Bab 13 (E)

15.3K 351 4
                                    

"Assalamualaikum, Mama!", laung Tengku Adqil dihadapan pintu rumah.

Kemudian, terdengar suara Tengku Qaleesya yang menyambut salam tadi di hadapan pintu yang memang sedia terbuka itu.

"Eh, Arida dah sampai! Meh la masuk, jangan malu-malu"

Arida diam dan tersenyum nipis. Kepalanya ditundukkan sikit. Malu. Ini majlis dinner family orang, bukan sekadar majlis biasa. Mana tak malu.

Tengku Adqil yang perasan tingkah laku Arida terus mempelawa Arida untuk masuk ke rumah. 

Sampai sahaja di ruang tamu, kelihatan ayah kepada Tengku Adqil, Tengku Mikael sedang duduk dia ata sofa single sambil membaca surat khabar.

Apabila dia melihat anaknya datang bersama Arida, dia meletakkan surat khabarnya lalu tersenyum.

"Eh, Arida. Maaf ye. Saya tak nampak awak. Ingatkan siapa Tengku Adqil bawak balik ni. PA dia rupanya"

Tengku Adqil tersengih seperti kerang busuk. Kemudian dia membalas,

"Yelah Pa. Siapa lagi yang Qil nak bawa? Ain? Hell no. Papa pon tau perangai dia macam mana. Lagi lagi dekat office haritu. Tergedik-gedik. Eww"

Tengku Adqil membisik kepada ayahnya. Takut Mama dia dengar nanti kena luku kat kepala.

Kemudian tidak sampai 30 minit, kedengaran lagi suara ketukan di pintu rumah. Tengku Adqil pelik. Aik siapa lagi yang akan join family dinner ni.

Tengku Adqil membuka pintu. Terbuntang matanya. What the hell?! Dia buat apa kat sini?

Ain yang mengetahui gerangan Tengku Adqil yang membuka pintu terus tersenyum dengan lebar. Tangan diluaskan seperti mahu memeluk. Tetapi Tengku Adqil menjauhkan diri dengan cepat. Tak hingin!

Tengku Qaleesya yang dari mengintai pintu terus tersenyum lebar juga. Yelah, menantu pilihan datang.

"Eh, Ain! Marilah masuk! Lama aunty tunggu Ain. Ingatkan Ain taknak join family dinner aunty ni"

Ain yang tadi tersenyum terus berubah kelat mukanya apabila melihat Arida yang turut keluar dari dapur bersama Tengku Qaleesya.

"Mestilah Ain join, aunty. Kan tak lama lagi, Ain akan jadi part of this family jugak", kata Ain dengan riaknya.

Arida yang dari tadi diam terus tersenyum nipis melihat Ain. Sekurang-kurangnya dia kenal juga dengan Ain. Walaupun tidak rapat mana, tetapi nasib baik ada kawan. Boleh diajak bersembang.

Jujur, Arida rasa malu dan kekok. Bukan niat dia ingin biadap kerana asyik tersenyum nipis. Tetapi, peristiwa yang dahulu membuatkan dia trauma.Senang cerita, dia takut dengan orang. Tambahan pula, dia takut kalau orang-orang setaraf keluarga Tengku Adqil akan mencaci dan memaki dia macam peristiwa dahulu.

"Eh, Arida! You buat apa kat sini? You ikut Tengku Adqil ke?",tanya Ain dengan nada jengkel yang mula kedengaran.

"Eh tak! Aunty yang ajak dia ke sini. Aunty nak berterima kasih dekat dia sebab haritu masa aunty sesak nafas dalam kereta, dia yang selamatkan aunty. Aunty terhutang budi dengan dia. Kalau takde dia, takdela aunty sampai sekarang", jawab Tengku Qaleesya dengan telus.

Ain tersenyum palsu. Dalam hati, habis segala makian keluar.

' Dah berani ye kau. Tak sangka aku yang kau ni licik. Takpe perempuan kau tunggu. Ada hati nak dengan Tengku Adqil? Bodoh'

" Eh jom makan. Aunty dah siap masak dah", pelawa Tengku Qaleesya.

