Bab 34

122 3 0
                                    

🐞Random part🐞

SAYU. Yasmin menepis mutiara jernih yang tiris dari kelopak matanya. Kekhilafannya sebelum ini tidak dapat diundur semula. Hanya penyesalan yang datang bertamu di lubuk jiwa. Betapa dia menyesali kesilapannya selama ini. Dia benar-benar alpa.

Sebagai seorang ibu, sepantasnya dia menjadi contoh buat Fazira. Menjadi teladan buat anak-anaknya dan menantunya. Namun, kerana nafsu dunia, dia alpa dan menutup mata. Setiap kesalahannya tidak dicerna malah menjadi ikutan Fazira pula.

Sudahnya, Firman, Firash dan Deana menjadi mangsa. Firman anak sulungnya tidak selalu dijenguknya memandangkan dia punya anak istimewa.

Firash yang meniti bahagia bersama isteri tercinta diganggu rumahtangganya. Zuriat menjadi punca robohnya mahligai yang pernah utuh sebelumnya.

Sejak terlantar sakit di hospital kerana serangan jantung tempoh hari, Yasmin mulai sedar akan kesilapannya. Viviana Rose yang sepatutnya berubah menjadi lebih baik kini hidup terpenjara di jeriji besi. Gadis itu didakwa Firash dan tidak mendapat kemaafan dari lelaki itu.

Firash pula sudah berpindah ke Kuala Terengganu menetap di sana. Syarikat milik papanya ditinggalkan demi isteri tercinta. Betapa luhur cinta lelaki itu buat wanita yang didampinginya.

Yasmin usap dada. Suami yang sedang duduk di sofa ditenung sedari tadi.

"Heh? Kenapa pandang abang macam tu? Ada apa?"

"Kita pergi rumah Firman ya abang hari ni. Min nak minta maaf pada dia. Dah lama kita tak jenguk mereka anak beranak."

"Awak dah sihat ke, Min? Berehat sajalah. Biar abang call Fir. Biar dia je datang sini." Tarudin letak akhbar yang dibaca ke atas meja.

"Dah sihat, abang. Min nak singgah rumah Faz juga. Hari ni katanya Ustaz Umar datang lagi ke rumahnya untuk rawatan. Min ingat nak minta Faz tinggal dengan kita sampai dia sembuh. Dia sorang-sorang kat sana. Rafael tak mungkin balik dah abang. Dah angau sangat dengan dukun tu!"

"Lepas ni jangan nak manjakan si Faz tu lagi. Nasib baik sempat cari ustaz tu. Kalau tidak menderita kena macam Rash dulu. Awak jangan nak macam-macam lagi Min lepas ni. Biar je Firash dengan Deana tu bahagia dengan hidup mereka. Pasal Fir, abang nak dia gantikan tempat Rash. Min jangan masuk campur. Min buat hal lagi, siaplah. Abang takkan bagi muka dah kali ni..." Tarudin menatap Yasmin tajam seraya mendapat tundukan kepala dari isterinya itu.

"Maaf, abang. Min takkan buat hal lagi. Min menyesal... maafkan Min..."

arenayidin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


arenayidin

01 November 2020

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT] Where stories live. Discover now