Bab 10 (E)

16.2K 348 3
                                    

Captain's Cabin Resort, Kota Bharu

" Nah ni kunci bilik kau. Ingat pagi esok tunggu aku dekat dalam kereta terus. Pastikan tepat pukul 10 pagi", kata Tengku Adqil.

"Baik bos. Kalau dah takde apa-apa saya masuk dalam dulu"

Arida terus masuk ke dalam biliknya menggunakan kunci yang telah Tengku Adqil berikan.

Dia memandang sekeliling. Cantik dan kemas. Rasa selesa sangat. Nampaknya, tak salah keputusan dia untuk meminta cadangan Natasya.

Dia mula berasa penat dan ingin melelapkan mata. Penat seharian duduk dalam bas untuk datang ke Kelantan. Ceh macamlah dia yang drive.

Dan iya. Mereka datang berasingan. Tengku Adqil langsung tidak kisah bagaimana cara Arida mahu pergi ke Kelantan . Yang dia tahu, Arida mesti sampai di sana dengan selamat kerana semua fail yang berkaitan dengan projek berada di Arida.

Untung Arida bukan jenis perempuan yang makan hati. Lagipun, dia juga tidak mahu. Bukan apa, boleh timbul fitnah nanti. Dia tak mahu semua itu. Dia datang ke KL bukan untuk itu, dia hanya mahu kebebasan.

Arida terus menuju ke bilik air dan membersihkan diri. Selesai sahaja mandi dan menyalin pakaian, dia terus melemparkan badan dia atas katil dan tidur. Boleh bangun awal esok.

Keesokannya,

Tepat pada pukul 8 pagi, Arida turun ke bawah. Jam di tangan dipandang sekilas. Ada banyak masa lagi ni nak breakfast dulu. Jam tersebut jam pemberian arwah ayahnya 4 tahun lalu. Sayang sangat walaupun dah lama. Sekurang-kurangnya ia masih lagi berfungsi.

Dia terus menuju ke arah warung yang berdekatan dan makan di sana. Ketika makan, dia ternampak seorang wanita yang baru juga keluar dari resort yang dia tinggal.

' Macam pernah nampak. Siapa eh?'

Arida mengerutkan dahi. Cuba untuk mengingati dia.

'haa cik Ain!'

Arida pelik. Tapi kenapa Ain ada dekat sini? Dia buat apa? Jumpa Tengku Adqil ke? Dah berbaiklah kot.

Dia terus sambung makan. Malas nak masuk campur. Hal orang tak payah nak masuk campur. Jaga kain tepi sendiri sudah.

Selesai membayar, dia terus balik ke resort tersebut semula. Jam dipandang sekilas.

8.55 pagi

Dia terus masuk ke biliknya dan menyalin pakaian formal. Tiba masa untuk bekerja.

9.20 pagi

Arida terus menuju ke kereta Tengku Adqil. Sempat dia tegur pemandu kereta, Pak Ali.

Yes, awal!

Selepas 5 minit, Tengku Adqil memunculkan diri. Tengku Adqil memandang Arida dengan pelik.

"Awal kau bangun"

"Err haah bos. Awal"

Arida mati kata. Kekok ya ampun.

"Kau dah breakfast ke?"

"Dah bos. Dekat warung sebelah sana"

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now