Bab 33

4.8K 147 6
                                    

" Qil, is that you babe?", tanya empunya suara tersebut.

Siapa lagi kalau bukan Tengku Erina, bekas kekasih Tengku Adqil. Orang yang pernah membuatkan hubungan Zariel dan Tengku Adqil rosak pada satu masa dulu.

Tengku Adqil menayangkan wajah meluat. Babe? Siapa tu? Tak reti malu punya perempuan.

" Hi! I tak sangka akan jumpa you kat sini. You buat apa dekat sini?", tanya Tengku Erina dengan ceria.

Tengku Adqil menyampah.

" Dah tau kan kita berdiri depan mana sekarang ni? Tak pandai baca ke?", balas Tengku Adqil dengan kasar.

Tengku Erina terkedu. Dia tak pernah sangka Tengku Adqil akan berkasar dengannya.

" You still marah dekat I lagi ke? Pasal dulu? "

Tengku Adqil diam.

" Look,babe. Past is past. Can we just forget about it and start again? Plus, i miss you so much. After we broke up, I can't stop thinking about you everyday", kata Tengku Erina.

Tengku Adqil memandang Tengku Erina. Mudahnya dia bagi jalan penyelesaian. Senangnya perempuan ni cakap.

Tengku Adqil memandang tepat pada mata Tengku Erina. Perempuan di hadapannya ini memang cantik. Matanya yang berwarna coklat cair tu la yang pernah jadi igauannya dulu. Sebab tu la boleh jadi pasangan kekasih. Dah la setaraf dengan dia. Tapi tu la, bodoh bila bercakap macam tak fikir dulu guna otak.

" I nak cakap sikit eh. First, I already forget about the past. So, its okay. Zariel and me? We fine. No more war between each other. Second, start again? Are you out of your mind? My answer is no. A big NO! Third, you regret? Then its not my problem. I dont care about it at all. Pandai cakap pandai buat sangat kan? Now tanggung la akibatnya. Sekali lagi, I jumpa you memang tak aman la hidup you Erina", kata Tengku Adqil sebelum pergi dari situ.

Tengku Erina diam. Aku takkan mengalah! Ini Tengku Erina la. Apa yang aku nak pasti aku dapat.

Tengku Erina mengetap bibir menahan malu. Kemudian, dia terus pergi dari situ.

Tengku Adqil memandu kereta dengan perasaan yang bercampur- baur. Nak start balik?

Huh. Aku mungkin masih lagi sayangkan kau Erina. Tapi aku tak bodoh lagi nak pergi dekat kau balik. Lagi-lagi lepas kau buang aku.

Tengku Adqil terus memandu dengan agak laju. Serabut kepala otak!

Arida yang enak menonton tv terkejut apabila terdengar bunyi hempasan pintu.

BAMM!

Tengku Adqil menghempas pintu dengan kuat. Arida yang berada do situ tidak dihiraukan. Dia teruskan langkahnya naik ke atas bilik.

Bad mood alert

Arida diam menikus di situ. Nak buat apa ni? Patut ke tak aku teruskan aktiviti tengok tv ni?

Jadi, dia membuat keputusan untuk menutup tv dan berlalu ke biliknya. Risau karang nanti takut ada benda keluar yang menyakitkan hati dari mulut encik Tengku tu. Dahlah tengah bad mood tu.

Tengku Adqil yang berada dalam biliknya menghempas badannya ke atas katil. Siling dipandang. Teringat kembali semua memori indah bersama Tengku Erina. Kemudian, momen di mana Tengku Erina sendiri yang patahkan hatinya kembali terlayar.

Ah persetankan semua tu! Kau yang buang aku now kau nak aku balik? Pergi mampus. Ingat perempuan je ke yang sedih bila dipergunakan? No! Lelaki pun. Bukti? Aku.

Tengku Adqil bangun dari pembaringan. Dia terus mencapai tuala dan melangkah ke arah bilik air untuk membersihkan diri. Mandi lagi elok dari ingat ex girlfriend.

Pada malam itu,

Arida sedang menggosok bajunya. Baju kurung moden berwarna putih dan juga kain batik yang diolah seperti kain baju kurung dijadikan pilihan hati. Hari Jumaat kenalah cantik-cantik sikit.

Kata miskin macam mana boleh beli baju kurung? Semua baju kurung yang dipakai oleh Arida untuk kerja semuanya Natasya punya. Natasya mengatakan bahawa dia sudah tidak lagi berminat dengan baju kurung tersebut. Jadi sebab itu, dia beri pada Arida memandangkan Arida kekurangan baju. Senang kan?

Arida kemudia gosok pula tudung shawl hitam satin. Jangan tanya ini pon dari Natasya. Jujur, Arida bukannya tau mana pakai shawl, jadi dia rujuk youtube.

Sedang dia leka gosok tudung, suara Tengku Adqil kedengaran.

" Woi perempuan. Gosok baju aku sekali. Aku ada meeting penting esok. Aku taknak tengok satu kedut pun"

Sut hitam dan juga kemeja putih panjang dicampakkan kepada Arida. Bukan itu sahaja, seluar sekali.

Arida terkial-kial menyambut pakaian tersebut. Nasib baik dah letak sterika jauh dari tudung kalau tak burn!

Arida mengangguk faham. Tengku Adqil terus sahaja pergi dari situ.

Nampaknya, perangai Tengku Adqil memang akan kekal sampai macam ni. Arida teruskan kerjanya.

Keesokannya,

" Woi! Bila meeting aku?", sergah Tengku Adqil.

Arida terkejut. Pen di tangan sudah terpelanting jauh. Terkejut punya pasal.

Dia memandang suaminya yang berada di hadapannya. Terus dia mengambil buku nota untuk periksa jadual Tengku Adqil.

" Pukul 12.30 tengahari, Tengku", kata Arida.

Tengku Adqil memandang Arida yang kelihatan agak cantik. Agak okay agak.

Not bad.

Arida pelik dengan Tengku Adqil. Dah kenapa ni? Dia memetik jarinya. Panggil banyak kali pon tak dengar.

" Tengku!"

Tengku Adqil tersedar. Eh apa aku buat ni? Dia terus mengangguk faham dan pergi dari bilik Arida.

Arida mengerutkan dahi. Kenapa angguk?

Manakala, dalam bilik pejabat Tengku Adqil pula,

Dia memegang dada. Apahal sia degan aku ni? Dia terus menggelengkan kepalanya dengan laju. Cuba menidakkan perasaan yang hadir.

Malas melayan, dia cuba untuk menyibukkan dirinya dengan membuat kerja yang tertangguh.

Kemudian, baru dia tersedar mengenai Tengku Erina. Dia terus mencapai telefon sebelum nombor Imran dan Zariel ditekan.

Ingin memberitau perihal Tengku Erina kepada mereka berdua. Yelah best friend forever la katakan.

" Hello. Aku nak jumpa korang berdua. Dekat cafe macam biasa. Hal penting. Ingat! Pukul 2.30 lepas aku habis meeting terus cau sana"

Hello everybody! New ch. Unlocked. Now for next part please vote until 50 at least:)And dont forget to leave your comment too. Saya x kisah pon comment negative cause i tau banyak kekurangan.
Also sya mntk jangan tinggalkan komen 18+ ye its so disgusting. Xde kena mengena pon dlm buku sya ni. Sebb tu sya unpub balik ch ni.

Btw thanks for ur vote and comments. Have a nice day:)

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now