Bab 42

5.1K 141 3
                                    

Tengku Adqil menggeliat bangun dari tidur. Dia meraba di sebelahnya. Kemudian, dia terasa tangannya tersentuh sesuatu yang lembut.

Tengku Adqil panik lalu cepat-cepat menoleh ke sebelah. Dia menghembuskan nafas lega apabila melihat Arida yang sedang enak diulit mimpi.

Dia baring mengiring ke arah isterinya itu lalu menarik selimut sampai ke paras bahu isterinya. Maklumlah, sejuk air-cond.

Tengku Adqil merenung Arida dengan lama. Tidak menyangka bahawa isteri yang amat dibencinya itu sudah mula mengambil ruang dalam hatinya.

Dia mengelus pipi Arida lembut sebelum dia menolak rambut Arida yang terjuntai ke depan. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Arida yang masih lena. Hidung mereka bersentuhan. Tengku Adqil senyum dalam diam.

Kemudian, baru dia tersedar. Dia segera menjauhkan dirinya lalu mencapai telefon yang berada di atas meja lampu tidur.

6.30 a.m

Lalu, Tengku Adqil mengejutkan Arida untuk menunaikan solat Subuh bersama-sama.

Arida menggeliat bangun dari tidur. Ketika dia mencelikkan mata, wajah Tengku Adqil terhidang. Arida terkejut lalu dia dengan pantasnya bangun dari katil.

" Dah bangun, lepas tu solat. Nanti kang habis waktu", kata Tengku Adqil.

Arida menganggukkan kepalanya lalu beredar dari situ menuju ke biliknya. Tengku Adqil yang melihat hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum sinis.

Selesai sahaja mereka berdua solat Subuh, Arida pergi ke ruang tamu. Dia melihat baju-baju mereka berdua yang terdampar di situ.

Arida berasa malu apabila dia terpandang baju-baju tersebut. Seketika kemudian, dia teringat apa yang terjadi kepada dirinya dan Tengku Adqil.

Arida segera menjauhkan fikiran tersebut lalu mengutip pakaian kotor tersebut untuk basuh. Tengku Adqil yang sudah pun menukar baju memanggilnya dari atas.

" Woi! Meh sini naik atas", panggil Tengku Adqio dengan nada yang kasar.

Arida segera memanjat tangga naik ke atas. Tengku Adqil segera menarik pinggang Arida dari dalam apabila melihat isterinya itu sampai di depan pintu biliknya.

Arida kaget. Tengku Adqil membaringkan Arida di atas katil. Arida terkebil-kebil kan matanya. Jangan cakap yang Tengku Adqil mengulangi perbuatannya semalam.

" Jom tidur. Mengantuk lagi la. Aku tak mandi pon tadi. Tukar baju je. Jom la tidur", rengek Tengku Adqil.

"Tengku, tak baik tau lepas solat Subuh, kita tidur", pesan Arida.

" Alaaa pleaseee. Im sooo sleepyyy", kata Tengku Adqil tidak mau kalah.

" Okay la. Saya teman Tengku tidur je tau? Saya ada benda nak buat lagi lepas ni", kata Arida.

Tengku Adqil mengangguk dengan laju sebelum dia memeluk pinggang isterinya itu dengan lebih erat sehingga hidung mereka bersentuhan.

Tidak lama kemudian, kedengaran syara dengkuran halus keluar dari mulut Tengku Adqil. Arida hanya tersenyum. Dia menunggu lagi 15 minit sebelum menarik tangan suaminya.

Dia segera mengikat rambutnya yang panjang cecah paras bahu sebelum keluar dari bilik suaminya. Lalu, dia turun ke bawah untuk memulakan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Arida mula mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak sebagai breakfast.

Frozen food juga tidak lupa dikeluarkan. Ada sausage, hash brown, ayam dan juga sayur.

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now