Bab 2(2)

736 10 0
                                    

AKAN DATANG
Terbitan Ogos 2020
Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM
Penulis : Arena Yidin

🐞Part 2(2)🐞

"Apa hal ni? Macam cacing kepanasan! Ada apa? Tadi dalam telefon bukan main cakap nak jumpa. Ada hal nak bagitahu. Sekarang? Ke hulu ke hilir macam tu. Pening la aku tengok! Cuba cool sikit. Bagitahu aku sekarang," bebel Rizal kelihatan sedikit rimas dengan gelagat Deana.

"Riz kena tolong Dee, Riz. Walau macam mana pun. Walau apa pun yang terjadi. Riz kena tolong Dee. Dee tak tahu nak buat apa dah." Deana masih beriak pelik di mata Rizal.

"Yalah! Apa halnya? Bagitahulah!"

"Kita pergi dari sini, nak?" Deana menatap bebola mata Rizal dalam.

"Hah? Nak pergi mana?"

"Mana-mana aje. Asalkan kita tak duduk sini. Riz tahu tak, ayah bagi kata dua untuk Dee sama ada sambung belajar atau kahwin dengan anak kawan dia."

"Apa?" Buntang mata Rizal mendengar pengakuan Drana.  "Jadi... kau pilih yang mana?"

"Dee pilih yang ketiga, lari dengan Riz. Kita pergi dari sini. Apa-apa aje. Kita kahwin lari pun Dee tak kisah. Tolong la Riz. Dee tak nak sambung belajar lagi. Dah bosan. Kahwin dengan anak kawan ayah, memang taklah!" Berkerut dahi Deana bercerita dan merayu Rizal.

Rizal usap rambutnya ke belakang dengan kasar. Serba salah. Dia buntu diberi pilihan. Deana di hadapan dipandang sayu. Ada sesuatu yang bermain di benaknya.

"Kau serius ni nak pergi dari sini? Lari dengan aku? Kalau aku dituduh culik kau, aku kena tangkap macam mana? Masak aku, Dee!"

Deana muncungkan mulutnya. Dia tidak menduga Rizal akan beralasan. Bukan menyokongnya.

"Riz sayangkan Dee ke tidak?" Deana hentak kaki. Geram dengan tingkah Rizal.

"Aku tak nak ambil risiko. Okey macam ni, kau pilih yang pertama. Tamat belajar, aku pinang kau! Jadi kita tak payah lari dan kau tak perlu kahwin dengan anak kawan ayah kau. Kau kahwin dengan aku!" Sengih Rizal berharap Deana setuju.

Deana masam mencuka. Peritnya untuk memilih walaupun yang pertama. Dia akan berjauhan dengan Rizal untuk tempoh beberapa tahun lagi. Dia tidak yakin Rizal akan setia dengannya untuk tempoh itu. Dia tidak mahu kehilangan lelaki itu.

"Macam mana?" Rizal raih tangan Deana yang sudah mulai diam. Gadis itu mencebik dan memuncungkan mulutnya.

"Dee nak balik!"

"Hei... kau belum bagi kata putus. Setuju tak dengan pilihan pertama?" Rizal pegang bahu Deana.

Gadis itu menepis pegangan Rizal. Sakit hatinya. Lelaki itu rupa-rupanya tidak memahaminya. Sama seperti ayah dan ibunya juga.

"Dee..."

Deana tepis lagi pegangan Rizal. Dia melangkah perlahan meninggalkan Rizal di situ terpinga-pinga.

"Dee..." Rizal mengejar dari belakang.

"Fine! Dee akan pilih yang pertama. Dee akan sambung belajar macam yang ayah dan ibu nak. Macam yang Riz nak. Dee akan ikut kehendak korang! Sekarang, ikut kehendak Dee pula. Dee akan sambung belajar dan Riz jangan hubungi Dee lagi sampai bila-bila!"

Rizal terkedu.

Dia tidak menduga Deana membuat keputusan sebegitu. Nafas dihembus perlahan. Sakit rasanya menerima penolakan Deana.

"Dee."

"Jangan ikut Dee lagi!"

"Shit!"

Batu kecil di hujung kaki disepak Rizal dengan hati yang berbuku geram...

Batu kecil di hujung kaki disepak Rizal dengan hati yang berbuku geram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

arenayidin

31 Julai 2020

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT] Where stories live. Discover now