BAB 35 💛

32 3 0
                                    

  Husna mendekati meja yang menempatkan rakan rakannya , tak peduli dengan Aralyn dan juga Adilla dia pergi ke arah Zira .

" alololo bila dia keluar ni , tak sabar la nak tunggu Zira junior ni haih " kata Husna sambil menggosok perut Shazira yang kian membuncit itu .

" ceyy Husna , datang majlis kahwin member jumpa jodoh la " tiba tiba Aralyn bersuara sambil itu menyenggol bahu Adilla agar Adilla memandang seseorang yang jelas sedang memperhatikan mereka .

" perh Haikal ke tu weh , makin hensem we " sampuk Adilla dan Husna yang pada awalnya memandang Haikal terus menoleh dan memandang Adilla tajam . Dia kemudiannya melabuhkan punggung di sebelah Zira berhadapan dengan Adilla .

     " aiyokk Dilla aku tahulah kau single tapi tak perlu kot puji ex member dengan orang gamon ni haha " Aralyn menepuk bahu Adilla .

" kemain eh semua kecoh tanpa aku , jahat au !" sapa Syahirah yang menghampiri mereka langsung menghentikan perang dingin yang bakal bermula di antara Husna dan Adilla .

" Eh Lyn , jadi kan malam ni nak datang sini balik " tanya Husna secara tiba tiba, Aralyn sudah tersenyum penuh makna . Walaupun mereka bukan sedarah namun mereka sepemikiran .

" Mestii jadii " teruja Aralyn menyahut . Zira dan Adilla sudah saling bertatapan tidak mengerti apa yang dikatakan oleh kedua rakannya ini . Syahirah pula sudah merah mukanya .

" eleh , nanti kalau korang kahwin aku bermalam terus dalam bilik korang tu " kata Syahirah geram lalu duduk di kerusi . Terus berdekah tawa Husna dan juga Aralyn .

Suka la dapat kenakan pengantin baru ni >-< .

" woi woi , aku dengan Adilla je ke yang tak faham apa yang berlaku sekarang ni " Zira cuba menghentikan tawa Husna dan Aralyn . Tiba tiba mereka jadi perhatian orang ramai kerana ketawa Husna .

" kau ni Zira , tak padan dah pernah buat anak , innocent lagi " kata Aralyn straight to the point.

" Eleh jeles la tu tak pernah 'making love' " selamba sahaja Zira berkata dan Aralyn pula terasa hati , terasa gurau gurau je .

" eii dahla kotorkan otak aku yang dah memang tercemar ni " kata Husna menghentikan perdebatan Aralyn dan Zira .

    " Oh ya , Nanti kita makan nasi minyak Husna pula . Hooray!" kata Syahirah. Yang lain bersorak bersama kecuali Husna yang tidak faham kenapa namanya disebut .

" pakwe pun aku takde " kata Husna bernada sedih . Tak menunggu lama Syahirah menepuk bahu Husna .

Terkejut si member yang sedang makan kek itu , nasib baik tidak tercekik aja .

" Haikal dah ada , kahwin jelah " kata Syahirah selamba dan disokong oleh yang lain .

Husna mencebik saat semua menyokong sahaja kata kata Syahirah .

       " syoknya bersembang , nak pinjam Husna saya boleh ?" pinta Haikal yang entah bila tiba tiba tercegat di sebelah Husna . Terus si Husna donggakkan kepala memandang Haikal .

Zira tersengih sengih , alah blushing pula kita dengan pasangan H&H ni .

" pergi la Husna , semak pula aku tengok kau kat sini , shuh shuh " halau Aralyn bila Husna masih diam tak berkutik .

" yelah yelah , aku pergi dulu , takecare sayang sayang semua " jelas suaranya nada terpaksa namun bibirnya tersengih sambil matanya berkenyit pada rakan rakannya .

Haikal yang sudah mendahului langsung tidak lihat , perangai gedik Husna itu namun hanya mendengar nada terpaksanya sahaja .

    " Go go Husna !" sorak Syahirah dan yang lain lalu Husna melambai dan mengekori langkah Haikal .

********

  Husna meletakkan air sirap yang sempat diambil di atas meja berhadapan dengan Haikal . Setelah menyelesakan duduk . Dia memandang Haikal yang sejak tadi memandangnya.

  " aipp , belum halal , dosa " tegur Husna dan Haikal berdehem mengurangkan kegugupan nya .

" oh ya , qal nak nombor phone Husna boleh? " katanya dan Husna mengganguk sahaja tanda boleh dan membaca nombor telefonnya pada Haikal yang sedang memegang telefon .

Lalu telefon Husna berdering , kalut dia mencapai telefon nya itu di dalam sling bag miliknya.

" save tu , nom qal . Husna masih belum lupakan qal ? masih sendiri lagi ?" tanya nya berhati hati . Takut juga sekiranya jawapan dari Husna akan menyakitkan hatinya .

Dan ya ,

Dia masih mencintai Husna .

Mereka berpisah bukan kerana hilang rasa namun ingin menumpukan perhatian pada pelajaran .

Kerana maksiat dan ilmu 

takkan bersatu .

      " maaf Qal ..em -" belum sempat Husna menghabiskan ayatnya laju sahaja Haikal memotong , mungkin kerana tidak ingin hatinya sakit dengar pernyataan itu .

" takpe Husna , Husna layak bahagia dengan orang yang jauh lebih baik dari Qal . Qal pergi dulu " Husna pula membuntangkan matanya dengan perangai Haikal .

Ehhh

Kita tak habis cakap lagi .

Dasar orang tua .

Eh , beza 3 tahun aje .

    " haikalllll , Husna masih cintakan Qal la , mana ada orang yang layak gantikan tempat Qal di hati Husna " katanya dan Haikal kembali duduk teruja .

Husna pula naik menyampah dengan reaksi Haikal . Nampak gedik .

" Jom kahwin !!" ajaknya dan kebetulan Husna yang meneguk air sirap nya itu terbatuk batuk .

" Nakkkkkk " balas Husna pula teruja , aduh memang gedik nak mampos mereka ni . Sama sama hyper .

 

********

   Husna melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Afif dengan gembira , bukan bermaksud gembira dengan kemalangan adiknya namun gembira dengan lamaran Haikal tadi .

" Haii Afif !" sapanya pada Afif yang kelihatan murung itu . Senyuman nya mulai hilang apabila melihat tatapan tidak berperasaan dari Afif .

" apahal kau ni ?" tanya nya seram pula melihat Afif yang kelihatan marah padanya . " kau kenapa kak beritahu ibu pasal aku , menyusahkan kak Nurul jelah " sembur Afif dan Husna pula yang tegang .

" Ibu pun berhak tahu pasal kau budak , tak salah lah " katanya membalas .

" memang aku budak , tapi at least aku tak menyusahkan macam kau , sikit sikit nak mengadu . Aku bukannya dah mati ke apa sampai kau perlu bagitahu ibu " bebel Afif .

tanpa dia ketahui bahawa kata katanya jelas melukakan hati kakaknya itu .

Malas berkata apa , dia terus keluar dari situ . Niat awalnya ingin memberitahu pertemuan nya dengan Haikal langsung hilang apabila Afif dingin terhadapnya .












××××××××××××××

yeay Husna dengan Haikal dah nak kawin ❤️

Vote key ?

Husna love's ♡︎Where stories live. Discover now