Bab 10 Honeymoon🍯🌝

10.8K 718 78
                                    

"yeay finally!" masuk sahaja ke dalam bilik hotel terus iliya melompat ke atas katil. Siap pakej kuak lentang lagi.

Harraz yang baru masuk sambil menarik kedua-dua beg roda mereka berdua hanya menggeleng perlahan.

Kedua-dua beg roda sama saiz itu diletakkan ditepi meja solek. Suis aircond dan lampu dihidupkan sebelum dia mencapai alat kawalan jauh televisyen.

Harraz meregangkan badannya seketika lalu duduk di birai katil. Wajah suci murni iliya yang sedang diulit mimpi dipandang jengkel.

Aku yang drive berjam-jam dia yang over kepenatan.

Rambutnya disebak kebelakang kemudiam televisyen dihidupkan. Bukan nak tengok tv sangat pun. Saja nak meriahkan suasana.

Selepas dipujuk-pujuk iliya supaya pergi honeymoon akhirnya iliya setuju walaupun beberapa kali dia menolak dengan alasan membazir dan sebagainya.

Niat nak pergi jauh lagi tapi iliya nak honeymoon dekat-dekat je. Jadi kita ikutkan sahaja kemahuan makcik ni.

Destinasi pertama Cameron Highlands dan destinasi kedua Pulau Perhentian!

Harraz mencabut tiga butang teratas kameja putihnya kemudian dia membaringkan tubuh di sebelah iliya yang sudah berdengkur.

"hey"tegur Harraz lalu jari telunjuknya diletakkan di atas hujung hidung iliya lalu ditarik keatas menjadi hidung haiwan bewarna pink.

Harraz ketawa kecil ,buruk ada comel pun ada.

Pantas iphone 8 miliknya diambil dari poket seluarnya. Aplikasi kamera ditekan lalu disua kewajah iliya yang sudah ternganga mulut kerana kuat sangat berdengkur.

Hujung hidung isterinya ditekan keatas membentuk hidung babi .

Click!

Harraz kemudian menekup bibirnya menahan ketawa besarnya daripada meletus. Dia terguling-guling di atas katil itu menahan ketawa ketika melihat hasil tangkapannya.

"dalam banyak-banyak babi,yang ni paling comel" katanya perlahan. Kalau si iliya dengar ni mahu tidur luar hotel si Harraz.

Gambar meme iliya ditatap seketika . Pantas jarinya membuat kerja dan sekelip mata gambar buruk iliya menjadi penghias wallpaper iphone 8 kepunyaannya.

Tersenyum-senyum dia menatap gambar itu dan wajah lena isterinya silih berganti.

Untuk mengelakkan kantoi terus dia menekan setting dan membuat fingerprint . Biar iliya tak dapat buka phone dia.

Phone di letakkan di atas meja kecil di tepi kepala katil, dia kemudian baring secara mengiring kearah iliya.

Pipi isterinya itu diusap perlahan-lahan.
"iliya.."

Tak bergerak,

"sayang pergi mandi dulu" kalini pipi gadis itu tidak diusap tetapi ditarik-tarik seakan slime.

Iliya yang seakan tersedar mula menggeliat dan memusingkan tubuh membelakangi Harraz.

Harraz mula bangun untuk bersila dan menarik tubuh itu menghadapnya. Belitan shawl di kepala isterinya dibuka perlahan-lahan.

Akhir sekali selepas mencabut pin tudung dan anak tudung terus shawl iliya disidai di kepala kerusi meja solek.

"sayang,bangun"

"ngantuk.." cebik gadis itu perlahan dengan mata yang masih terpejam.

"Busuk-busuk ada hati nak guling-guling atas katil" kata Harraz selamba. Celik terus mata iliya lalu memandang tajam kearah suaminya.

"nak kata saya busuk ke apa ni?"

"eh terasa ke?" Harraz tayang senyuman senget.

"bakteria pun lemas bau badan awak" kutuk Harraz lagi. Iliya mengerutkan dahi,ada yang kena tibai lepasni kang.

"pi mandi" kata Harraz lagi.

