Bab 30

5.2K 146 4
                                    

Arida tekun membuat kerjanya. Sedar tidak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.

Dia mengeluh. Lagi sedikit sahaja lagi kerjanya akan siap. Arida sambung menekan papan kekuci komputernya.

Lepas 10 minit,

" Fuh akhirnya siap jugak. Lebih baik letak dalam rak keselamatan la fail ni. Bahaya pulak kalau letak atas meja ni"

Selepas dia meletakkan fail di dalam rak, dia segera mengunci rak tersebut dan meletakkan kunci di dalam beg tangannya. Baru selamat!

" Kau tak balik lagi ke?", Tanya seseorang.

Arida segera paling ke belakang.

Eh?

" Tengku? Tengku tak balik lagi ke?"

" Habis kalau aku dah balik macam mana aku boleh ada dekat sini? Macam mana kau dengar aku cakap? Macam mana kau boleh nampak aku?"

Erk? Betul jugak tu.

"Err hehe. Maaf Tengku. Saya ingat saya sorang je dalam office ni. Ingatkan dah takde dah orang lain dekat sini. Tu yang saya terkejut tu"

Tengku Adqil hanya mendiamkan diri sebelum dia menghilangkan diri.

Arida hanya memandang sahaja Tengku Adqil. Kemudian, dia menutup suis lampu dan juga air-cond biliknya. Kemudian, beg tangannya dicapai. Terus sahaja dia menutup pintu dan bergerak menuju ke lif untuk menuju ke lobi.

Ting!

Lif terbuka. Sebaik sahaja dia ingin masukkan diri dalam lif tersebut, tangannya ditarik. Arida terkejut. Dia memalingkan muka ke arah gerangan yang menariknya.

Tengku Adqil.

Arida menghela nafas lega. Ingatkan siapa tadi. Dia mengerutkan dahi. Kenapa main tarik-tarik ni?

" Ye Tengku. Ada apa?"

" Kau balik naik apa?"

" Naik teksi. Kalau tak pun, saya naik bas je. Kenapa?"

" Ada ke teksi dengan bas waktu malam macam ni?"

" Ada je. Kalau takde takpe saya jalan la kaki. Bukannya jauh mana pon"

Tengku Adqil diam. Tangan Arida dilepaskan.

" Naik dengan aku"

Situasi diam seketika. Arida memandang wajah suaminya itu dengan pandangan yang mendatar. Dah kenapa dengan suaminya pulak ni?

Tengku Adqil beriak tenang. Apa? Ada apa-apa dekat muka ke sampai pandang macam tu sekali?

" Tengku jangan main-main ye. Dah lewat malam ni. Saya takde masa nak layan lawak Tengku"

" Apa yang lawak? Aku ajak kau naik kereta dengan aku pon lawak ke?"

" Bukan. Saya macam tak percaya. Tengku biar betul. Tengku tak terhantuk mana-mana bucu meja ke apa kan?"

Tengku Adqil melipatkan tangan ke dada. Eh dia ni.

" Look. I already offer you either you want to go with me or not. Now its up you. Yes or nay?"

Arida mendiamkan diri untuk seketika. Dia berfikir. Kalau tiada bas dan teksi macam mana? Lebih baik balik dengan Tengku Adqil, suaminya sendiri. Karang nanti kena kacau ke apa kan? Dah malam bahaya ni. Apa-apa boleh jadi.

Arida mengangguk setuju. Lalu dia mengekori Tengku Adqil menuju ke kereta mewah dia.

Di dalam kereta,

Suasana yang sunyi. Arida dengan dunianya sendiri. Tengku Adqil pula tekun memandu. Tiada sebarang suara yang keluar. Malah, radio pon tidak dibuka.

Masing-masing diam sehinggalah mereka sampai ke rumah.

Pada pukul 10, Arida tidak boleh tidur. Dia terasa lapar. Lupa bahawa dirinya tidak menjamah apa-apa makanan dari tadi.

Dia segera pergi ke dapur dengan berhati-hati. Kepala ditolehkan ke kanan dan ke kiri. Takut mana tau Tengku Adqil ada di situ.

Ok! Line clear!

Arida membuka kabinet sebelum dia mencapai paket mi segera. Baru sahaja dia ingin mencapai, ada satu tangan berurat yang terlebih dahulu menutup kabinet.

Oh no!

Arida meneguk liur. Terasa payau. Dia membalikkan badannya sambil kepala ditundukkan ke bawah. Tidak perlu lagi tanya siapa, pasti korang dah tau kan? Siapa lagi kalau bukan suaminya itu.

' Dari bau pon dah kenal dah', monolog Arida.

" Kau buat apa ni? Terhendap-hendap macam perompak ni"

Arida mendiamkan diri.

Tengku Adqil naik marah. Orang tanya tu jawablah.

" Saya lapar. Sebab tu saya nak makan mi tu"

Tengku Adqil menghela nafas. Dia terus membuka semula kabinet tersebut dan mencapai paket mi itu sebelum masak.

Arida pelik dan hairan dengan tingkah laku Tengku Adqil.

"Kau buat apa lagi? Pergi la tengok tv sana. Aku nak masak pon kau kena kacau ke?"

"Eh bukan Tengku. Tengku pon lapar jugak ke? Meh la saya masakkan"

"Tadi siapa yang lapar? Kau ke aku?"

"Saya"

" Jadi aku masak untuk kau la. Takkan la itu pon nak aku bagitau"

" Eh takpe, Tengku. Saya boleh masak sendiri"

Tengku Adqil tetap menghalang. Arida buntu.

" Sebelum aku cium mulut kau baik kau tutup mulut dan pergi ke depan tengok tv ke sepahkan barang ke apa. Aku nak masak ni. Jangan kacau. Shuh! Blah!"

Arida segera diamkan diri lalu dia bergerak menuju ke ruang tamu. Dia baring di atas sofa lalu melihat tv. Tidak sampai 30 minit kemudian, dia terlelap.

Note:

Maaf pendek untuk chapter ini. Next panjang. Promise you guys.Selamat Hari Raya guys!

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now