Bab 50

5.3K 138 4
                                    

Tengku Erina memandang dua ketul makhluk di hadapannya kini. Dahi dikerutkan.

Kenapalah aku kena jumpa korang dalam waktu yang macam ni?

Manakan tidak, Tengku Adqil dan Arida sedang berpelukan di atas sofa. Well, memang tidak hairan kerana itu rumah mereka, tetapi...depan tetamu!

Arida kelam kabut melepaskan pelukan suaminya itu. Dia memandang Tengku Erina seperti ingin mengatakan 'saya minta maaf'.

Tengku Adqil menoleh ke arah pintu rumah. Oh ex dia.

" Ehem. Sorry I ganggu you berdua nak manis-manis kat sini tapi boleh kena masa tak?", sindir Tengku Erina.

Dia menuju ke arah sofa yang bertentangan dengan sofa dua ekor ni. Tanpa izin tuan rumah, dia duduk sambil melipatkan tangan ke dada.

Tengku Adqil hanya membiarkan. Dia membetulkan baju yang sedikit terselak.

" Cik Erina nak apa-apa ke? Saya boleh buatkan air", kata Arida.

" Nope. Tak perlu. Lagipun, I datang ni kejap je. Husbabi you ni suruh I datang sini, sebab tu I datang", tanpa amaran, Tengku Adqil dimaki Tengku Erina.

Tengku Adqil membulatkan mata.

"Choyy mulut kau jaga sikit eh. Aku panggil ni ada sebab tau kalau tak, memang tak hingin aku nak tengok muka kau tau", balas Tengku Adqio kasar.

Tengku Erina hanya menjulingkan mata.

" Haa apa dia? ", tanya Tengku Erina.

" Aku nak cakap terima kasih sebab kau bagi amaran kat aku haritu. Kalau kau tak call aku and inform pasal rancangan Ain, mesti bini aku tak ada depan mata aku lagi", kata Tengku Adqil dengan ikhlas.

Tengku Erina mengerutkan dahi. Aik bang tu je? Tak boleh whatsapp ke?

Arida juga mengangguk.

" Terima kasih, Cik Tengku. Cik Tengku dah selamatkan nyawa saya. Saya betul-betul berterima kasih", kata Arida pula.

Tengku Erina menaikkan kening. Menaikkan? Menjungkit? Menjongket? Entah confuse sikit.

" Kalau kau betul-betul berterima kasih dekat aku, kau sanggup buat apa je aku nak?"

Tengku Adqil dan Arida terdiam. Arida mengangguk. Dia dah tolong dan selamatkan nyawa aku mesti aku boleh balas balik.

" Aku nak Adqil balik"

Krik
Krik
Krik

Arida terdiam. Dia kena undur dirikah?

Tengku Adqil mula tidak senang duduk. Dia memandang Tengku Erina dengan tajam.

" Apa kau merepek ni Erina? Kau jangan nak buat gila dekat sini eh"

Tengku Erina hanya menayangkan senyuman sinis. Arida hanya mendiamkan diri. Kemudian,

" Maaf, Cik Tengku. Tapi saya isteri dia. Bukan ke saya lebih berhak ke atas suami saya?"

Tengku Adqil menoleh ke arah Arida. Tengku Erina diam.

" Cik Tengku takde nak apa-apa ke? Saya minta maaf tapi kalau itu Cik Tengku nak, saya tak boleh nak bagi. Saya janji tapi Adqil suami saya. Kalau benda lain mungkin boleh", sambung Arida lagi.

Tengku Erina tersenyum puas.

" Aku ingatkan kau ni lembik sangat. Rupanya ada tegas dia jugak kan?", sindir Tengku Erina.

Arida hanya memandang.

" Okay. Kalau ada apa-apa yang aku nak, aku bagitau. Aku akan tuntut janji kau tu"

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now