Bab 23

160 3 0
                                    


AKAN DATANG
Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM
Penulis: Arena Yidin

🐞Random Part🐞

15 minit kemudian, senyum Firash tersungging di bibirnya. Satu jambangan bunga mawar merah harum menusuk hidung berada di tangan kanan.

"Tunggu abang, sayang!" Jambangan bunga dicium penuh rasa cinta.

40 minit menempuh kesesakan lalu lintas, akhirnya Firash tiba di perkarangan rumah.

Senyumnya mengembang. Dia pasti Deana akan gembira. Sebaik sahaja pintu utama dibuka, matanya terus memandang ke arah tangga bilik. Langkah kaki diatur. Jambangan bunga di tangan dicium sekali lagi.

Sebaik sahaja pintu bilik dikuak, Firash terus bersuara.

"Sayang!" Deana tidak kelihatan. Bilik itu sunyi. Langsir tidak diselak.

Briefcase dan jambangan bunga diletak di atas meja. Firash meluru ke bilik air. Deana juga tidak ada. Kemudian dia turun menuju ke dapur. Bawah tudung saji kosong. Deana tidak memasak.

'Penat agaknya baru balik kerja.' Firash bercakap sendiri.

Firash menuju ke bilik tetamu pula. Masih tidak ada. Sekali lagi dia menaiki tangga menuju ke biliknya.

'Belum balik dari tempat kerja ke?'

Jam di dinding dilirik. Hampir tujuh malam.

'Lewat ni kalau belum balik.'

Firash melabuhkan duduk di katil. Tali leher dilonggarkan. Dua butang kemeja bahagian atas dibuka. Firash mendengus.

Telefon bimbitnya diraih dari dalam kocek seluar. Nombor telefon Deana dipilih. Tidak aktif. Firash mengeluh hingga matanya tertancap pada satu kertas putih di atas meja kecil bersebelahan katil.

Dia bingkas bangun lalu mencapai kertas putih itu.

"Abang... maafkan Dee. Hari ni, Dee pergi untuk memberi ruang kepada abang. Dee dah fikir masak-masak, sejak abang menjauhi Dee. Dee mengerti yang abang perlukan ruang dan masa untuk bersendiri. Jika ini untuk kebaikan hubungan kita berdua, Dee akan cuba untuk memahaminya. Dee pergi seketika. Dee tak akan ganggu abang. Nanti Dee balik. Maafkan Dee..."

Firash raup rambutnya ke belakang dengan kasar. Jambangan bunga di atas meja dipandang hampa. Dia kecewa. Rupa-rupanya dia lambat bertindak.

"Arrgh! Shit!"

Nota di tangan diramas seraya dibaling ke dinding...

Hubungi arenayidin untuk order:
wasap.my/60175816031/PanahanAsmaraHitam

my/60175816031/PanahanAsmaraHitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

arenayidin

17 September 2020

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT] Where stories live. Discover now