Bab 13

191 3 0
                                    

Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM
Penulis : Arena Yidin

🐞Part 9🐞
( Versi blm edit)

"Muka kamu pucat sangat ni. Kita pergi hospital, ya?" Puan Zaiton mengusap pipi Deana.

Deana yang masih memegang dadanya menarik nafas perlahan. Terasa nyeri apabila nafasnya ditarik. Dadanya terasa seperti ditekan dengan benda yang berat hingga menyukarkannya untuk bernafas. Nyeri dan sakitnya pula seperti ditusuk dengan objek yang tajam.

"Orang nak tidur, ibu. Tak nak pergi hospital. Orang bukan sakit pun." Deana memberi alasan.

"Kalau macam tu, kita tunggu ayah. Kata ayah, ustaz yang ayah nak jumpa tu dah bagitahu. Hari ni kita boleh pergi ke sana. Kamu tidurlah dulu. Ayah balik nanti kita pergi, ya?"

Deana pandang wajah Puan Zaiton lama. Penyesalan. Itu yang dia rasa. Menyesal kerana selama ini selalu bersikap degil. Selalu melawan cakap ibunya. Matanya bergenang mengingati sikap bodohnya.

"Kenapa pulak ni?" tegur Puan Zaiton apabila menyedari keadaan Deana.

"Ibu... ibu menyesal ke ada anak macam orang? Orang ni banyak menyusahkan ibu. Orang tahu orang ni bodoh. Degil. Tak dengar cakap ibu. Orang dibutakan dengan cinta. Tapi ibu, orang betul-betul sayangkan Rizal. Kenapa kami tak boleh bersama, ibu? Rizal kan sayang orang juga..."

Berderai air mata Deana saat meluahkan perasaannya.

Berderai air mata Deana saat meluahkan perasaannya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Hubungi untuk tempahan : arenayidin 0175816031

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Hubungi untuk tempahan : arenayidin 0175816031

arenayidin

04 September 2020

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT] Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang