BAB 37 💛

25 1 0
                                    

   Husna melabuhkan punggung di sebuah kerusi manakala Haikal pergi memesan makanan untuk mereka . Dia meliarkan pandangan ke seluruh restoran itu , bosan .

" em nah milo ais " Haikal menghulurkan segelas air dan duduk di hadapannya . Husna tak berkata apa apa terus minum air tersebut.

Sedang mereka menikmati air tersebut tiba tiba mereka disapa oleh seseorang , terus keduanya mendongak untuk melihat gerangan tersebut.

" you pandang macam tak kenal sepupu kesayangan you ni kan Fariz " kata perempuan tersebut sambil memintal mintal rambut perangnya itu . Apabila melihat Haikal yang masih lagi tergamam perempuan tersebut menyentuh bahu Haikal .

   " ehem , sepupu bukan alasan untuk kau sentuh dia eh " tangan perempuan tadi telah dipukul oleh Husna dan dia sedang menggosok tangannya pedih kali dengan pukulan si Husna .

Haikal langsung tidak menjawab sapaan sepupu nya itu , malah dia menahan ketawa melihat riak wajah Husna yang kelihatan seperti sedang menahan marah .

" By the way, I Helly " katanya menghulurkan tangan untuk bersalam , Husna hanya memandang tangan yang dihulurkan itu tanpa berniat ingin menyalaminya . " sorry tak berminat untuk kenal dengan perempuan yang menggedik dengan pakwe aku " kata Husna dan tersenyum paksa .

Apabila melihat Helly yang seperti ingin mengangkat tangan dan menahan marah terus Haikal memotong cuba meleraikan pergaduhan yang bakal berlaku .

" Helly , pergi la tak payah kacau awek aku , kalau tak aku tak teragak agak untuk beritahu kerja kau pada parents kau " ugut Haikal dan Helly menghentak kaki protes lalu pergi dari situ .

Sempat dia melibas rambutnya tapi Alhamdulillah Husna dan Haikal sempat mengelak libasan tersebut .

   " seronok ek perempuan sentuh sentuh bahu " sindir Husna dan mula menikmati makanan nya yang baru tiba itu .

********

    Adilla mengerling jam di tangannya yang telah tepat pukul 11 malam . Dia menguap mengantuk lalu mula mengemas barang barangnya ingin pulang . Memang dia sengaja pulang lewat untuk menyiapkan semua kerjanya .

Memandangkan esok dia akan mula bercuti , atas balasan dia tahu keberadaan Husna dan dengan itu Afif memberikannya cuti selama 3hari . Tak sangka pula best bekerja dengan Afif ni .

Dalam pada masa yang sama dia kagum dengan Afif yang rela mengorbankan cita cita nya untuk menjadi polis dan mengambil alih syarikat bapa saudaranya itu .

   Malas ingin berlama lama lagi dalam pejabat dia terus keluar dan tiba tiba dia terhenti apabila mendengar suara seseorang lebih lebih lagi mereka menyebut nama ' Tuan Afif ' .

    " saya tak nak mengkhianati Tuan Afif , Encik " kata seorang pengawal pada entah lelaki mana .

" Kau bukan mengkhianati, kau cuma perlu berikan kunci bilik Tuan kau tu pada aku , lagipula aku sepupu dia " kata lelaki itu lagi dan saat itu Adilla menekup mulut menahan diri dari tidak membuat sebarang suara .

Namun tak dijangka telefon nya terjatuh dari tangannya dan sekaligus membuat bunyi , dan jelas lelaki tersebut gelabah apabila menyedari ada seseorang mengintip perbualan mereka , begitu juga dengan pengawal tersebut .

    Tanpa menoleh belakang Adilla terus beredar dari situ takut sekiranya ditangkap oleh orang orang itu .

******

   Afif menatap Faziq yang sedang bersiap siap hendak pulang , menyesal pula dia menghalau kakaknya kerana malam ini dia sendirian di bilik . Memandangkan dia ditempatkan di wad vip maka dia hanya sendirian .

" kau seriuslah Faz nak balik ? takut la aku sorang sorang malam ni " kata Afif menghalang Faziq untuk pulang . Lagipula hanya Faziq sahaja yang dia percaya buat masa sekarang .

" Aku memang urgent ni kena balik rumah , malam ni Dee yang temankan kau , kan kau kata kau tak percayakan sesiapa selain kitaorang " katanya dan sambil itu Cuba menghubungi Dee.

   " Aih sorry Faz , abang Afif jalan jammed tadi " kata Dee menunduk tanda menyapa mereka berdua .

" takpela kalau camtu chaw lu , have fun Guys " Faziq keluar dari ruangan itu sambil melambai pada Afif dan juga Dee .

Dee terus duduk di kerusi yang memang telah tersedia di sisi katil Afif . Mereka berdua diam seketika tidak tahu untuk bercakap apa .

Dee pula ralit menatap telefon manakala Afif asyik termenung memandang syiling putih yang terbentang di depannya memandangkan dia dalam posisi berbaring.

    " Abang Afif taknak tidur lagi ke ? Rehatla nanti esok tak boleh balik pula ?" Kata dee dan Afif mengiring memandang Dee di sebelahnya .

" em nantila , Dee dah okay dengan papa Dee ? Tuan Adri ?" tanya Afif dan Dee tersenyum sambil menggeleng . Dia memang telah menganggap Afif sebagai abangnya .

" Dee masih belum mampu terima dia , Ah tak payahla tanya tentang tu!" Katanya tak mahu membuat dirinya menangis . " Abang Afif ni bila nak kahwin ? " tanya nya dan Afif pula menggeleng tak mahu berbicara soal itu .

Dee pula tergelak dengan Afif yang memang mengelak soal kahwin.

******

Husna love's ♡︎Where stories live. Discover now