Bab 3

594 11 2
                                    


AKAN DATANG
Terbitan Ogos 2020
Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM
Penulis : Arena Yidin

🐞Part 3 (1)🐞

BERSELERAKAN. Itulah yang terjadi di bilik itu. Barangan peribadinya bertaburan di atas lantai. Sakit hatinya tidak dapat ditahan lagi. Rizal tidak serius dengannya. Itulah yang dia simpulkan.

Kali ini, Deana benar-benar nekad. Dia akan buat apa yang dia rasakan betul buat dirinya. Tidak ada siapa yang boleh memaksa atau melarangnya lagi. Biar apa pun yang terjadi, dia tidak peduli!

Tok! Tok! Tok!

Berulangkali pintu biliknya diketuk dari luar. Jeritan Puan Zaiton pula tidak berhenti dari tadi. Selepas bertemu Rizal hari itu, Deana pulang dengan wajah yang tidak ceria. Hatinya benar-benar terluka.

Sudahnya, dia berkurung di dalam biliknya tidak keluar makan dan minum. Apatah lagi untuk menonton televisyen di ruang tamu.

Dia memberontak dengan tindakan Rizal yang menyokong permintaan ayah dan ibunya. Kali ini, buat pertama kalinya hati dia membenci Rizal.

"Rizal tak guna! Rizal pengecut! Bodoh! Aku benci kau, Rizal. Benci! Arrghhhh!" Berdentum daun pintu Deana hempas.

Tubuhnya dihenyak ke tilam empuk. Matanya merah menahan asakan air mata yang ingin merembes keluar. Berhempas pulas ingin menguatkan semangat, namun akhirnya ia lebur juga. Air mata tumpah berlinangan membasahi pipi.

Penat berkeluh kesah dengan meratap tangis, Deana mengikut gerak hatinya.

"Kau yang nak aku jadi macam ni, kan? Macam ni kan, Riz? Aku akan buat apa yang aku suka. Jangan halang aku!" Deana bercakap di hadapan cermin di dalam bilik airnya pula. Nama Rizal disebut berulangkali.

Wajahnya dipandang hiba. Sakit hatinya tidak dapat dibendung lagi. Betapa penolakan Rizal kali ini merupakan satu penghinaan kepadanya. Hatinya bagai ditujah dengan besi yang tajam. Sakitnya tidak terkata.

"Kau nak aku macam ni kan, Riz? Kau nak kita berjauhan, bukan? Kau tak nak kita macam biasa, kan? Jadi... aku akan buat yang luar biasa. Jangan halang aku!" Lantang suara Deana menjerit.

Bisikan syaitan menguasai minda Deana kini. Dia hilang pertimbangan. Serentak dengan itu dia keluar dari bilik air lalu menuju ke arah meja soleknya. Laci dibuka kasar. Sebilah gunting diambil lalu dia menuju semula ke dalam bilik air.

Nafas Deana tercungap-cungap. Gunting diacung tinggi ke atas di hadapan cermin. Matanya tajam menatap wajahnya sendiri. Amarahnya membuak.

"Kau yang nak aku jadi macam ni kan, Riz? Arrrghhh Riz!"

Rambutnya diacak-acak hingga kelihatan serabai. Tangan kanannya yang memegang gunting pula beraksi. Rambut itu dipotong- potong dengan penuh perasaan benci. Bertaburan rambut panjang Deana di atas lantai mozek bilik airnya.

Puas memberontak, akhirnya Deana membaling gunting ke dinding. Wajahnya dipandang dengan gelak ketawa. Di dalam cermin kelihatan seorang gadis berambut pendek paras leher. Tak ubah seperti rambut adiknya Ijam. Deana bertindak segila itu demi melayan kemarahannya kepada Rizal.

"Kau jangan cari aku lagi. Aku bukan Deana kau lagi!"

Selesai bertindak seperti itu, Deana keluar semula dari bilik air lalu menukar pakaiannya pula. Pintu biliknya masih diketuk Puan Zaiton. Deana mengabaikannya hinggalah daun pintu dibuka dengan kunci pendua oleh ibunya.

"Astagfirullahhaladzim! Apa kamu dah buat dengan bilik kamu ni, Deana? Ya Allah Ya Tuhanku! Kamu potong rambut sependek ini, Deana? Apa dah jadi ni? Apa kena dengan kamu ni? Allah!" Puan Zaiton mengurut dada. Terbuntang matanya melihat keadaan Deana.

😳😳😳Ank zaman sekarang... cmni lah kan...mberontak je kejanya...

arenayidin

03 Ogos 2020

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT] Where stories live. Discover now