Bab 4(1)

460 13 0
                                    


AKAN DATANG
Terbitan Ogos 2020
Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM
Penulis : Arena Yidin

🐞Part 4(1)🐞

Tercengang! Rizal menatap wajah gadis di hadapannya itu dengan pandangan yang pelik. Tidak menduga. Itulah yang dia rasakan. Kenapa Deana mengambil keputusan untuk menjadi seperti ini?

Rizal meraup rambutnya kasar. Dia tidak percaya dan tidak pernah menduga akan bertemu Deana dalam identiti yang sangat berbeza seperti ini. Rizal mengurut dada. Terkejut dan tercengang.

Tanpa berfikir panjang, Rizal meluru ke arah gadis itu. Tangan Deana diraih lalu menjauh daripada keramaian orang di situ.

"Lepaslah!" Deana meronta-ronta.

"Jelaskan pada aku!" Rizal membalas tatapan tajam Deana.

Deana berdiri mematung tidak mahu memberi alasan hingga Rizal bertegas memaksa gadis itu membuka mulut.

"Ceritakan sekarang! Kenapa kau berubah jadi macam ni? Apa kau dah buat ni, Dee?" Tangan gadis itu tidak dilepaskan.

"Pergilah! Jangan kacau aku." Deana meronta minta dilepaskan pegangan tangannya.

"Jelaskan pada aku dulu. Kenapa kau potong rambut sampai pendek macam ni? Kau nak jadi tomboy ke, apa?" Rizal aju soalan lagi. Kali ini agak serius.

"Aku tak perlu jelaskan apa-apa. Rambut aku, suka hati akulah!" Tangan Rizal ditepis sebaik sahaja lelaki itu sedikit menghampiri.

"Kau marahkan aku? Call aku kau tak nak jawab. Mesej aku kau tak balas. Kau dah kenapa? Aku salah apa, Dee?" Rizal kerut mukanya tidak mengerti.

"Sudahlah! Kau baliklah. Jangan ganggu aku. Jangan call atau mesej aku! Aku tak nak jumpa kau. Tak nak cakap dengan kau. Kau kan dah buat keputusan untuk jauh dari aku. Jadi, pegang pada kata-kata kau." Mendatar suara Deana.

Rizal tarik nafas berat. Entah kenapa dia merasa sudah kehilangan Deana. Gadis itu sudah membuat keputusan untuk mengakhiri semuanya.

"Aku sayang kau, Dee! Tolong jangan macam ni." Rizal usap muka yang mula merasa panas.

"Aku dah setuju untuk ikut cakap ibu dan ayah. Aku dah buat keputusan. Kita takkan ada apa-apa hubungan lagi selepas ni. Kita akan bawa haluan masing-masing." Deana menyakinkan pula.

"Aku macam mana? Aku akan tunggu sampai kau habis belajar. Okey, kau sambung belajar dan aku kerja. Kau habis belajar, kita kahwin. Kau mahu, kan?" Rizal memberi usul.

"Maaf. Kita takkan berhubung lagi. Aku dah buat keputusan. Muktamad!" Deana melipat lengannya di dada.

"No! Aku tak terima keputusan kau, Dee! Kenapa dengan kau, ni? Adil ke kau hukum aku macam ni kerana aku tolak untuk lari dengan kau, Dee? Aku buat semua ni demi hubungan kita. Sejahat-jahat aku, aku takkan malukan ibu aku, Dee."

"Jadi kau malu dapat kekasih macam aku, kan? Bertindak bodoh tak fikir perasaan orang lain. Sudahlah! Aku dah penat dengan semua ni. Aku takkan menyusahkan kau lagi, Riz. Aku undur diri. Kau cari perempuan lain, ganti tempat aku. Masih ramai kat luar sana yang lebih layak untuk lelaki baik macam kau. Aku jahat. Tak layak untuk kau, Riz."

Terpempan Rizal mendengar alasan Deana. Gadis ini sudah benar-benar nekad. Kata-katanya tidak boleh ditarik semula.

"Dee... semudah tu ke kau nak lupakan aku? Kau boleh?" Tangan Deana diraih Rizal.

"Lepaslah! Aku tak mahu apa-apa lagi. Suka ke tidak. Mahu ke tidak, ini keputusan aku. Dah,  aku nak balik." Tubuh Rizal didorong Sedikit kuat. "Jangan cari aku lagi. Hubungan kita dah berakhir. It's over!"

Rizal pandang tubuh gadis itu yang semakin menghilang. Senyum sinis dia beri. Sampai hati Deana buat dia macam ni...

 Sampai hati Deana buat dia macam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


arenayidin

15 Ogos 2020

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT] Where stories live. Discover now