Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM
Penulis : Arena Yidin🐞Part 8🐞
( Versi blm edit)"Deana... bawa mengucap. Jangan diikut perasaan sangat. Istighfar..." Belakang anak gadis itu digosok perlahan.
"Tak nak! Ibu jahat! Ibu sengaja buat macam ni. Ibu pisahkan Dee dengan Rizal. Orang nak Rizal, ibu!" teriak Deana lantang.
"Deana!"
Pang!
Gadis itu meringis kesakitan. Sakit di pipi tidak sesakit yang dia rasa saat dipisahkan dengan Rizal.
"Ibu bunuhlah orang. Biar ibu puas hati. Orang tak nak hidup lagi. Hidup ni dah takde makna apa-apa dah. Semua yang orang nak ibu dah rampas. Ibu jahat."
"Deana! Cuba bawa mengucap. Kamu ni dah diguna-gunakan si Rizal ke apa, hah? Dah jadi macam ni pun masih nak pertahankan jantan tak guna tu... apa nak jadi dengan kamu ni, Deana? Ibu tak fahamlah!"
"Memang ibu tak faham. Ibu tak faham macam mana orang sayang Rizal. Ibu tak faham macam mana orang perlukan Rizal. Rizal pun sama sayangkan orang. Ibu je yang tak pernah nak faham!"
Puan Zaiton geleng kepala. Dia hilang punca. Apakah sebenarnya dia dan suaminya yang bersalah? Atau sebenarnya dia perlu bersetuju agar Rizal bersama dengan Deana?
"Orang tak kira. Orang nak cari Rizal juga. Ibu jangan halang! Orang nak Rizal." Deana menarik rambutnya. Lututnya melorot jatuh mencium lantai.
Untuk order blh pm saya 0175816031
arenayidin
03 September 2020
YOU ARE READING
Panahan Asmara Hitam [ TERBIT]
General Fiction💎Excellent Gifted Author 2019 ( EGA Award - Tempat Kedua ) Kerana satu kesilapan akibat kebodohan diri sendiri, Deana terjerat dalam kancah dosa yang berat. Demi membahagiakan suami tercinta dan ibu mertua, dia lupa pada batas dan hukum agama. Lalu...