Bab 8 (E)

15.1K 364 4
                                    

Beberapa bulan kemudian,

Arida semakin lama semakin selesa dan pandai dalam membuat kerjanya sebagai PA Tengku Adqil. Tipulah dia jika tidak pernah dibuli oleh Tengku Adqil.

Pada minggu ke 2 dia bekerja, Tengku Adqil mula tunjuk taring. Sekejap 30 minit, ada sahaja nama Arida akan dipanggil. Sekejap nak itu sekejap nak ini. Pening dibuatnya anak orang itu. Namun apakan daya, nasib dialah dapat bos seperti Tengku Adqil.

Sedang Arida ralit membuat kerja, Tengku Adqil mengetuk mejanya. Terangkat bahu Arida apabila mendengar ketukan tersebut. Terkejut nyah!

Arida mengerutkan dahi dalam diam tanda pelik. Sejak bila pula Tengku Adqil masuk dalam bilik dia? Tak dengar salam pon.

"Masuk bilik meeting. Aku ada meeting penting dengan ayah aku"

"Baik bos. Sekarang ke?"

" Takdelah. Esok...sekarang la! Tercegat apa lagi?!"

" Eh sorry bos. Ok ok"

Dengan segera, Arida mengambil buku nota dan pen hitam. Senang nanti bila ada point penting catat terus. Tak payah susah-susah nak tanya balik.

Mereka berdua segera menuju ke bilik mesyuarat.
.
.
.
.
Habis sahaja mesyuarat, mereka sambung semula membuat kerja. Tidak lama kemudian, seseorang mengetuk pintu bilik Arida.

Tok! Tok! Tok!

Arida segera mengalihkan pandangan. Ingatkan Natasya, rupa-rupanya bukan. Tetapi seorang perempuan tinggi dengan wajah yang cukup anggun. Ditambah lagi dengan dress peach yang terletak elok di badan. Walaupun tidak memakai tudung, namun ia cukup untuk membuatkan semua lelaki terkesima apabila memandangnya.

Arida segera berdiri dan menuju ke arah pintu.

" Ye cik. Ada apa?"

"Haii sorry kalau I ganggu you. Emm you PA Tengku Adqil ke?"

" Haah ye saya. Ada apa ye cik?"

"Oh okey. I nak tanya..sekarang bukan ke waktu lunch? Adqil ada kat dalam ke?"

"Ohh ada cik. Kejap ye. Saya inform Tengku Adqil dulu."

"Oh boleh. Thank you"

Arida segera menekan telekom(?) untuk berhubung dengan bosnya itu.
Kemudian, panggilam disambungkan.

" Hah kau nak apa?"

"Er bos ada sorang cik ni nak jumpa bos"

" Siapa?"

Arida menggaru kepala. Aku lupa pulak nak tanya. HAAHAHAHAH.

"Maaf cik. Nama cik siapa ye?"

"Ain"

Arida segera mendekatkan telinganya semula ke telekom(?) tersebut.

"Cik Ain"

"Haa. Kau bagi dia masuk"

"Ok"

Panggilan diputuskan. Arida menoleh ke arah Ain.

"Cik, Tengku Adqil suruh encik masuk. Depan ni je bilik dia"

"Oh okay thank you", jawab Ain dengan senyum.
.
.
.
.
.
Bilik Tengku Adqil

"Haa kau nak apa sampai datang syarikat ni? Tak malu ke?", tanya Tengku Adqil. Rimas dengan perempuan ni.

" Hello! I datang pon sebab your mom desak I tau. Kalau tak, I tak teringinlah nak jejak kaki kat sini", balas Ain bongkak.

Jujur, dalam hati dia sangat teruja apabila mak kepada Tengku Adqil menyuruhnya untuk keluar lunch bersama anak terunanya itu. Gila nyah sape tak excited bila nak jumpa crush?!

"Dah tu? Kau boleh je kan bagi alasan? Perempuan kan selalu the best kalau bagi alasan"

" What the--?! You ingat senang ke I nak create excuses? Ok fine! I dah taknak perang mulut lagi. Your mum and my mum suruh I dengan you lunch together. Jom. No excuses."

"No! Kau ingat kau siapa? Aku ada banyak kerja. Baik kau keluar sekarang. Aku takde mood la nak buat kerja bila tengok kau"

Ain terkedu. Sakit beb kena reject centu. Tapi takpe, ni Ain la. Dia janji dia akan buat Tengku Adqil melutut di hadapannya. Ye! Aku berazam! Tengku Adqil is mine!

Dengan segera dia mendecit kasar lalu keluar dari bilik Tengku Adqil. Pintu bilik tersebut dihempas dengan kasar. Lantaklah nak tercabut ke nak pecah ke apa. Sakit hati. Padan muka!
.
.
.
.
.
"Uit kuat naw hempasnya. Tak pecah ke pintu tu?", kata Arida sendirian.

Yelah gila kau tengah ralit buat kerja apa semua tiba-tiba BAMMM! Tak ke terperanjat anak orang tu.

Arida diam dan memandang sahaja Ain yang keluar dari bilik Tengku Adqil. Sempat dia melirik wajah Ain yang merah padam menahan geram.

' Gaduh ke? Teruk sangat ni gaduh sampai bawak ke office', monolog Arida dalam hati.

Arida terus menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Malas la nak masuk campur.
.
.
.
.
Pada masa yang sama,

" Bodoh punya perempuan. Suka hati aje nak hempas pintu aku. Dia ingat pakai duit mak ayah dia ke? Aku karang. Nasib perempuan je. Kalau tak, aku bawak fight terus", ngomel Tengku Adqil.


Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now