Bab 6

405 4 0
                                    


AKAN DATANG
Terbitan Ogos 2020
Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM
Penulis : Arena Yidin

🐞Part 6🐞

"Sebenarnya... boleh tak ibu kalau Dee nak kerja je? Tak mahu sambung belajar lagi. Dah bosan la ibu nak ngadap buku lagi."

Terkejut Puan Zaiton dan Encik Kamil dengan keputusan anak gadis mereka.

"Heh? Kamu ni dah kenapa, Deana? Jangan nak bergurau bukan-bukan boleh, tak? Semua ayah dah uruskan. Hari tu... ayah tanya pasal kerja kamu tak mahu juga. Sekarang jangan suka-suka nak batalkan. Ayah tak setuju!" bentak Encik Kamil.

"Alaa... ayah! Ibu! Tolonglah. Dee tak nak pergi. Dee dah buat keputusan nak kerja," rengek Deana manja.

"Jangan degil boleh, tak? Kamu ni kenapa, hah? Cuba ikut macam abang kamu Anuar tu. Rajin belajar, dapat kerja bagus. Senang hidup. Ibu tak faham la dengan kamu ni Deana. Nak jadi macam Ijam juga ya, suka bangkang cakap ibu?" Puan Zaiton bangkit dari kerusi seraya bercekak pinggang. Berdesing telinganya mendengar penjelasan Deana.

"Alaa... orang tak kira! Jangan paksa orang. Orang tak nak sambung belajar lagi. Tak nak!" Kaki Deana dihentak tanda protes seraya meluru masuk ke dalam rumah dengan hati yang berbuku geram.

 Tak nak!" Kaki Deana dihentak tanda protes seraya meluru masuk ke dalam rumah dengan hati yang berbuku geram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

arenayidin

23 Ogos 2020

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT] Where stories live. Discover now