Bab 18

4.8K 152 4
                                    

"Kau ni bodoh la. Cuba kau move on weyh. Kau ingat balik apa yang dia buat dekat kau", pesan Imran.

Flashback.

Grey's Grand Restaurant

Cincin yang diberi diterima semula. Terkelu. Ekspresi mukanya berubah. Tiada lagi senyuman di mukanya.

"Sorry, baby. I tak boleh"

"But why? Kita dah bersama untuk 3 years, Erina"

Perempuan yang bernama Erina itu sekadar menundukkan kepala. Tangannya digenggam kuat.

" I nak break. I dah taknak lagi in relay dengan you"

Tengku Adqil terdiam. Terasa perasaannya kini dipermainkan oleh Tengku Erina Qaisara, kekasih hatinya.

" I tak faham. Kenapa sekarang? Kenapa bila I tengah lamar you, baru you nak mintak break? You ingat benda ni lawak ke? Kelakar ke?"

Tengku Adqil marah. Erina menjulingkan matanya ke atas. Jujur, dia minta break pun sebab dia bosan. Hatinya sudah pun tawar hati dengan insan yang berada di hadapannya sekarang.

" You jangan nak mengada sangat boleh tak? Kita baru 19 tahun! You nak ajak I kahwin? Eh you ni gila ke apa? I tak setia itu untuk nak jadi wife you. Kalau you nak tau, I bosan dengan you. I dah tawar hati! I masih muda lagi. Come on!"

Belum sempat Tengku Adqil ingin membalas, Erina sambung lagi.

" Hati I ni dah tertarik dengan Zariel, Your best friend. And I can't deny that feeling. Im sorry okay. I have to go. I wish kita tak akan berjumpa lagi. Bukan apa, mana tau I rasa annoyed, kan?"

Maka, Erina pon keluar dari restauran tersebut meninggalkan Tengku Adqil yang masih lagi terdiam di tempat duduknya. Dia terkejut. Semudah itu saja?

Hati terasa sakit. Anak jantan tak boleh lemah hanya sebab seorang perempuan, Adqil. Perempuan yang bukan tentu lagi jodoh kau dan perempuan yang suka mainkan perasaan seorang lelaki setia macam dia.

The end of flashback....

Apabila Tengku Adqi teringat kisah lalu, dia menjadi benci terhadap perempuan bernama Erina. Semenjak itulah, hubungan dia dengan Zariel renggang.

Sudah puas Zariel memaksa Tengku Adqil untuk dengar dahulu penjelasan dari dirinya namun dibuat tidak endah. Nasib baik ada Imran yang membantu dan menyelesaikan semua salah faham.

" Aku tau weyh tapi susah. Aku tak boleh lupa benda tu. Aku tak tau kenapa aku ni bodoh sangat boleh lagi tunggu dia. Padahal terang-terang dia tipu aku apa semua", kata Tengku Adqil.

Tengku Adqil meraup mukanya. Sangat serabut.

" Hmm macam ni la. Apa kata kau bagi peluang dulu dekat bini kau tu? Aku tengok dia waktu korang nikah tu, nampak baik je dia. Kau try la baik- baik dengan dia. Confirm nanti kau akan start terima dia", nasihat Imran.

Zariel juga turut menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mereka berdua memandang Tengku Adqil. Menunggu keputusan tuan badan.

" No. Aku tetap takkan bagi dia peluang. Yes aku tau 'dia' buat aku camtu and aku takleh move on. But aku akan cuba. Tapi untuk terima Arida? My own PA? NO!", tegas Tengku Adqil.

Imran dan Zariel menghela nafas dengan berat. Susah jugak dapat kawan keras kepala macam batu ni.

"Lantak kau la, Qil. Aku dengan Imran dah nasihat. Jangan sampai suatu hari nanti, kau menyesal eh"

Nasihat Zariel itu tidak diendahkan Tengku Adqil.

Pada waktu malam,

" Eh Tuan dah balik? Nak makan apa-apa ke? Saya boleh masakkan", tanya Arida apabila melihat suaminya membuka pintu rumah.

Tengku Adqil memandang Arida daripada atas sampai bawah. Pandangan jijik dilemparkan.

" Ni amenda kau pakai ni? Kau pinjam pakaian bibik jiran sebelah ke? Bibik jiran sebelah pon, pakaian dia lagi cantik dari kau"

Arida memandang dirinya pula. Apa yang tak kena? Dia hanya memakai tshirt lengan panjang yang longgar dan sehelai kain batik yang dibawa dari kampung. Tu je. Itu pon pelik?

Tengku Adqil tersenyum sinis. Dia kemudian menyambung.

" Eh laaaa aku lupa. Kau kan datang dari kampung kan? Tapi perempuan kampung yang lain aku tengok okay je. Sampai je kat kau aku rasa meluat la tengok".

" Lain kali kalau rasa nak lari rumah, bawaklah pakain elok sikit. Baru senang lelaki nak lekat dengan kau"

Zappp! Ayat tersebut menusuk hati Arida. Dia menahan tangis.

Tengku Adqil terus memberikan kata-kata yang tajam dan terus membuat Arida terdiam. Puas hati melihat ekspresi muka isterinya yang berubah.

" Eyy dahlah blah la kau. Jijik aku tengok. Meluat. Patutlah rumah aku ni busuk semacam je. Kau rupanya".

Tengku Adqil menghalau Arida. Arida segera pergi dari ruang tamu dan menuju ke biliknya.

' busuk sangat ke aku? Apa yang tak kena? Kain batik? Ke tshirt?', tanya Arida sendirian.

Kalaulah Tengku Adqil tau betapa teruknya dan trauma nya dia dengan kampung halamannya sendiri, pasti Tengku Adqil tidak akan berkata sebegitu, kan?

Kalaulah dia tau keluarganya sudah tiada dan ibu saudara serta suaminya setiap hari menderanya dan memukulnya setiap hari ketika di kampung, mesti Tengku Adqil tidak akan keluarkan kata-kata yang menusuk hati dan tajam, kan?

Kalaulah suaminya tau betapa sukarnya hidup sebagai 'Arida Khalisya'.

Arida diam dan menghela nafas yang berat. Dia kemudia berjalan ke arah almari yang berada di depan katil. Tangannya mengambil suatu benda di dalam beg yang berada dalam almari tersebut.

Frame.

Gambar keluarga. Ada gambar dia serta ibu bapanya. Gambar ketika dia masih lagi berumur 10 tahun.

Dia mula menangis dengan perlahan. Rindu yang tak terkata dan sukar digambarkan.

" Ibu, kalau ibu masih ada, mesti adik takkan lalui hidup macam ni kan? Kalau ayah ada, mesti ayah akan marah makcik denga pakcik kan? "

Gambar itu dipeluk dengan kuat. Ibu bapanya meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya sewaktu mereka berdua sedang mencari nafkah.

Betapa remuknya hati Arida ketika mendengar khabar berita mengenai ibu bapanya. Dalam satu hati, dia telah menjadi anak yatim piatu.

Akhirnya dia menangis dalam diam sambil memeluk erat gambar ibu bapanya. Kemudian, dia pun terlena sambil ditemani air mata kesedihan.

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now