Bab 25

176 2 0
                                    

AKAN DATANG
Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM
Penulis : Arena Yidin

🐞Random Part🐞

“Abang keluar cari rezeki sampai terpaksa duduk jauh dengan anak isteri. Tapi Min buat apa? Cari pasal dengan menantu. Buat dia macam sampah sampai dalam pantang pun dihalau keluar rumah. Akal tu ada kat mana hah? Letak kat lutut ke apa? Bini abang ke macam tu perangainya cantik sangat?"

"Abang... Min minta maaf, abang. Min tahu Min salah! Min minta ampun. Min janji tak buat lagi!" rayu Yasmin seraya tunduk dan memegang kaki  Tarudin.

"Maaf, maaf! Pergi minta maaf dengan menantu awak tu. Dengan Rash dan Fir. Memalukan saja. Menangkan anak pompuan awak si Faz tu. Manjakan dia sangat. Awak tahu ke Min, anak pompuan awak tu buat apa di belakang awak?"
Terkedu Puan Yasmin dengan pertanyaan suaminya.

"Ada apa abang? Faz takde buat apa-apa pun!"

"Huh! Itulah awak! Sibuk cari kesalahan si Deana tu je. Kesalahan anak sendiri tak nampak. Awak tak tahu ke kenapa sampai sekarang si Fazira tu tak mahu kahwin? Banyak alasan bila kita nak carikan dia jodoh? Katanya takde calon yang sesuai. Belum masanya lagi. Semua tu bohong! Suka menipu ikut perangai awaklah tu Min!"

"Apa abang cakap ni? Min tak faham!"

"Tulah! Lain kali jaga tepi kain sendiri yang koyak tu. Sedar diri sikit. Ini tidak, sibukkan hal menantu tu je. Deana tu salah apa pada awak hah? Awak paksa dia, desak dia untuk bagi cucu. Ingat benda tu boleh jadi macam tu je?
Macam beli buah kat pasar?" marah Tarudin lagi.

Yasmin mencebik geram dengan suaminya. Telinganya sudah panas dari tadi mendengar bebelan yang tak mungkin akan habis selagi suaminya tidak berpuashati.

Hubungi arenayidin untuk order:
wasap.my/60175816031/PanahanAsmaraHitam

my/60175816031/PanahanAsmaraHitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

arenayidin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

arenayidin

23 September 2020

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT] Where stories live. Discover now