BAB 39 💛

38 0 0
                                    

   Husna memandang luka yang masih belum sembuh di bahu nya , dia baru selesai mandi jadi selepas kejadian di pantai tempoh hari memang telah menjadi kewajipan untuk nya menyapu ubat pada luka tersebut .

  Baru sahaja dia ingin mengambil ubat tersebut , pintu biliknya dibuka terjengul wajah Haikal . Dapat dia lihat Haikal yang telah memandang ke arah lain . Husna sengih sahaja tanpa mengendahkannya .

Ops lupa nak bagitau mereka dah kahwin la , lepas kes haritu terus Haikal tergesa gesa nak kahwin sebab taknak perkara yang sama berulang . Nak tak nak dia terima jelah , kan dia kata tangguh Haikal kahwin dengan perempuan lain Naya .

  " Tuala abang dah ada kat katil tu ha" beritahu Husna apabila Haikal sedang menyelongkar beg . Haikal meluru ke arah katil mengambil tualanya . Baju melayu nya pula ditanggalkan , Husna walaupun membelakangi tapi dapat dia lihat Haikal kerana kini dia menghadap cermin .

  auch seksi .

" Meh sini abang sapu ubat , nak tunggu baby sapu agaknya sampai esok belum siap " Haikal telah merampas ubat di tangannya dan dengan selambanya menggelarkannya Baby .

Husna diam tak berkutik saat Haikal menyapu ubat pada bahunya itu , sesak juga dadanya bila terasa deruan nafas Haikal di lehernya . Setelah selesai Haikal bangun dari keadaannya yang melutut tadi . Dia mengucup dahi Husna sekilas dan sempat dia berbisik .

" Lepasni kalau tak nak kena terkam jangan pakai macamni lagi tau " terus meremang badan Husna .

Setelah Haikal masuk ke bilik air dia tergesa gesa bangun ingin memakai baju, tak mahu lah nanti ada juga yang tak turun makan sebab dah kena makan .

       Mereka menikmati makan malam itu tanpa ada yang bersuara . Lagipun yang cuma berada di rumah hanya Maisarah , Nurul dan Afif . Abangnya yang seorang itu pula tinggal di rumah mertuanya . Makan malam pula hanya dibeli di luar . Tiada masa nak memasak .

" Nanti kamu berdua nak tinggal mana ? " tanya Puan Raihanna pada pasangan yang baru berkahwin itu.
" Haikal nak bawa anak ibu ni tinggal kat rumah yang baru Haikal beli , area ni juga " jawab Haikal dan semua mengganguk faham .

" Jadi Afif seorang lah tinggal kat rumah ni " kata Husna sambil memandang Afif yang tak berkutik makan . Afif mengangkat wajah dan terpandang wajah kakaknya yang duduk berhadapan dengan dia .

" yelah , ke kau nak aku ajak awek aku tinggal sini " gurau Afif dan Husna menjelingnya tajam . " Tak payah nak berzina kat rumah ibu eh " sampuk Puan Raihanna.

   Selesai sahaja makan semua telah masuk ke bilik masing masing dan hanya tinggal Haikal bersama Afif yang berada di ruang tamu .
 

    " kau dah jumpa orang yang cuba cederakan Husna?" soal Haikal pada Afif yang sedang menatap ipad .

  " dah , tapi yang aku jumpa mayatnya . Masa pergi rumah dia memang mamat tu dah mati , haih" Afif mengeluh penat . Haikal pula tak mampu kata apa apa dia pun tak tahu siapa yang benar benar berdendam dengan Afif .

" alang alang sembang , minumla kopi ni baru syok " Husna datang membawa tiga cawan kopi yang diletakkan di atas dulang . Haikal yang berada di sebelah Afif beralih ke tepi Husna .

Haikal melentokkan kepala di bahu Husna , manja . Husna pula melayan sambil menggosok gosok kepala suaminya . Kebetulan mereka menghadap Afif .

