Bab 4(2)

413 10 0
                                    


AKAN DATANG
Terbitan Ogos 2020
Tajuk : PANAHAN ASMARA HITAM
Penulis : Arena Yidin

🐞Part 4(2)🐞
(versi blm edit)

Deana pandang telefon bimbitnya. Objek nipis segi empat tepat itu menjerit-jerit sedari tadi. Sudah 15 kali Rizal menelefon. Akhirnya Deana mengalah.

"Ya! Ada apa lagi?"

"Tolonglah, Dee! Kita jumpa. Aku nak jumpa kau." Rizal merayu di dalam talian.

"Riz, pleaselah... jangan telefon Dee lagi. Sudah!"

"No! Jangan buat aku macam ni... aku rindu kau, Dee. Jom kita jumpa."

"Kau tak faham bahasa ke apa, hah? Aku kata tak nak, tak naklah!" tengking Deana dengan lantang.

Telefon bimbitnya dimatikan lalu dicampak ke atas katil.

Rizal di sebalik talian mendengus kesal.

"Sial kau Dee! Tunggu kau. Aku takkan senang-senang lepaskan kau macam tu je! Jangan kau harap kau boleh lepas dari aku!" bentak Rizal kasar.

Wajahnya panas menahan rasa marah. Mundar-mandir dia berjalan di bilik itu mencari penyelesaian. Akhirnya Rizal menguntum senyum.

"Tunggu aku, sayang!"

Rizal tersenyum sinis memandang foto Deana di dalam skrin telefon bimbitnya lalu mengucupnya penuh rindu...

arenayidin

17 Ogos 2020

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT] Where stories live. Discover now