Bab 27

4.7K 137 5
                                    

Arida memandang suaminya yang sedang enak menjami selera. Konon padahal sarapan je.

Makanan yang berada di hadapannya tidak disentuh. Ada je selera nak makan tu cuma perubahan Tengku Adqil semakin kerap menjadi-jadi. Arida memandang lagi suaminya itu dengan penuh hairan.

Tengku Adqil yang perasan renungan Arida memberhentikan aktiviti makannya. Dia mengerutkan dahi dan memandang Arida.

" Kenapa kau pandang aku? Muka aku comot ke?", tanya Tengku Adqil.

Arida menggelengkan kepala. Tengku Adqil mengerutkan lagi dahi. Nampak macam orang tua sangat tu.

"Habis tu yang kau tenung aku asal? Makan la makanan kau tu? Nak aku suap ke?"

Arida menggelengkan kepala dengan laju. Tengku Adqil pelik dan hairan. Dah kenapa pulak ni? Dari tari asyik geleng kepala je. Kepala dia rosak ke?

" Saya cuma pelik dengan Tengku sekarang. Kenapa..Tengku layan saya dengan.....baik?"

Arida mula bercakap. Nasib baik tak bisu terus. Tengku Adqil diam.

Susah kan orang perempuan ni? Buat baik dia pelik, buat jahat kang nanti kata apa pulak. Apa yang nak pon tak taulah.

Tengku Adqil mendengus. Dia mula memandang Arida dengan penuh jengkel.

" Kalau aku buat jahat kat kau dera kau, kau nak ke? Pastu bila aku buat BAIK, kau complain. Apa masalah kau ek?", nada Tengku Adqil semakin berubah.

Arida diam. Dia tidak bermaksud mahu rosakkan mood lelaki tersebut. Dia hanya pelik. Baginya, lebih baik jika keadaan menjadi seperti dahulu. Buat hal masing-masing. Tapi sekarang?

" Bukan. Saya hanya tertanya-tanya je. Saya takut Tengku akan rasa malu nanti"

Nak malu apa? Tengku Adqil mengerutkan dahi. Tak dia ni dari tadi dahi dia asyik berkerut. Tak sakit ke?

"Maksud kau? Malu apa?"

"Yelah sebab orang atau pekerja Tengku nampak kita berdua. Bukan ke nanti benda ni makin besar. Mulut orang kan Tengku, kita tak boleh nak kawal. Mana tau nanti ada gosip yang tak sepatutnya tersebar macam mana? Rosaklah imej dan reputasi Tengku dan syarikat ni nanti"

" Macam ni la ek. Biar aku jelaskan dengan CLEAR kat sini. Orang akan nampak kau as pekerja bawahan aku je bukan isteri aku pon. Dorang pon tau la aku ni macam mana. Lagipon dorang pandai menilai. Takkan la dorang fikir aku nak jadikan kau as isteri aku betul tak? Kau tak payah risau. Aku pon bukannya nak sangat pon keluar dengan kau. Yeah. Rosakkan imej aku je tapi apa aku nak buat dah kalau aku lapar?"

Kata-kata yang dilontarkan oleh Tengku Adqil menyentakkan hati Arida. Kan dah kata tadi, tak boleh berharap lebih. Sekarang tengok siapa yang kena?

" Lagi satu, aku tak pernah buat baik pon. Ini dikira simpati la untuk orang macam kau", sambung Tengku Adqil lagi.

Arida mengangguk faham. Nasib baik dia tanya awal kan? Kemudian dia tersenyum nipis.

Tengku Adqil pelik. Jangan kerutkan dahi lagi please. Dah berapa kali dah kau kerutkan dahi.

"Ohh terima kasih Tengku. Sekarang  saya dah faham. Maaf ye sebab saya tanya soalan"

Kata Arida dengan senyuman nipis tersebut. Namun tiada siapa tau bahawa hatinya sekarang retak seperti lagu Shila Amzah. Tapi tu Patah Seribu ni Retak Seribu.

' Nasib baik tak fikir lebih-lebih tadi. Kalau tak buat malu je. Bukan hati je sakit entah-entah dengan badan sekali dapat sakit', ujar Arida dalam hati.

Namun,di dalam jauh sudut hatinya ada terselit perasaan lega. Mengapa?

Semestinya. Nasib baik orang depan dia ni explain kenapa dia buat baik. Tapi nasib baik dia tanya mula-mula jugak. Bayangkan kalau dah biasa kena layan macam ni lepastu mulalah fall in love.

Then, kena tinggal. Tak ke naya? Jadi adalah perasaan lega nak menhelit kat situ. Faham tak? Kalau tak faham cer komen.

Arida pun mula menyentuh makanan di hadapannya begitu juga dengan Tengku Adqil. Masing-masing mendiamkan diri sehingga mereka habis makan dan keluar dari restoran tersebut.

Hi!
Finally im back! Hehe maaf sebab ambil masa yang sangat sangat lama untuk publish cerita ni. Im so sorry. This chapter yes i admit ia pendek tapi jangan risau. Sebab after this i would publish more chapter. Thank you so much mana yang sanggup masukkan this story dalam your list or your library. Ada juga yang bagi semangat and sanggup tunggu. I really appreciate it. Thank you so much.

Till we meet again guys!

Mr Tengku Adqil حيث تعيش القصص. اكتشف الآن