Bab 37

308 1 0
                                    


Teaser 11

PANDANGANNYA lurus ke hadapan. Dia hanya menunggu Firash memulakan perbualan. Namun nampaknya, Firash sibuk dengan telefon bimbitnya. Kereta masih belum bergerak. Menanti lelaki itu selesai dengan aktivitinya, buat dia hilang sabar.

Deana usap belakang tengkuknya. Rambut yang jatuh ke hadapan muka, diselit ke tepi telinga. Radio dipasang namun dengan volume yang sederhana. Sekadar menghilang rasa bosan menunggu.

Deana tatap Firash lagi. Lelaki itu tersenyum-senyum sambil jemarinya lincah menari di keyboard telefon bimbitnya.

"Abang? Lama lagi, ke? Nanti kita lambat balik," rungut Deana akhirnya.

"Eh, sayang, sorry! Ralit pulak. Okey, kita gerak sekarang, ya?"

"Abang bermesej dengan siapa? Tersenyum-senyum. Lain macam je Dee tengok." Keningnya dijongketkan. Rasa sedikit penasaran dengan tingkah aneh Firash.

"Dengan kawan yang abang nak jumpa ni ha... si Aidil tu. Tak jadi pulak. Tiba-tiba ada emergency." Firash memberitahu, jujur.

"Lah? Yang kita nak jumpa ni, kawan abang si Aidil? Jadi... buat apa Dee ikut?" Berkerut dahi Deana dengan lapis seribu.

"Mestilah bawa sayang. Isterinya si Intan tu nak jumpa sayang.  Sebab tu abang bawa sayang ikut sekali. Tapi tak jadi pulak haa..."

"Oh! Ada apa Intan nak jumpa Dee?"

"Nak kenal-kenal la tu. Sayang abang ni kan busy je memanjang. Masa Aidil kahwin hari tu pun sayang kan tak pergi majlisnya. Dah lupa ke, sayang?" Firash mendekatkan wajahnya ke arah Deana.

"Ish, abang... fokus depan. Bahaya. Abang ni hati-hati bawa kereta tu..."

"Okey... okey!"

Firash meneruskan pemanduannya. Tidak ada perbicaraan lagi setelah itu hinggalah tiba di satu simpang mereka berdua dikejutkan dengan satu kelibat yang melintas di hadapan kereta.

Terburu-buru Firash menekan brek hingga membuatkan nafas mereka berdua tercungap-cungap.

"Apa tu abang yang melintas tadi?" Deana mengusap dadanya. Rasa takut menjalar di dalam hati. Dia memandang ke kiri dan kanan.

"Mungkin cuma perasaan kita saja ya sayang? Tak ada apa-apa pun..."

"Dee nampak abang kelibat tu. Dee nampak. Hantu ke?"

"Hish, sayang ni! Jangan cakap macam tu malam-malam ni, seram abang..." larang Firash.

"Cepat abang gerak. Dee takut!"
Dadanya diusap lagi.

Deana kerut muka. Apakah?

Adakah penyakitnya dulu masih lagi tersisa? Rizal? Adakah Rizal masih lagi tidak mahu melepaskannya?

Deana pegang hujung ekor matanya pula. Ada rasa berdenyut di situ.
Wajahnya berkerut menahan rasa sakit.

"Sayang kenapa? Sakit kepala?" Firash memandang isterinya dengan hairan.

"Err... tak ada apa-apa. Okey, Dee okey je."

"Betul ni?"

"Ya... Dee okey!"

"Sayang ada sembunyikan sesuatu dari abang ke?" Firash bertanya lagi, berhasil membuat Deana sedikit terkejut.

"Apa abang cakap ni? Sembunyikan apa? Tak ada apa-apa la," nafi Deana.

Jantungnya mengepam dengan laju. Bimbang juga jika sejarah silamnya diketahui Firash. Dia tidak berniat untuk merahsiakannya. Namun, kerana perkenalan mereka terlalu awal malah masih di fasa yang baru hingga membawa kepada perkahwinan mereka, Deana belum bersedia untuk berterus terang.

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT] Where stories live. Discover now