Bab 3 (2)

511 16 0
                                    


AKAN DATANG
Terbitan Ogos 2020
Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM
Penulis : Arena Yidin

🐞Part 3 (2)🐞

"Syaitan apa yang merasuk kamu ni, Deana? Kamu memberontak pasal apa yang ayah cakap ke, hah?"

"Keluar, ibu! Dee tak nak cakap dengan sesiapa! Leave me alone! Ibu keluar!" Tangan Deana menarik pergelangan tangan ibunya menuju ke muka pintu.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Deana. Gadis itu meringis kesakitan.

"Istighfar, Deana. Apa dah jadi dengan kamu ni?"

"Jangan ganggu Dee!" jerit Deana seraya menghempas daun pintu sekuatnya.

"Deana! Deana! Jangan buat apa-apa benda bodoh lagi. Kita bincang elok-elok." Pintu ditepuk kuat dari luar.

"Sudah, ibu, pergi!" pekik Deana seraya menutup telinganya.

Puan Zaiton hilang punca. Terduduk dia di hadapan pintu bilik Deana dengan cucuran air mata.

"Apa salah ibu, Deana? Kenapa buat macam ni?" rintih Puan Zaiton seraya mengusap dadanya yang sesak.

"Ibu... ibu, kenapa ni?" Ijam yang tiba-tiba muncul, terkejut melihat keadaan Puan Zaiton.

"Kakak kau, Ijam... ibu risau dengan dia. Dia potong rambut jadi pendek macam rambut Ijam. Biliknya bersepah. Ibu tak tahu apa yang jadi padanya. Apa salah ibu, Ijam? Susah sangat ke korang nak ikut cakap ibu? Ibu ni menyusahkan ke?" rintih Puan Zaiton lagi.

"Apa? Kakak buat macam tu? Apa yang dah jadi? Ibu, ibu bangun. Nanti Ijam tengok kakak. Ibu bangun. Masuk bilik ibu, ya? Rehat." Ijam meraih tangan ibunya seraya membawanya menuju ke bilik di tingkat atas.

Puan Zaiton dibaringkan ke katil. Segelas air putih disuakan ke arah Puan Zaiton.

"Ibu minum dulu. Biarkan kakak. Nanti Ijam tanya apa yang berlaku. Ibu jangan bimbangkan kakak. Jaga kesihatan ibu."

"Ibu tak boleh duduk diam, Ijam. Telefon ayah kamu. Abang kamu. Bagitahu pasal Deana... ibu takut. Ada yang tak kena dengan Deana, Ijam!"

"Ibu tenang. Ijam akan uruskan. Rehat, ibu."

"Tolong ibu, Ijam... Ijam... ibu pening."

"Ibu! Ibu... ibu kenapa ni? Ibu... dengar tak ni? Ibu?" Ijam menggoyang-goyangkan bahu Puan Zaiton yang tiba-tiba lemah.

"Ibu?"

"Apa kau dah buat ni, kak?" jerit Ijam seraya berlalu menuju ke ruang tamu untuk mengambil telefon bimbitnya...

arenayidin

13 Ogos 2020

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT] Where stories live. Discover now