BAB 38 🌼

26 1 0
                                    

    Husna dengan kagum melihat ombak yang beralun itu , kadang kadang air pantai itu mengenai kakinya lalu membasahi stokin yang dipakai oleh nya .

Dia memandang Haikal yang sedang menunggu giliran untuk membeli aiskrim itu , ei tak malu betul orang tua tu semua pelanggan aiskrim itu adalah dari golongan kanak kanak hanya Haikal seorang yang dewasa di sana.

Dia kemudiannya duduk bersila di atas pasir sambil itu dia melukis lukis di pasir , bestnya healing .

Tanpa dia sedari ada seseorang yang ralit memerhatikannya dari tadi dan hanya menunggu masa untuk berhadapan dengannya .

Husna tergamam saat terdengar nafas kasar di telinganya yang dia pasti itu bukan Haikal tapi lelaki lain . " Siapa kau ?" Soalnya bergetar apabila dapat dia rasa satu benda tajam tersentuh di lehernya , oleh kerana tudungnya agak tebal maka pisau itu tidak mencederakannya namun ia dapat dirasakan .

" musuh adik tak guna kau , kalau tak dapat bunuh adik , bunuh kakak pun okey juga kan " katanya dengan sinis penuh kebencian . Husna pula semakin takut dia cuma berharap Haikal cepat kembali .

" Woi !! " jerkah Haikal dan sekaligus lelaki itu berpaling , orang awam yang berada di sekitar turut melihat lelaki itu , Husna telah bersyukur kerana Haikal kembali dengan cepat . " Sial" carut lelaki tersebut dan hanya didengari oleh Husna .

Belum sempat Haikal ingin berkata lagi , 'srekk' dia tanpa rasa bersalah menoreh bahu Husna dan Husna meringis sakit , lalu dia pergi .

Beberapa orang awam cuba mengejar lelaki tadi manakala Haikal segera berlari mendekati Husna yang memegang bahunya . Baju blouse kelabu milik Husna telah mula dibasahi oleh darah.

   " Ikat dulu dengan ni , takut banyak darah akan keluar " seorang wanita menghulur selendang miliknya . Wanita itu tidak bertudung cuma dia sengaja membelit selendang itu di lehernya .

" Ikatkan kak , kami bukan mahram" kata Haikal dan Wanita tadi mengikat selendang itu di bahu Husna bagi mengelakkan darah keluar lebih banyak .

" sakit qal " luah Husna memejam mata menahan sakit . " Bertahan dik, jom bawa dia ke hospital " ajak wanita tadi lalu memapah Husna bersama rakannya . Manakala Haikal berjalan dahulu ingin mengambil keretanya .

*******

    Adilla mendengar rakaman suara yang sempat dirakam olehnya , dia sendiri tidak menyedari bagaimana dia boleh terakam perbualan semalam . Namun dia juga lega apabila dia berjaya lari dari lelaki asing itu .

Tapi pada masa ke depan dia tak yakin dia akan selamat kerana dia mempunyai bukti ini .

   " aku kena beritahu Afif , lelaki tu bukan sahaja hendak menhancurkan syarikat bahkan dia juga menyebabkan Afif kemalangan " katanya sendirian dan mula bertekad ingin menemui Afif .

" Eh tapi dia dah pulang hospital tak ?" soalnya sendirian namun siapa sangka dari tadi perlakuannya diperhatikan oleh umi nya .

" Kakak dah gila ke bercakap sendiri dari tadi " soal wanita itu kepada anak sulungnya . Adilla yang terkejut dengan kehadiran uminya menggosok dadanya .

" umi ni kan ! nasib baik kakak takde sakit jantung kalau tak dah lama innalillah tau " katanya dan umi nya tergelak dengan telatah nya .

" kamu tu dari tadi bercakap sendiri , dahla single , gila pula tu haih " rungut uminya lalu pergi dari situ takut Adilla membebel lagi . Adilla pula terasa hati bila dilabel gila oleh uminya.

   " Tak kesah la , sekarang ni jom jumpa Afif !" katanya dan membuka almari ingin mencari tudung untuk dipakai .

********

    " kau dah okay ke Husna ?" tanya Syahirah . Kebetulan pula mereka berbulan madu di sini dan mereka terus datang apabila Haikal memberitahu keberadaan Husna di hospital.

