Bab 48

4.6K 160 5
                                    

Ain mundar-mandir di dalam biliknya. Dirinya berasa gelisah selepas kejadian tersebut. Dia menggigit kuku.

"Macam mana dia boleh tak kena langgar? Pulak tu, Adqil yang kena sebaliknya?"

Ain duduk di atas katil lalu menggerakkan kakinya ke atas dan kebawah.

' Im sorry baby. Bukan niat I nak buat you macam tu', monolog hati Ain

" Ini semua sebab perempuan tak tau malu tu! Kalau dia yang kena langgar, takdenya Adqil masuk hospital sampai macam ni sekali!", jerit Ain di hadapan cermin.

Sah. Apa sah? Sah gila.

Ain segera mencapai Iphone 13 nya sebelum mendail nombor Tengku Erina. Dia yakin Tengku Erina akan cari idea baru untuk musnahkan Arida.

"Hello? "

.......

.
.
.
.
.
Tengku Qaleesya tersenyum sendirian di atas sofa ruang tamu rumahnya. Tengku Mikhael yang berada di sebelah memandang pelik.

Ai bini aku gila ke?

"Sayang, asal awak senyum sorang-sorang ni? Mereng ke apa?", kata Tengku Mikhael.

" HISH Awak ni! Bukan la. Saya cuma happy je sebab Adqil dengan Arida dah berbaik. Dulu, abang tengok la perangai Adqil tu macam mana. Ada je benda sakit hati keluar dari mulut anak awak tu. Sekarang?"

Tengku Mikhael hanya menggeleng perlahan. Dia juga turut setuju dengan percakapan isterinya itu.

" Anak saya anak awak jugak", bahas Tengku Mikhael.

" Ye la. Ada saya kata dia anak awak dengan anak janda sebelah kedai runcit ke?", tempelak Tengku Qaleesya.

Tengku Mikhael tersenyum kacak. Kau jangan ingat orang tua ni jenis yang betul-betul orang tua tu eh. Tak, ada je orang tua yang masih lagi kacak. Contoh? Ni Tengku Mikhael.

Tengku Qaleesya hanya memandang. Kening sebelah kanan diangkat. Ingat aku heran ke dengan kau punya senyuman tu?

" Ye la. Kau menang sayang. Ni cakap pasal janda, tetiba teringat si Adam tu", kata Tengku Mikhael.

Tengku Qaleesya hanya mendiamkan diri.

" Ye la kan bang. Agak-agak kan Adam dah move on ke belum dari kematian Liana dengan Laila? "

Tengku Mikhael hanya mengangkat bahu. Dia juga turut sedih apabila mengenangkan kembali arwah isteri dan anak kawan baiknya itu.

" Entah la. Aku tengok dia macam biasa je. Tapi tulah, dalam hati dia kita tak tau"

Tengku Qaleesya menganggukkan kepala.

" Tapi kan bang, abang tak pelik ke cara dorang meninggal? Macam ada sesuatu yang tak kena. You know? Something fishy gitu"

Tengku Mikhael terdiam. Bukannya dia hendak menuduh, tetapi dia juga tidak dapat menafikan bahawa cara arwah mati dengan sangat menyayat hati.

" Dah la cakap pasal orang yang dah takde ni. Lebih baik kita doakan mereka semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman"

Throwback

3 years ago...

" Hello mama! Laila dah nak sampai ni. Tak sabarnya nak jumpa!", kata Tengku Laila apabila menelefon ibunya, Nur Liana.

" Mama pon tak sabar nak jumpa Laila. Mama rindu sangat dekat anak mama yang sorang ni. Cepat sikit balik , bawak menantu mama sekali", usik Nur Liana.

Mr Tengku Adqil Место, где живут истории. Откройте их для себя