Husna mula tersedar dari tidurnya di saat pintu rumahnya dibuka dan kelihatan ibunya puan raudhah bersama Afif adiknya sudah pun pulang .
Dia mula bangun dari pembaringannya di sofa , lalu duduk sambil membetulkan rambutnya yang agak kusut kerana tertidur ketika menonton televisyen .
" ibu dari mana dengan Afif ni ? " tanya Husna pada ibunya , Ibunya memandang afif sekilas lalu menjawab pertanyaan anak perempuannya itu . " ibu pergi daftarkan Afif sekolah sekali dengan Husna la " kata ibunya membuatkan husna terkejut seketika .
" Afif sekolah sekali dengan Husna ? " tanya husna membuatkan ibunya menahan marah , haih budak ni dah pekak ke kenapa ? . " ye kakak ku sayang " sahut Afif memandang Husna yang masih tidak percaya . Lalu dia terdiam seketika sebelum telefon nya berbunyi membuatkan lamunan nya terhenti .
" kita pergi sekolah sama sama tau " kata husna pula lalu duduk di samping Afif , dan menjawab panggilan dari rakannya Adilla . Dia bangun dan keluar dari rumah untuk bercakap dengan rakannya itu .
Tudung sarung sempat dipakai sebelum keluar .
" WOI UNA KENAPA KAU TAK DATANG SIAAA " Husna menjauhkan telefon dari telinga apabila mendengar suara lantang milik Aralyn . Dengan tenang dia menjawab . " aku sakit kaki kan " katanya , mengundang keluhan kasar kawannya .
" semalam elok je datang walaupun sakit kaki " kata Syahirah membuatkan Husna menggigit bibirnya sendiri . " kau gaduh dengan Haikal kan " kata Zira pula setelah lama berdiam diri . Tanpa ragu Husna memutuskan talian malas mahu menjawab pertanyaan sahabat - sahabat nya itu .
" aku geram tengok Haikal layan kak sal je , mereka kan pernah sama sama suka dahulu . Aku cuma takut mereka kembali suka antara satu sama lain " gumam Husna perlahan tapi masih didengari oleh seseorang yang dari tadi mengintipnya .
***
Haikal mengeluh sekali lagi , membuatkan Rahim sahabatnya mula duduk di sebelahnya , dia menepuk bahu Haikal perlahan membuatkan haikal berpaling ,
" kau ada masalah ke qal ? Share la " tanya Rahim memandang Haikal yang masih merenung ke luar tingkap asrama . " kau rasa sal masih sukakan aku ke , aku bukan la suka dia balik , aku cuma tanya " tanya haikal membuatkan Rahim berfikir .
" dari cara dia , aku rasa yes dia masih sukakan kau dan tak dapat lupakan kau " kata Rahim mengundang keluhan dari haikal , lalu dia mula membaringkan diri di katil . " aku sayangkan husna " katanya perlahan pada Rahim . " bro , biasalah perempuan jeles , walaupun dia tu tak sama umur dengan kita dia still boleh jeles qal , dahla pujuk je dia " kata Rahim menepuk perlahan bahu haikal lalu meninggalkan Haikal sendirian di bilik asrama .
seketika dia mengelamun dan mula teringat pertemuan pertama dengan Husna .
Haikal berjalan sendirian ke asrama untuk mengambil bukunya yang tertinggal . Setelah selesai mengambil buku nya dia mula berjalan untuk ke sekolah semula .
Tapi dirinya terhenti disaat terasa diperhatikan oleh seseorang , tanpa ragu dia memandang tingkap kelas atas , kelas tingkatan satu . Dan saat itu dia terpandang seorang perempuan sedang menatapnya juga .
Apabila tersedar dirinya memandang , gadis itu segera memandang ke arah lain dan dia meneruskan langkah nya ke sekolah .
Tu kali pertama dia tengok husna memandangkan dia bukanlah lelaki yang suka usya perempuan jadi dia kadang tidak perasan dan kenal dengan mana mana junior di sekolahnya .
" semoga kau jodoh aku "
××××××××××
Okey votela , ♡
YOU ARE READING
Husna love's ♡︎
Teen Fictionhusna lovestory ? Bermula hanya sekadar senior lalu menjadi seseorang yang akan menemani hingga akhir hayat . Fariz Haikal × Airin Husna ' slow update '