Tengku Mardhiah, emak kepada Ain dan Ain pon segera pergi ke arah meja makan.

Selepas habis makan,mereke berkumpul di ruang tamu. Tengku Mikael pula naik di ke bilik untuk menunaikan solat Isya'.

"Tak sangka pulak you bawak orang luar datang sini, Qaleesya"
 
Suara Tengku Mardhiah kedengaran jengkel di situ. Tengok dari orang dah tahu. Kampung. Tengku Mardhiah cukup tidak suka dengan perempuan yang berada di hadapannya sekarang.

Arida diam. Kedua-dua tangannya didekatkan dengan erat. Inilah masanya. Masa yang paling Arida tidak suka.

Tengku Qaleesya yang perasan nada jengkel Tengku Mardhiah tersenyum pelik.

"Mana adalah. Dia PA Qil. Haritu dia selamatkan I. Waktu tu I sesak nafas. Dia sorang aje yang sanggup tolong I waktu tu. Kalau dia tak tolong, I takde depan U sekarang"

Tengku Mardhiah hanya diam. Mimik mukanya pon Arida tahu yang dia tak sukakan dirinya.

"Baby. Jom esok kita pergi date, nak tak? Kan esok you cuti. I bosanlah duduk rumah. Jomlah kita cari fresh air!"

" No. I rancang nak berehat je esok. Penat asyik bekerja je. Kalau U nak jalan-jalan pergi ajak orang lain. I takde masa"

Ain membuat muka marah. Semua benda tak boleh. Ini tak boleh, itu tak boleh. Ni semua sebab Arida!

" You ni semua tak boleh! Apa masalah you?!", tengking Ain di hadapan semua orang termasuk Tengku Qaleesya dan Tengku Mardhiah.

Tengku Adqil mencerlungkan mata.

"Eh kau boleh diam tak perempuan? Kau faham tak yang aku ni penat bekerja, siang sampai malam? Apa masalah you tu?"

" You ni asyik-asyik buzy. You tau tak yang kita ni akan dijodohkan? Hormatlah I"

" Now tell me. Siapa yang setuju dengan ikatan ni? I tak pernah setuju pon".

Ain menjadi semakin marah. Eh bukan semakin gila. Tengku Qaleesya terkejut dengan situasi yang sekarang. Manakala Tengku Mardhiah cuba untuk menenangkan anaknya.

" Ini semua sebab perempuan sial ni kan?!! You suka dia kan?!!", jerit Ain sambil jarinya ditudingkan ke Arida. Arida terkejut. Aikk asal aku?

"Eh babi! Kau nak apa eh? Apa masalah kau? Boleh tak jangan kacau hidup aku dengan Qil? Sebab kau, semua plan aku hancur disebabkan kau la sial!"

Tengku Qaleesya terkedu. Inikah Ain? Inikah rupa Ain selama ini? Tiba-tiba rasa macam nak tampar pulak anak orang ni.

" Saya tak buat apa-apa pun. Saya tak faham apa yang Cik Ain cakap", Arida membela diri. Apa ni?! Aku tak faham!

" Eh kau jangan nak pura-pura la perempuan kampung. Perempuan macam kau ni aku dah banyak jumpa tau. Apa masalah kau sampai nak kacau anak aku?!"

Tengku Mardhiah bersuara. Batu api!

" Aku nak kahwin dengan Qil. Tapi kau! Rosakkan segalanya. Patutnya dekat Kelantan, aku dah kahwin dah dengan dia"

"Apa maksud you, Ain?", tanya Tengku Adqil .

"Kalau you nak tahu, I yang panggil Majlis Agama dekat Kelantan . Tapi bila I nak masuk bilik you, time tu jugak PA bodoh you ni pergi bilik you dan rosakkan my plan"

Tengku Mardhiah dan Tengku Qaleesya membulatkan mata.

" I buat semua ni sebab I love you, Adqil. I nak kahwin dengan you. I nak kahwin cepat. I taknak orang lain ambil you"

Tengku Qaleesya mengetap bibir. Tak sangka, Ain yang dia puja selama ni...

" Cukup "

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now