Bab 15

230 3 0
                                    

Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM
Penulis : Arena Yidin

🐞Part 10🐞
( Versi blm edit )

Dalam perjalanan menuju ke kedai makan di hadapan, mata Firash tertancap pada seorang gadis yang sedang berpayung. Berambut panjang dan berbaju kurung.

Senyum tersungging di bibir. Gadis itu ditatap dari jauh. Macam pernah aku lihat sebelum ini. Siapa dia? Perlahan Firash berjalan di belakangnya. Tidak terlalu rapat jaraknya, bimbang dikatakan mengekorinya pula.

Tiba-tiba, sebuah kereta yang lalu di situ mengejutkan gadis itu dengan simbahan air di tepi jalan melalui tayarnya hingga basah pakaiannya. Payung yang dibawa gadis itu terjatuh di pinggir jalan.

Hampir terjatuh gadis itu kerana gagal mengimbangi tubuhnya. Sempat pula Firash cempung tubuh gadis itu sebelum jatuh ke tanah.

Mata mereka beradu pandang. Bercahaya kolam matanya. Alis yang seraut jatuh ditatap Firash penuh terpesona. Mata bundar dan bibir limau seulasnya buat dia terpana!

"Lepaskan aku!" jerit kecil itu menampar gegendang telinga Firash.

Lelaki itu terkejut. Tubuh itu dilepaskan perlahan. Dia berdiri sambil membetulkan pakaiannya yang senget.

"Maaf... maafkan aku. Aku tak sengaja. Cuma niat nak tolong kau dari terjatuh... maaf!" Kata maaf Firash hulur, bimbang jika gadis itu berfikiran negatif terhadapnya.

"Oh! Okey, takpe... takpe..." Senyum gadis itu berikan kepadanya.

"Aku, Firash. Tinggal di hujung sana..." ujarku seraya menghulur salam perkenalan.

Gadis itu tersenyum memperlihatkan lesung pipitnya. Firash sesedikit tergoda hingga lupa tujuan asalnya untuk ke kedai makan menemui Amin.

Kini, sudah setahun lebih Deana menjadi kekasih Firash. Deana yang dipanggil dengan singkatan Dee adalah gadis yang sangat dia sayang. Hidupnya tak bermakna tanpa gadis itu...

 Hidupnya tak bermakna tanpa gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pm untuk order 0175816031

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pm untuk order 0175816031

arenayidin

06 September 2020

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT] Where stories live. Discover now