BAB 33 💛

31 3 0
                                    

   Haikal memandang kedai bunga itu sekali lagi sebelum membuat keputusan untuk masuk ke dalam . Sebaik sahaja masuk dia disapa oleh seorang perempuan mungkin pekerja disitu.

  " Haii , Encik nak bunga jenis yang macammana saya boleh bantu " katanya tersenyum manis pada Haikal , Haikal membalas senyum pekerja wanita tersebut lalu dia memilih ' baby breath ' bewarna putih .

Perempuan tersebut mengambil untuk membungkuskan nya di kaunter .

   " err Puan , saya sebenarnya nak pulangkan keychain Pikachu ni , salah seorang pekerja kedai ni tercicirkannya semalam di kedai serbaneka " beritahu Haikal memberi keychain yang disimpannya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


   " err Puan , saya sebenarnya nak pulangkan keychain Pikachu ni , salah seorang pekerja kedai ni tercicirkannya semalam di kedai serbaneka " beritahu Haikal memberi keychain yang disimpannya itu .

Maisarah yang telah siap membalut bunga tersebut menghulurkan pada pelanggan nya dan meneliti keychain tersebut .

" macam husna punya je ni " katanya masih meneliti keychain tersebut . " Terima kasih ye , saya rasa ni memang milik pekerja saya " kata Maisarah dan dibalas anggukan oleh Haikal .

Setelah membayar Haikal terus meminta diri untuk pergi dan Maisarah mencapai keychain tersebut untuk diberi kepada adiknya .








    " woii Husna , ada orang cari kau tadi , hensem wehh kalau kau tengok memang meroyan , aku jaminnn " kata Maisarah berjalan mendekati Husna yang baru selesai menunaikan solat zohor .

" mamat hensem mana pulak cari aku , Ayyan ke ? " tanya Husna sambil melipat sejadah dan menanggalkan telekung yang disarung .

" taklah , aku lupa pula tanya nma dia , ni ha dia pulangkan keychain kau katanya kau tercicir semalam " kata Maisarah lalu meletakkan benda tersebut di atas meja dan bergegas ingin keluar dari bilik itu kerana terdengar bunyi loceng yang menandakan ada pelanggan mengunjungi kedainya .

Husna menatap keychain yang secara tidak sengaja tertanggal dari dompetnya semalam, gelabah punya pasal .

" betul ke lelaki yang aku nampak semalam ialah Fariz Haikal yang aku cari selama ni " keluhnya dan menyimpan keychain tersebut dan ingin keluar untuk membantu kakaknya .

****

  " serius lahh kau nak kahwin Syaa , macam tak percaya pula " kata Adilla yang masih menilik cincin pertunangan milik Syahirah .

Kebetulan Adilla pulang ke rumah ibunya kerana ibunya yang tidak sihat dalam beberapa hari ini , dan secara kebetulan mereka terserempak di kedai runcit lalu Syahirah mengajaknya ke kedai mamak .

" kau dah beritahu Lynn , Zira , Husna dan lain lain ke ? " tanya Adilla pada Syahirah , jelas ternampak berseri seri wajah Syahirah apabila hendak berkahwin ni haih .

" aku dah call semalam dekat Zira dengan Lynn , Husna memang dia dah tahu kau tu aku nak call tapi mak kau kata kau nak balik hari ni jadi aku cakap depan depan lah " jawab Syahirah dan Adilla mengganguk tanda faham .

Lalu mereka mula rancak berbual tentang apa yang dilakukan selama mereka tidak berjumpa dan pelbagai cerita mula timbul , kadang kadang mereka tergelak kerana lucu .

***

  " Weh Haikal , dalam geng kita ni kau sorang je belum kahwin" ucap Haziq sambil memandang Haikal yang menayang wajah selamba setiap kali ditanya soal kahwin .

Dia sudah mempunyai kerja tetap , duit memang dah cukup kerana dia telah lama bekerja tapi entah kenapa dia masih belum berkahwin .

" nanti adalah jodoh dia tu ziq , aku tahulah anak kau dah nak 3 " Rahim membela Haikal yang langsung tidak membalas kata kata Haziq .

" kita dah 27 tahun Im , kau ni carikan lah awek untuk Haikal sorang " sampuk Badrul pula , memang semua geng mereka telah berkahwin kecuali Haikal yang masih sendu .

" alah tak payah sibuk hal jodoh aku lah , kalau ada tu adalah bro " kata Haikal menyedapkan hatinya sendiri .

Entah kenapa hatinya belum terbuka buat mana mana perempuan selain Husna , dan tentang Husna dia sendiri tidak tahu bagaimana keadaan gadis itu .

*****

  Husna berjalan keluar dari pintu belakang kedai bunga untuk membuang sampah . Tempat sampah berada tidak jauh daripada kedai bunga nya itu .

Setelah selesai membuang sampah di tempat yang sepatutnya , secara tidak sengaja dia terpandang dua orang lelaki sedang bergaduh dan saling menumbuk antara satu sama lain .

Niatnya ingin mengabaikan sahaja namun apabila terlihat sosok yang dikenali dia memilih untuk mendekati mereka .

  Dia mendekati sedikit untuk mengecam lelaki tersebut dan dapat dia lihat lelaki yang bergelut dalam pergaduhan itu adalah adik lelaki nya.

  " ya Allah Afifff " jeritnya hingga menghentikan dua orang manusia itu . Lelaki yang bergaduh dengan Afif itu menendang Afif hingga terduduk lalu melarikan diri apabila Husna mula mendekati .

  " Apa kau buat ni dikk " Husna datang membantu Afif bangun , wajahnya mencuka tidak suka Husna menyibuk tentang hal nya .

×××××××

tahla rasa bosan pula cerita saya ni hm , btw vote la bye .

Husna love's ♡︎Where stories live. Discover now