Iliya tidak memberi respon,dia tidak bangun dari baringnya tapi kedua belah tangannya diangkat tinggi-tinggi kearah Harraz.

Harraz mengerutkan dahi,dia ni nak apa pula?

"dukung"

Tergelak Harraz, aish bini siapa ni? Dengan muka masam mencuka berkerut-kerut macamtu selamba minta dukung. Comelnya lahai.

"ingat awak tu ringan sangat ke wahai isteriku?"

"kalau abang nak saya mandi baik dukung sahaja yer suamiku" Harraz berdecit lalu kedua belah tangan iliya yang masih diangkat itu ditarik kuat tapi iliya keraskan tubuh .

"taknak tarik,nak dukung!"

"ee mengadanya!"

"oh abang nak kata saya mengada la ni!?"

"memang awak mengada!"

"okay fine!" dengan muka tak puas hati iliya bangun dari pembaringannya dan menjeling kearah Harraz sebelum dia mula berjalan menonong kearah bilik air.

Apabila dia berjalan melintasi Harraz,tanpa sebarang amaran terus lengan iliya ditarik .

"abang!"
Harraz terus menunduk untuk memaut pinggang dan bawah lutut iliya. Sejurus itu tubuh iliya berada dalam dukungannya dalam sekelip mata.

Tak berkelip kedua belah mata iliya melihat wajah Harraz yang amat dekat dengannya.

"uish beratnya! Mesti 200Kg ni!" rungut Harraz dengan muka sengaja dikeruhkan. Terus dada Harraz ditumbuk kasar.

"saya 46Kg jela! Jangan nak melebih eh?"

Harraz ketawa kecil, terus dia menyusun langkah kearah bilik air secara berhati-hati sambil mendukung anak dugong--eh typo,anak duyung.

Sampai sahaja di dalam bilik air terus tubuh iliya diturunkan ke bawah. Membulat mata gadis itu apabila Harraz yang turut berada di dalam bilik air mula mengunci pintu.

"a-abang,saya nak mandi ni" kata iliya segan. Nak manja-manja je pasal dukung tu,tak tahu la pula boleh jadi macam ni.

"mandi la" kata Harraz selamba

"kalau suami isteri mandi sama-sama dapat pahala tau,sayang taknak eh?" soal Harraz apabila iliya dah tarik muncung.

Dengan lagak seorang psychopath dia melangkah mendekati iliya yang berdiri di tepi sinki.

"abang!!" jerit iliya cemas, dia semakin mengundur dan mengundur apabila Harraz mendekat. Sedar tak sedar dia termasuk ke dalam bahagian shower.

"abang janganlaa!" jerit iliya lagi

"mwahahahaha! Nak makan kamu!" Harraz ketawa jahat seakan penjahat dalam disney.

Terus dia memulas pili shower di belakang iliya dan sekelip mata tubuh mereka berdua basah.

"janganla usik saya!"jerit iliya diselangi bunyi pancuran air hujan.

"lain kali nak lawan cakap suami lagi tak?"

"taknakkk , abang keluar la!" tubuh Harraz ditolak-tolak kearah pintu bilik air.

Tubuh Harraz yang tersarung kemeja putih tadi mula basah dan mula membentuk mengikut lekuk-lekuk tubuh badannya.

Iliya mula menelan air liurnya,pantas dia menutup shower dan memandang kearah lain.

"iliya.."

"apa?"

"your shirt" terbeliak mata gadis itu. Sudahla dia tak pakai singlet!

"abang ....keluarla!" cebik iliya geram,kaki dihentak-hentak kasar di atas lantai marmar bilik air itu. Kedua belah tangannya mula disilangkan di bahagian dadanya.

Harraz meraup wajahnya kasar,halkumnya bergerak naik turun menelan air liur yang terasa amat kesat pada waktu itu.

Sabar Harraz,jangan ikut nafsu.

"sorry"katanya sepatah
Tanpa berlengah lagi dia melangkah keluar dari bilik air meninggalkan iliya yang sudah terkebil-kebil menahan malu yang menggunung.

"gatal"

Tbc❤

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Where stories live. Discover now