" sakit wei Syaa " kata Husna sambil memeluk lengan Syahirah tidak mahu lepas walaupun Rahim menjelingnya , eleh jelesla tu peluk bini dia .

" kau ni bini aku lah " kata Rahim ingin menarik tangan Syahirah namun sempat Husna jauhkan dan dia meringis kesakitan bila gerakkan bahunya .

" Balasan peluk bini aku " kata Rahim dan Syahirah mencubit perut nya , Husna yang pada awalnya sakit menjelir lidah pada Rahim . Puas hatinya apabila Syahirah mencubit perut suaminya  .

" jangan gerak sangat Husna , terbuka balik nanti Jahitan tu " tegur Haikal bila Husna aktif sangat bila Syahirah datang melawat . Husna yang ditegur duduk diam tak mahu melawan.

" kau dah beritahu family kau ?"tanya Syahirah dan waktu itu Haikal dan Rahim telah keluar untuk mencari makan dan melaporkan kes tadi pada pihak polis .

" belum , malaslah buat mereka risau" Syahirah mengganguk faham dan dia bertanya lagi .

" Afif pun kau tak beritahu ?" Husna pula angguk dan memejamkan matanya ingin tidur seketika . Hasratnya yang ingin bercuti hancur bila kini dia berada di hospital gara gara luka ini .

dahla luka ini dalam hingga ia terpaksa dijahit . Bercuti dalam hospital lah dia buat beberapa hari ini .

*******

    " Adilla , aku tak rasa kau akan selamat bila tahu sesuatu tentang musuh aku" kata Afif apabila Adilla selesai memberitahu hal semalam .

Adilla teguk air liur , ini bermakna dia mungkin akan dibunuh dan bila bila masa sahaja dia akan mati ?

" aku akan fikir cara untuk lindungi kau sampai aku sendiri yang bunuh manusia yang cuba hancurkan hidup aku ni " katanya dan Adilla sedikit lega .

" Lega aku dengar kau cakap macamtu , oh ya terima kasih eh Afif sebab kau selalu baik dengan aku " kata Adilla dan Afif tersenyum melihat telatah Adilla . Entah kenapa dia merasa Adilla lebih comel dengan perlakuan itu berbanding selama ini Adilla terlihat garang .



      " Afif hadif ?!" Suara seorang perempuan telah membuatkan dua orang itu berpaling lebih lebih lagi Afif kerana nama yang disebut ialah namanya.

" Aufaa " sebut Afif bila melihat wajah orang yang menyebut namanya tadi . Apabila melihat wajah tegang milik gadis itu Adilla berura ura ingin pergi. Takut sekiranya dia disangka pelakor disini .

" jangan balik lagi Lala , aku kan datang dengan kau nanti aku nak balik dengan siapa ?" Afif menghalang Adilla pergi, tangan Adilla dipegangnya namun berlapikkan baju .

" Afif , kau masih sayang aku tak ?"tanya Aufa , panas juga hatinya melihat kedekatan Afif dengan perempuan lain . Padahal di sini dia adalah kekasih Afif .

" sorry Aufaa , jujur aku dah takde rasa cinta lagi pada kau , lagipun selama ni aku yang beria kan ? Aku dah tawar hati Aufaa maafkan aku kerana paksa kau untuk bercinta dengan aku , sekarang kau bebas Aufaa kita putus " kata Afif panjang lebar lalu pergi dari situ.

Tak lupa juga dia menarik Adilla sekali .


" sampai hati kau buat awek kau macamtu Afif " kata Adilla dan Afif menjelingnya . Dia kemudiannya mengeluh.

" Cukupla kau yang dalam bahaya kerana aku Adilla , aku taknak Aufaa pun sama lagipun aku memang dah tawar hati dengannya . "

Kata Afif lalu memilih untuk termenung ke luar tingkap dan Adilla pula hanya fokus pada pemanduannya.












       " menarik , rupanya perempuan ada hubungan dengan Afif " katanya sinis dan beredar dari situ .

×××××××

part Afif and Adilla kita sambung pada cerita yang lain sebab tajuk cerita ni Husna love's kan ?

Husna love's ♡︎Where stories live. Discover now