Bab 49

4.5K 156 9
                                    

Tengku Mardhiah membuat perancangan baru dengan menjadikan anaknya Ain sebagai tali barut.

Pada mulanya, Tengku Mardhiah menjadi rakan baik mereka. Apabila Nur Liana mempunyai masalah, Tengku Mardhiah ialah orang yang paling laju memberikan pendapat.

Bagi Nur Liana, Tengku Mardhiah ialah kawan baiknya namun tidak bagi Tengku Mardhiah.

Apabila umur Ain mencecah 20 tahun, dia juga mengikuti jejak langkah ibunya. Mestilah, dengan persekitarannya, cara hidupnya begitu juga perangainya semua ikut ibunya memandangkan dia tiada bapa.

Ain juga berkenalan rapat dengan Tengku Laila yang ketika itu mencecah 22 tahun. Hubungan mereka seperti adik beradik kerana mereka berdua anak tunggal keluarga.

Tetapi, semuanya musnah apabila 2 tahun lepas, ketika Tengku Laila di dalam perjalanan ke rumah, sebuah lori balak menghempas keretanya dan kedua kenderaan mereka terbalik.

Tengku Laila disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Sebaik sahaja mendengar perkhabaran buruk itu, Ain terkedu.

Kerja ibunya ke?

Tengku Adam dan Nur Liana pula sedih yang teramat. Satu-satunya anak mereka pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya. Lebih perit lagi pada waktu hari jadinya sendiri.

Nur Liana tidak dapat terima kenyataan dan menjadi kurang siuman. Hampir setiap hari dia memanggil nama anaknya. Setiap kali itu juga lah dia menangis dan meraung. Ibu mana yang tidak terkesan dengan kehilangan anaknya?
Anak yang dikandung selama 9 bulan, namun Allah hanya bagi pinjam untuk 24 tahun.

Tengku Adam serabut. Fikirannya juga buntu. Dia juga berasa sedih dengan pemergian anaknya namun melihat isterinya turut bersedih, disorokkan perasaannya demi tidak mau membuatkan keadaan jadi makin rumit.

Pada masa yang sama, Tengku Mardhiah bersorak keriangan. Hatinya sangat tenang selepas melihat kehancuran Nur Liana.

Hampir setiap hari dia menerima panggilan dari Tengku Adam untuk memujuk isterinya Nur Liana. Tengku Mardhiah dengan senang hatinya bersetuju walaupun dia tidak memujuk, malah dia lebih menghasut.

" Liana, kau ni sedih macam tak ingat suami. Kau ingat suami kau tak sedih ke? Adam pon terkesan jugak. Kau ni hanya fikirkan diri sendiri"

Nur Liana yang mendengar hanya memandang jauh ke luar tingkap sambil meracau nama anaknya.

" Kalau macam ni, baik la aku yang jaga Adam. Kesian dia, ada bini tapi GILA!"

Tengku Mardhiah ketawa suka. Ain yang melihatnya hanya mendiamkan diri. Tidak dapat dinafikan, keadaan Nur Liana sangatlah kesian. Ain tersenyum dalam hati.

' Untung kau Laila. Ibu kau sanggup jadi gila sebab kau. Sayang sungguh aunty dekat kau'

Hampir setiap hari, Tengku Mardhiah membisik perkara yang sama kepada Nur Liana.

GILA GILA GILA

Sampai suatu hari, Tengku Adam yang baru sahaja penat balik dari pejabat.

Dia masuk ke dalam bilik untuk menjenguk isterinya namun,

" Sayang, abang dah balik"

Tengku Adam membuka pintu.

KREKK

Tengku Adam membulatkan mata. Dia terus pergi ke katil dengan pantas.

" Liana!! Apa yang dah jadi ni ya Allah? Liana! Please bangun sayang"

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now