannya yang tersarung seluar track dan baju T itu tegak berdiri di posisi asal manakala kepala ditoleh kearah isterinya.

"hurm?" Harraz buat muka kerek dia. Iliya sudah buat muka sendu dengan wajah suaminya itu. Kalau merajuk atau marah selalu buat muka minta penampar tu.

Kau jangan Harraz,kang tak sampai seminggu jadi isteri dah jadi janda huwargh!!

Iliya bermain jari sambil mendekati Harraz,takut-takut dia melihat wajah ketat lelaki itu yang tidak berkalih dari merenungnya. Auch takowt kita!

"nak apa ni? Cepatla" sergah Harraz tiba-tiba. Makin pucat wajah iliya.

Harraz mengangkat kening,budak ni dah kenapa? Dah macam hamster ketakutan pula dia tengok.

"a-abang.."

Berubah seratus peratus raut wajah Harraz, dia panggil aku apa bro?

"abang marah saya ke?"

Melihat wajah takut iliya membuatkan Harraz mengeluh.

Sedarla Harraz,lelaki takkan boleh merajuk dan perempuan selalu menang.
Dia menghela nafas ringannya dan tersenyum nipis.

"apa sayang? Tak dengar" tak dapat ditahan perasaan gembiranya yang sudah melonjak naik apabila panggilan yang sudah lama dia idamkan itu keluar dari bibir gadis yang dia sayangi.

Terasa ada rama-rama berterbangan dalam perutnya. Senyumannya juga tak dapat dibendung. OMG SHE IS SO CUTE!

"abang.." berkerut dahi iliya apabila menyebut panggilan yang diminta Harraz.

"tak dengarla,kuat sikit?" Harraz tersengeh suka,dia melangkah kearah iliya yang sudah menunduk.

Iliya mengembungkan pipi, berkerut-kerut dahi dia menahan geram apabila dia tersedar bahawa Harraz sedang buat dajjal dekat dia.

Terus belakang badan Harraz dipukul sekuat hati.
"eee dia ni kan! Jahat la!" jerit gadis itu.

Terjerit jerit Harraz dibuatnya bila dipukul sebegitu oleh iliya. Belakang badannya yang dipukul disentuh,perit woo!

"dahla taknak la panggil panggilan tu! Kempunanla awak sorang-sorang!" bentak gadis itu lalu memutarkan tubuhnya mahu larikan diri ke dapur.

"eh !" pantas Harraz menangkap pergelangan tangan iliya lalu ditarik kearahnya. Kedua belah bahu iliya dipegang erat menghadapnya.

Cemberut habis wajah gadis itu . Harraz tergelak suka melihat wajah tak puas hati isterinya itu. Ada juga kena cium mulut tu, muncung je memanjang!

"i'm sorry..okey?"

Iliya tak menjawab,dia menggerakkan bebola matanya ke arah lain. Sakit hati dengan orang tu.

"iliya..."panggil Harraz.

"eee awak nak apa?" bentak gadis itu lagi.

"panggillah lagi"

"apa!?"

"alaaa dia ni buat buat tak tahu pula, cepatla nak dengar ni!" kedua belah bahu iliya digoncang kuat sampai terpusing pusing fikiran gadis itu.

"taknak!" jerit iliya cuba bergelut untuk melepasi Harraz yang menggoncang bahunya bagai hulk.

"kalau taknak,saya tak bagi sambung study" ugut Harraz. Mengecil mata gadis itu melihat Harraz yang sudah menggunakan kuasa vetonya.

"eh suka hati dia tak bagi orang sambung study,apa kaitan!" jerit iliya geram. Dia memeluk tubuh .

Harraz buat muka sinis,dia menundukkan sedikit kepalanya supaya sama tinggi dengan Iliya.
"kaitannya terjadi sejak saya akadkan awak , awak tanggungjawab saya. Nak pergi mana-mana atau nak buat apa-apa kena ada izin saya. Faham?"

Wajah cemberut iliya tadi perlahan-lahan pudar dan diganti dengan muka mendatar.

"habistu nak suruh saya terperuk kat rumahla?"soalnya dengan nada menjengkelkan.

"apa salahnya, awak boleh layan saya." tersentak iliya melihat wajah miang Harraz.

Jari telunjuk diangkat ke muka Harraz sebagai amaran awal.
"awak jangan nak miang miang dengan saya yer?"

"apa salahnya,nak suruh saya miang dengan orang lain ke?" soal Harraz dengan nada berguraunya.

"orang serius dia main-main.." Iliya menolak lembut tangan Harraz dari memegang bahunya.

"saya nak panggilan tu je,bukan banyak pun saya minta"

"fine,tapi janji jangan mainkan saya?" soal iliya. Kang Harraz dajjalkan dia macam tadi harus dia berkurung dalam bilik mandi menahan malu.

"janji sayang" Harraz mengusap pelan rambut Iliya yang terikat ikut kuda itu.

Iliya berdehem membetul pita suaranya sebelum bergerak ke meja makan.
"abang nak makan? Saya masak mi goreng je. Takpe kan?"

Harraz tersenyum lebar lalu mengambil tempat di meja makan. Satu langkah pertama di alam perkahwinan?

Itu baru iliya sebut panggilan itu sahaja sudah buat dia bahagia. Kalau yang selebihnya memang terlebih angaula kau Harraz.

"semua yang sayang masak abang makan"
Bisik Harraz dan terus pipi kanan isterinya itu dicium sekilas sebelum dia mengambil tempat duduk di meja makan.

"gatal" bisik gadis itu namun tidak didengari Harraz.
Terasa mahu meletup kepala gadis itu sekarang bila dicium begitu. Terasa jakun yang teramat!

"asal muka tu? Nak kena cium ke?"

"abang!"

Tbc❤

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Where stories live. Discover now