40 - end

58 1 0
                                    

     Husna menghampiri suami nya yang ralit menatap langit malam di luar rumah . Haikal langsung tidak menyedari dia yang kini telah berada tepat di belakang . Husna masih tidak berniat untuk mengejutkan Haikal .

Hingga akhirnya Haikal merasa dirinya diperhati terus menoleh ke belakang dan mendapati Husna di belakang nya .

" kenapa ni ? Tadi kata mengantuk kan ?" tanya Haikal menarik Husna untuk duduk di sampingnya . Husna yang disebelahnya dia pandang . " Umi suruh abang masuk , jomla masuk dalam umi dah membebel dah " kata Husna kemudiannya bangun dan menarik tangan Haikal untuk ikut bersamanya masuk ke dalam rumah .

Namun Haikal tidak berganjak dan mengeraskan dirinya . Sambil itu dia tergelak dengan reaksi wajah Husna yang memuncung tidak puas hati saat Haikal tidak mahu mengikutinya .

"Ish" rungutnya lalu membuka langkah untuk pergi saat Haikal malah mentertawakan dirinya . Dengan cepat Haikal menarik Husna dan Husna terduduk di ribanya .

" teman la abang kejap tengok bintang ni" katanya memujuk Husna dan meletakkan dagunya di bahu Husna . Husna mengeliat kegelian apabila Haikal bertindak mencium lehernya yang berlapikkan tudung .

" abang suka eh tengok bintang ni " tanya nya sambil mendongak ke langit malam yang dipenuhi bintang yang bertaburan itu .

" Sukaa , dulu masa kita lostcontact Abang tengok bintang ni lah untuk hilangkan rasa rindu abang dekat husna " katanya lalu Husna memandang ke arah Haikal yang memang dari tadi merenungnya .

" terima kasih Fariz Haikal sebab sudi terima Airin Husna yang banyak kurangnya ni , abang mungkin bukan orang pertama yang Husna cinta namun Abang adalah orang terakhir yang Husna cintai" berkaca kaca matanya saat meluahkan hal tersebut .

Beruntung rasanya saat dirinya dicintai dengan tulus oleh seorang lelaki yang bernama ' Fariz Haikal ' . Cinta mereka bukan setahun dua namun bertahun tahun mereka saling mencintai . Mereka berpisah kerana pendidikan .

Dan akhirnya Allah mempertemukan mereka kembali dan menjadikan mereka sepasang suami isteri .


*******

1 tahun kemudian .

     " Assalamualaikum anak Abi " kata Haikal  sambil mendukung anak pertama nya bersama Husna . Hensem macam dirinya haha .

Setelah selesai mengazankannya dia meletakkan kembali ke dalam baby coat . Husna yang dari tadi merenungnya dia pandang .

"  Abi happy sangat sampai abaikan umi eh , takpela umi nak merajuk dah" katanya apabila dari tadi Haikal asyik menilik anak mereka dan mengabaikannya .

" Alaaa umi ni , abi teruja sangat tak sengaja la abaikan kesayangan abi ni " katanya dan mencubit pipi Husna . Husna menggosok pipinya yang sakit kerana cubitan tersebut.

" aduu Haikal janganlah usik Husna " tegur Puan Balkis yang memang berada di situ dari tadi . Dia mencubit perut anak lelakinya Haikal dan Husna tersenyum kemenangan .

" Husna , ibu naik flight pukul berapa ?" tanya Puan Balkis , yelah rindu juga pada besannya . Telah lama mereka tak berjumpa kerana ibu Husna yang menetap di luar negara itu .

" esok Ibu sampai la , sebab malam nanti ibu naik flight " jawabnya dan Puan Balkis mengganguk faham . Dan Puan Balkis meminta diri untuk keluar kerana rakan rakan Husna dan Haikal datang melawat . Husna ditempatkan di tempat vvip jadi tidak masalah jika ramai yang melawat .

" sampai hati kau Husna tak tunggu aku dulu tau , aku baru nak bersalin sama sama dengan kau " kata Aralyn yang baru tiba bersama suami tercintanya Aiman .

Aiman tersengih sahaja dengan perangai isterinya lalu dia berjabat tangan dengan Haikal dan Aralyn telah mengendong baby dan membawa ke arah Husna.

" Mana Shazira , Syahirah and Adilla ?"tanya Husna namun belum sempat Aralyn menjawab telah terjengul wajah wajah yang dicari .

Shazira bersama Adilla dan Syahirah bersama suaminya baru tiba . Shazira yang tentunya minat akan budak terus menerpa ke arah Aralyn dan merampas baby tersebut .

" woi woi , anak aku tu . Susah nak buat ni" marah Husna dan Shazira sengih tanpa rasa bersalah . Nasib baik baby itu tidak menangis.

" Nama apa ni Husna , Haikal " tanya Syahirah sekaligus mewakili semua yang turut tertanya tanya nama anak pertama mereka .

Husna pandang Haikal . Dan Haikal berdehem . Mereka telah berbincang sebelumnya 

" Nama dia Fareeq Adham " beritahu Haikal dan mereka semua meng'oooo'kan sahaja

" Adilla , Zira mana suami kau" tanya Aralyn yang sudah menempel pada suaminya . Husna menggulingkan mata menyampah dengan Aralyn . Dan Aiman sudah malu dengan perangai isterinya .

" Kerja " jawab mereka serentak .

    " Dahla boleh keluar kot , datang pada lain hari , Fareeq nak tido ni " halau Husna pada semua yang berada di situ sambil menepuk nepuk anaknya yang sudah ingin tertidur .

" Chaw lu " kata Aralyn dengan agak kuat dan telah membuat Fareeq menangis kerana menggangu nya tidur .

" sorry Husna " katanya lalu melarikan diri saat Husna menatap nya tajam dan Haikal tergelak begitu juga dengan yang lain yang mula berpamitan pergi .

××××××

Dengan lafaz bismillah maka tamatlah cerita ' Husna love . Terima kasih kerana sudi membacanya dan maaf atas segala kekurangan dari saya ! .

By the way singgah lah cerita yang lain !

Husna love's ♡︎Where stories live. Discover now