" boleh tak korang bermanja dalam bilik ? merosakkan mata aku lah " kata Afif sambil meneguk air kopi yang dibuat oleh Husna . Dia menatap datar pasangan di depan matanya .

" eleh nanti kau kahwin macamni juga lah , acah jijik konon " balas Husna dan mengajak Haikal masuk bilik dan membawa dua kopi itu bersama meninggalkan Afif sorang sorang di ruang tamu untuk bagi dia ruang termenung mengenang nasib single nya .

Macam lah Husna tak tahu yang Afif telah pun putus dengan Aufa entah atas alasan apa dia tak tahu dan malas menyibuk .

*******

  " excuse me , kita pernah jumpa kan ?" tanya seorang perempuan yang berambut perang pada Husna yang leka memilih perfume . Husna mendongak memandang perempuan itu . Cuba mengingat di mana mereka pernah berjumpa .

Yeke minah ni . Dia rasa takde kenalannya yang seksi macamni dengan dress biru atas paha serta berlengan pendek .

" Baby lama nya pilih perfume je kan , gaya macam pilih baju je " suara lelaki tiba tiba menyentakkan mereka berdua . Serentak mereka menoleh .

Haikal pula tergamam bila dipandang sekaligus oleh kedua kedua perempuan . Malu wei sorang cantik sorang pula seksi  .

" Haikal ? Baby ? Baby apa besar berbulu dah ni " kata Perempuan itu memandang Husna jijik . Husna pula mencerlung mata ke arahnya.

Suka suki dia je kata orang berbulu.

" Eh suka hati dia lah , jeles la tu " kata Husna mencucuk cucuk pipi perempuan itu .

" Helly , hidup lagi kau " kata Haikal selamba , Husna pula menahan gelak dengan reaksi wajah Helly yang cemberut itu .

" malas la layan korang , aku pergi dulu bai " Helly terus pergi , malas melayan konon padahal sugardaddy nya memanggil .

   " Jomlah balik , tak sabar nak kemas rumah baru kita , esok kita pergi rumah umi pula " Haikal menarik tangan Husna dan dia mengekori sahaja Encik suaminya .


 

        " wah besarnya rumah " kagum Husna di depan rumah . Rumah yang sangat cantik , mesti mahal kan .

" Mana Abang dapat duit sebanyak ni untuk beli rumah ni dengan cash ?" Soal Husna masih ralit memandang segenap rumah . Haikal pula bersusah payah mengeluarkan beg beg mereka dari bonet .

" simpan la sayang , ingat nak buat hantaran tapi sayang mintak 4K je , yang lebih abang beli rumah jelah " jawab Haikal dan Husna mengganguk sambil membantu Haikal membawa barang mereka masuk ke dalam rumah .

" ni mesti simpan banyak kan duit hantaran tu , eleh dia ingat kita ni mata duitan sangat ke " jeling Husna pada Haikal yang telah menyandar di sofa melepaskan keletihan .

" manalah tahu , masa remaja dulu sibuk cakap pasal duit duit duit , kaya" bebel Haikal dan Husna menepuk tangan berurat milik Haikal .

  Tapi tiba tiba dia mendekati Haikal yang tengah memejam mata itu lalu berbisik .

" Syahirah kata , rumah besar besar ada hantu , takutlah Abang " bisiknya perlahan dan Haikal tergelak lagi lagi dengan wajah polos milik Husna .

"  Dia pun rumah bukan tahan besar , ada hantu juga lah rumah dia " kata Haikal sambil menggeleng kepala . Aduh Syahirah ni , tak pasal pasal takut bini aku .

   Husna mengganguk faham dan tak dijangka dia mula duduk di atas riba Haikal . Haikal yang memejam mata ingin tidur kembali membuka mata memandang hairan Husna .

   Dia senyum senget seolah mengerti maksud Husna .

  Terus dia menyambar bibir pucat milik Husna yang tidak mengenakan lipstick itu dan menindih badan kecil tersebut.

×××××

oke dah nak end , maseh masih bertahan sampai sekarang .

Give me a little star please 😻




 

Husna love's ♡︎Where stories live. Discover now