Bab 36

5.1K 158 7
                                    

Arida merenung ke luar tingkap rumah. Hujan. Dia suka hujan lagi-lagi hujan lebat. Pelik ke? Entah la mungkin kerana apabila hujan, persekitaran jadi sejuk.

Dia memeluk tubuh lalu mengusap kedua-dua bahunya. Sejuk sangat ni. Dia masih lagi memandang hujan di luar. Cantik!

' Nature lover ', aku la tu hehe.

Tengku Adqil memandang Arida. Niatnya, dia ingin berjumpa dengan Zariel dan Imran pada pukul 11.30.pagi. Namun, ada masa lagi 30 minit.

Kemudian, dia teringat mengenai kisah silam Arida yang diceritakan Adam. Tengku Adqil musykil. Jujur, dia ingin menanyakan beberapa soalan berkaitan masa lalu Arida.

Tengku Adqil menapak ke arah Arida. Dia duduk di atas sofa bersebelahan dengan Arida.

Arida yang terasa ruang disebelahnya berat menoleh ke arah suaminya itu. Punya la besar ruang sofa ni, kat situ jugak dia nak duduk?

" Aku nak tanya beberapa soalan ni"

Arida mengangkat kening menanti soalan yang keluar dari mulut Tengku Adqil.

" Boleh tak kau ceritakan tentang masa lalu kau? Maksud aku, aku kan panggil kau perempuan kampung kan? So mestilah kau datang dari kampung kan? Ceritakan apa yang kau buat kat sana dekat aku", kalut Tengku Adqil menjelaskan pertanyaan.

Arida diam. Alamak! Kalau dia beritahu, mesti Tengku Adqil ingat dia perempuan yang bukan-bukan. Tetapi, kalau dia tak beritahu, mesti banyak tuduhan yang akan dilemparkan.

Arida gusar. Patut ke tak eh? Tangannya digenggam. Walaupun mukanya tenang, Arida tidak dapat menafikan hatinya sekarang ini nervous gila.

Melihat Arida yang seperti gusar dan takut untuk bercerita, Tengku Adqil terus memegang tangan isterinya itu. Sejuk!

" Jangan risau. Aku takkan fikir kau yang bukan-bukan. Aku cuma nak tau je", kata Tengku Adqil.

Arida menghela nafas yang panjang. Rasanya dia perlu beritahu.

Maka, Arida pon bercerita bagaimana kehidupannnya bermula dengan kematian orang tuanya kemudian bagaimana dia hidup dengan kedua ibu dan bapa saudaranya setelah kematian orang tua.

Bukan itu sahaja, Arida juga bercerita bagaimana dia dihalau dan diselamatkan oleh jiran di kampung dan juga Natasya.

Sambil Arida ralit bercerita, Tengku Adqil perasan riak muka Arida sedikit sedih. Namun, tidak diendahkan oleh dia.

Tangan Tengku Adqil masih lagi pegang tangan Arida. Dia tidak lepaskan pun tangan isterinya itu kerana dia yakin Arida berasa trauma dengan apa yang terjadi.

Bagaimana dia tau? Tangan Arida pun boleh jadi bukti. Sejuk gila tangan. Bukan itu je, malah tangannya juga menggigil dengan makin lama makin teruk.

Apabila Arida selesai bercerita, baru dia perasan bahawa tangan Tengku Adqil masih lagi memegang tangannya. Kalini, dengan lebih erat.

Tengku Adqil tidak dapat menafikan bahawa dia turut berasa kasihan terhadap perempuan di hadapannya kini. Kalau dia berada di tempat Arida, sudah pasti hidupnya sendiri akan merana.

" Er Tengku? Tengku okay ke?", tanya Arida setelah melihat Tengku Adqil mengelamun jauh.

Tengku Adqil tersedar. Tangan kirinya melepaskan pegangan tersebut manakala tangan kanannya menyelak rambutnya yang sedikit kusut.

" Ha? Okay okay. Kalau macam tu, aku pergi dulu la. Aku baru teringat aku ada hal nak jumpa kawan aku jap. Ada benda nak bincang"

Selesai sahaja Tengku Adqil berkata, dia terus sahaja neninggalkan Arida yang masih lagi terkebil-kebil di situ.

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now