Bab 15 (E)

16.5K 354 4
                                    

  Natasya membuat reaksi muka yang tidak percaya. Baginya, sangat susah untuk dia mempercayai hal ini.

"Kau biar betul Arida? Tengku cakap macam tu ke?"

"Aku tak main-main la Tasya. Kau kan tau aku macam mana. Tolong aku Tasya. Aku taknak. Benda kahwin ni bukan hal yang boleh buat main"

Natasya mengangguk. Dia faham sangat. Dia nak tolong tapi masalahnya dia nak tolong macam mana? Idea buntu. Nak buat apa ni?

Mereka berdua diam dan memikirkan tentang hal itu.

Keesokan paginya,

Arida tunggu di mejanya untuk menyapa Tengku Adqil seperti biasa. Hal semalam mungkin terkeluar dari mulut Tengku Qaleesya secara tidak sengaja. Yelah, baru kena 'tipu', jadi tak mustahil la kan?

Kemudian, Arida mula melihat Tengku Adqil yang memasuki ruang pejabat. Dia segera bangun dan mengucapkan selamat pagi seperti biasa.

Tengku Adqil diam. Dingin dan tegang wajahnya saat ini. Sejak dari hari itu, dia mula bersikap lain dan dingin terhadap Arida.

Selepas beberapa minggu,

" Aku nikahkan kau dengan Arida Khalisya binti Mohd Ariff dengan mas kahwin sebanyak RM 50,000 tunai"

Si jejaka menyambut.

"Aku terima nikahnya Arida Khalisya binti Mohd Ariff dengan mas kahwin sebanyak RM 50,000 tunai"

"Sah?", tanya tok kadi kepada saksi yang terdapat di situ.

"Sah"

"Sah"

Tengku Adqil mula berjalan ke arah isterinya, Arida Khalisya. Hatinya panas. Aku kena cium perempuan ni ke?

Dia segera menghulurkan tangan lalu disambut oleh Arida dan Tengku Adqil segera mencium dahi isterinya.

Kedua-dua muka pengantin itu terlihat sangatlah tidak selesa. Muka Tengku Adqil menayangkan riak tidak puas hati dan beku manakala Arida pula menayangkan riak muka yang serba salah, takut dan pucat. Tiada secalit senyuman pun terpacar di wajah pengantin tersebut.

Pada waktu malam di rumah keluarga Tengku Adqil,

"Haa Arida. Naiklah cepat. Kesian suami kamu duk tunggu dekat atas tu", tegur Tengku Qaleesya.

Arida tersenyum nipis. Dia taknak! Kaki dia mula menapak naik ke atas. Sebelum itu, dia sempat menundukkan tanda hormat ke Tengku Qaleesya.

Dalam diam, Tengku Qaleesya senyum. Dia yakin, Arida adalah orang yang tepat untuk Tengku Adqil. Ada sebab kenapa dia memilih Arida. Tujuannya satu, dia tidak mahu Tengku Adqil masih lagi teringatkan si 'dia' yang sudah pergi meninggalkan Tengku Adqil.

Arida memasuki bilik Tengku Adqil. Gementar dan juga takut. Perasaannya tidak boleh diungkap ketika ini. Dia terdengar bunyi pancuran dari arah bilik air. Jadi, sudah tentu Tengku Adqil sedang mandi.

Selesai sahaja mandi, Tengku Adqil terkejut melihat Arida yang diam tidak berkutik di sofa yang terdapat di hujung katil. Arida menundukkan wajah dan berkata,

"Sebelum tu, saya nak minta maaf kepada Tengku sebab terpaksa kahwin dengan orang macam saya. Saya faham Tengku tak suka perkahwinan ni dan saya juga begitu. Saya faham kita dipaksa dan saya juga faham jika Tengku tidak anggap saya sebagai isteri jika di luar"

Tengku Adqil terdiam. Kemudian dia mengangguk. Tangannya mengambil tuala kecil yang tergantung di sebelah almari lalu dia mengeringkan rambutnya menggunakan tuala itu.

Sementara itu, Arida mula memasuki bilik air setelah sahaja dia mencapai tuala dan juga alatan mandiannya yang lain. Bagi ruang untuk Tengku Adqil memakai pakaiannya.

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now