Bab 28

4.5K 133 1
                                    

Pada malam itu,

Suasana di dalam rumah mereka seperti biasa. Masing-masing buat hal sendiri. Arida sibuk dengan mengemas rumah dan sebagainya manakala Tengku Adqil pula sibuk menghadap laptop membuat kerja di bilik kerjanya.

Sedang Arida leka mengemas di dapur, tiba-tiba terdengar ketukan di pintu rumah.

Tuk! Tuk! Tuk!

Arida segera mengelap tangannya sebelum melangkah ke arah pintu tersebut. Namun, langkahnya terhenti apabila kedengaran suara Tengku Adqil di tangga.

" Siapa tu?"

Arida pun menoleh ke arah suaminya.

"Entah tak tau. Saya baru nak bukak pintu", jawab Arida.

Arida segera membuka pintu. Muka Ain tersembul di sebalik pintu. Arida berasa hairan. Dah kenapa perempuan ni datang malam-malam ni?

"Oi. Siapa tu?", Tengku Adqil tanya lagi.

Ain yang terkejut melihat Arida yang membuka pintu segera menolak Arida dan masuk ke rumah dengan selamba apabila terdengar suara Tengku Adqil dari dalam.

Arida terjatuh. Dia segera bangun semula. Takde masa lah nak jadi  dramatic sangat ni. Kalau jatuh then bangun je la kan senang tu.

" Qil! I miss you so much! You tak rindu I ke?", kata Ain.

Tengku Adqil melihat Ain yang berada dalam rumahnya. Dia memandang perempuan tersebut dengan pandangan yang mendatar.

" Nak apa ni?"

" You tak rindu I ke?", Tanya Ain untuk kali kedua.

" Tak langsung. I dah jawab soalan you so boleh la balik"

" ADQIL! Sampai hati you. I tau I ada buat salah but why you layan I macam ni. Semua orang buat salah kan? Im so sorry but past is past, sayang"

Tengku Adqil buat muka meluat. Apa ni panggil orang sayang ni? Sejak bila aku sayang dia ni?

"Apa ni jerit-jerit ha?! You mengarut apa ni? Yang kacau orang malam-malam ni buat apa? Tak malu ke masuk rumah tak dipelawa? You tu perempuan. I rasa you ada jugak kan perasaan malu?"

" Qil, I sanggup datang malam-malam ni semata-mata nak tengok you je. You tak suka I ke?"

" Dah lama dah aku tak suka kau. Sejak dari dulu lagi. Lagi satu, siapa suruh kau datang malam-malam ni? Aku ke? Takkan. Then yang nak memekak apasal?!"

Ain terkedu. Tidak menyangka jejaka pujaan hati sanggup berkata begitu. Dia memandang ke arah Arida.

Arida yang dari tadi memerhati mereka berdua berperang mulut terkejut sekejap apabila mata Ain bertembung dengan matanya. Aik aku ada buat salah ke sampai mata dia macam berapi bila pandang aku ni?

" Kau! Ni semua kau punya pasal!", Jerit Ain.

Eh?

Arida diam. Apa aku nak buat ni?

" Ni semua kerja kau kan?! Kau bagi dia apa ha sampai dia dah tak nak dekat aku? Kau bomohkan dia ke? Kau jawab!!"

Tengku Adqil membuat muka pelik. Di mata Tengku Adqil, Ain kelihatan seperti orang gila.

" Eh tak Cik Ain. Saya tak pakai bomoh-bomoh ni semua. M..ma..mana saya tau kenapa Tengku dah tak minat dekat Cik Ain", jawab Arida.

Ain tepuk tangan.

"Woww berani kau balas ek?"

" Eh Cik Ain yang suruh saya jawab tadi jadi saya jawablah"

Ain speechless. Dia segera menuju ke arah Arida sebelum tangannya naik menampar Arida.

Pang!

Arida ditampar. Tengku Adqil naik marah. Dia segera turun dan mendekati mereka berdua. Lol baru nak turun ke bang?

" Eh bodoh. Kau ni apasal sial?", Kata Tengku Adqil.

Dia menolak Ain dengan kuat. Terduduk member tu dibuatnya.

Ain tidak percaya. Dia mengusutkan rambutnya kemudian menggelebg tidak percaya.

Tengku Adqil melekapkan tangannya di pipi Arida. Dia memandang isterinya itu dengan risau. Benci-benci dia pada Arida pon, lebih benci lagi dia dekat si Ain tu.

" Sakit tak?"

Arida yang rasa nak nangis terus rasa nak marah apabila mendengar soalan suaminya itu. Dia ni tengah buat lawak ke apa? Tak nampak ke dia tampar aku dengan kuat tadi? Boleh tanya sakit ke tak?!

Mereka berdua memandang ke arah Ain yang kusut itu. Dah kenapa dia ni? Taknak bangun ke?

" I tak percaya semua ni. I tak percaya"

" Apa yang kau tak percaya ni? "

" You tolak I Qil? You..you sanggup tolak I, maki I , carut dekat I ? SEMATA-MATA NAK BELA PEREMPUAN SUNDAL NI?"

" Perempuan sundal yang you cakap ni isteri aku tau. So dia ada hak la. Yang sundal sekarang ni kau. Tak malu masuk rumah aku pastu buat kecoh. Lepas tu kau berani pulak tampar isteri aku. Kau yang menyundal sekarang ni!"

Ain bangun. Dia menggenggam tangannya dengan kuat.

" Kau tunggu! Aku akan pastikan hidup kau takkan bahagia. Itu sumpah aku Tengku Adqil!"

" Tak payah nak main sumpah-sumpah dalam rumah aku bagai. Tuhan tak suka. Apa kata kau balik"

Belum sempat Ain nak balas, Tengku Adqil menyambung lagi.

" Bila kau dah balik tu, ingat Tuhan sikit. Pergi masuk bilik, amik wuduk , bentang sejadah then solat dan berdoa biar lembut sikit hati kau tu"

Ain segera keluar dari rumah dengan hati yang panas. Tidak tahan lagi mendengar makian yang keluar dari mulut si jejaka. Sebelum dia keluar, sempat lagi dia memberi amaran.

" You guys just wait. I akan pastikan you guys takkan happy with your marriage and you perempuan, I akan buat you merana. You tunggu je. And you Adqil! I akan buat and pastikan you melutut nak dekat I balik and I jugak akan make sure yang you takkan pandang mana-mana perempuan dah lepas ni selain I. Just wait!"

Arida hanya mendiamkan diri sambil melihat Ain yang keluar dengan cara menghentakkan kakinya dengan perasaan yang tidak puas hati. Arida tertanya-tanya. Dia kan pakai high heels jadi tak retak ke jubin rumah ni?

' Nak buat aku merana? Sebelum kau buat dekat aku pon, aku dah cukup merana dah ni. Kau ingat kekasih hati kau dengan aku bahagia ke dengan perkahwinan ni? Ini pon setakat lakonan je cik Ain oi', kata Ain dalam hati.

Apabila Ain sudah tidak kelihatan, mereka berdua mengambil nafas lega. Arida segera menjauhi Tengku Adqil dan masuk ke dalam biliknya. Begitu juga dengan Tengku Adqil.




Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now