BAB 32 🌼

28 4 0
                                    

      " umi sal minta maaf sangat sangat sebab terpaksa hantar safiyya ke sini lagi , tiba tiba ada emergency pula kat hospital " Salsabila memohon maaf menunduk kepada Puan Balkis yang merupakan pengasuh kepada anaknya .

    " dahla baru tadi sal ambil Safiyya " keluhnya memandang anaknya yang memegang tangan nya erat . Dia menggosok kepala anaknya dan mencangkung cuba untuk menyamai ketinggian anaknya .

    " Fiyya , umi nak pergi kerja lagi tau , fiyya duduk dengan umi kis dan uncle qal tau " pesan Salsabila dan meninggalkan Puan Balkis dan anaknya setelah menyalami mereka .

      " eh bukan ke fiyya dah balik ke tadi " tanya Haikal dengan perlahan takut menyedarkan Safiyya yang nyenyak tidur di atas riba uminya .

   " sal ada emergency kena pergi hospital balik , tu yang dia hantar sini " jawab Puan Balkis dan Haikal mengganguk faham .

   " Qal nak keluar dulu umi , nak jumpa kawan kejap " haikal mendekati umi nya untuk menyalami dahulu sebelum keluar .

   " yelah , jangan balik lewat sebab takde siapa nak bukakkan pintu " pesan Puan Balkis dan Haikal mula pergi dengan menaiki motor miliknya .

****

      " yeah syaa , semua pelanggan dah balik jadi kau nak cakap apa dekat aku " tanya Husna setelah selesai mengunci pintu dari dalam .

   Husna mendekati Syahirah yang sedang termenung di kaunter . Mereka menatap antara satu sama lain sebelum Syahirah mengeluh perlahan .

   " janji dengan aku yang lepas aku beritahu ni , kau tak nangis bila balik rumah " Syahirah menghulur jari kelingkingnya dan Husna menyambut dengan senang hati lalu duduk di hadapan Syahirah .

   " tadi , aku jumpa dengan Haikal , dia pimpin budak perempuan macam ayah dengan anak " beritahu Syahirah membuatkan Husna terdiam seketika .

  " ni yang aku serba salah nak beritahu ni " kata Syahirah apabila perasan riak wajah Husna mula berubah . Husna mengukir senyuman secara tiba tiba.

   " alah don worry lah cik sya , aku dah move on lah biarlah dia nak pimpin anak dia pun " kata Husna tersenyum manis cuba menyakinkan Syahirah yang memandang nya tidak percaya.

     " okeylah jom balik , esok aku datang sini dengan Rahim , kitaorang nak tempah bunga dengan kau " kata syahirah lalu mereka beriringan keluar dari kedai , setelah selesai mengunci pintu kedai Husna dan Syahirah berpisah kerana kereta mereka berjauhan .

    Husna berjalan sendirian di tempat gelap menuju ke kereta nya di tempat parkir kereta . Setelah masuk sahaja dalam kereta dia mengunci kereta dan dia menjerit seorang diri di dalam kereta .

   " sakitnya bila menaruh harapan terlalu tinggi pada qal " luah Husna mengelap airmata yang mengalir turun.











   Husna masuk ke dalam kedai 24jam tersebut ingin membeli coklat , bila dia sedih dia lebih suka makan coklat .

    Dia ralit memilih coklat nya hingga dia terasa ada seseorang melintasi belakang nya dan dia menoleh ingin memandang .

    " Qal ? " soalnya sendirian sambil memandang lelaki yang sedang mengambil air mineral di dalam peti .Dia menggeleng kepala tidak percaya .

   Mungkin dia terfikirkan Haikal jadi dia mula terbayang kan Haikal . Dia cepat cepat mencapai coklat yang ingin dibelinya dan ingin cepat cepat beredar .

     Dia makin gelabah apabila di saat dia berada di kaunter lelaki tersebut berada di belakang nya menunggu untuk membayar .

    Dia terus menghulurkan not20 dan menyuruh penjual tersebut menyimpan shaja bakinya dan mencapai plastik tersebut lalu keluar dari kedai itu .

    Haikal memandang perempuan yang dia sendiri tidak melihat mukanya , dengan gelabah perempuan itu keluar seolah olah takutkan dirinya . Dia meletakkan barang yang diambilnya di atas kaunter.

    Lalu tiba tiba dia terpandang akan keychain Pikachu milik perempuan tadi , dia nampak dompet perempuan tadi digantung dengan keychain pikachu itu .

   Dia mengambil keychain tersebut dan berhajat ingin memulangkan kepada si pemilik , dia sempat melihat baju yang dipakai oleh perempuan tersebut yang terdapat tulisan ' mai's florist '  mungkin perempuan tersebut bekerja disana .

****

     Husna menapak masuk ke dalam rumah , dia tinggal bersama adik lelakinya Afif . Dan sekarang Afif belum pulang sedangkan jam sudah pukul 12:15 pagi .

    Dia duduk di ruang tamu, berniat ingin menunggu adik nya itu . Ada kemungkinan adiknya pergi berlumba motor lagi .

   Dia tahu tentang Afif berlumba motor pun dari Aufa , kekasih Afif . Dia mengurut kepala nya sendiri . Mujurlah ibunya tinggal bersama kakaknya .

  Kalau tak , tiap hari ibu akan membebel tentang Afif dan yang akan mendengar bebelan ibu tentulah dia .

   " Eh akak ! " Afif memegang dadanya terkejut apabila terpandang Husna yang sedang duduk di sofa sebaik sahaja masuk ke dalam rumah .

   " pergi mana kau baru balik " tanya Husna tidak mengendahkan Afif yang terkejut dengannya . Afif mengeluh perlahan , sibuk je kakaknya ingin tahu .

    " tak payah sibuk lah " katanya berjalan ingin masuk ke biliknya dan Husna mengekori dari belakang.

    " kau pergi merempit lagi ke Fif " tanya Husna dan Afif menoleh ke belakang memandang tepat mata kakaknya yang merenung nya tajam .

     " ni last aku merempit , aku nak cuci tangan dah " kata Afif lalu masuk ke biliknya dengan menghempas pintu biliknya .

×××××××

vote before slide to next chap 🌼

Husna love's ♡︎Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt