BAB 36 🌼

34 1 0
                                    

    Husna mengambil satu persatu bajunya lalu melipat masuk ke dalam beg , sambil mulutnya terkumat kamit membebel pada adik lelakinya yang satu itu .

Macam lah dia tak nampah riak wajah Afif yang jelas menahan ketawa apabila dirinya yang hampir ingin menangis kerana dimarahi .

Tak pernah lagi seumur hidupnya ada lelaki yang meninggi suara padanya malah lelaki yang rapat dengannya boleh dibilang dengan jari ataupun boleh dikatakan hanya dari kalangan keluarganya sahaja .

Disebabkan Afif yang sengaja mengenakan dirinya , maka dia dengan rasminya ingin merajuk dengan Afif. Lantak la dia nak pujuk ataupun tidak .

Dia telah meminta cuti pada Maisarah dan sekarang dia sedang berfikir untuk bercuti di mana .

   Sedang asyik dia melipat bajunya , tiba tiba telefonnya berdering meminta diangkat . Dengan malas Husna mencapai telefon bimbitnya itu .

    " Hello siapa ni ? salah nombor kan ? jangan buang masa aku boleh tak , aku busy ni , kalau kau scammer better kau end je call ni kalau kau taknak aku bunuh kau " belum sempat si pemanggil bersuara Husna telah bersuara dahulu dengan pakej menggugut lagi .

Terdengar tawa di hujung talian seolah olah terhibur dengan kata katanya .

wahh ketawa nya ganteng gaes .

" Husna merepek apa ni sayang petang petang ni ? Effect makan nasi minyak rumah Syahirah ke ni ?" Tanya Lelaki yang mentertawakannya tadi .

Dan Husna termalu sendiri apabila dia mengecam suara itu , Fariz Haikal . Heronya .

Dahla dengan selamba memanggilnya sayang , aduuh maluu .

    " ish ingatkan scammer tadi hehe " kata nya dan menekan speaker agar suara Haikal dapat didengari lalu dia meletakkan telefonnya di atas katil .

" hmm , husna buat apa ? Busy sangat ke ?" tanya Haikal . Husna yang sedang melipat kain itu menghentikan perbuatan nya .

" tengah packing baju ni ha , busy la jugak , qal call kenapa ?" tanya nya terus lagipun dia ingin tidur pula selepas ini .

" nak pergi mana packing baju bagai"tanya Haikal hairan . 

      " nak pergi bercuti -"

" NAKK IKUTTT " dapat didengar suara teruja Haikal belum sempat dia ingin menyambung ayatnya .

" tapi husna tak tahu nak pergi mana lah , tapi husna pergi sorang sorang " banyak tapi nya namun ia tidak menghalang seorang Haikal untuk terus meminta agar mengizinkannya untuk menyertai.

" Qal ikut eh ? takkan ada apa apa berlaku . Qal janji akan jaga batas lagipun bahaya Husna pergi seorang diri " pujuk Haikal lagi dan Husna terus bersetuju .

*******

     Afif yang sedang menelefon Husna berhenti apabila melihat Faziq masuk ke dalam bilik yang menempatkan dirinya .

Faziq tersenyum gugup apabila Afif hanya menayang wajah ketat padanya , wajarla Faziq takut kerana Afif lebih tua darinya dan merupakan bosnya  .

" kenapa Afif ? Aku ada buat salah ek" tanya nya ragu ragu walaupun Afif tidak memandangnya tetapi Afif sibuk menelefon seseorang .

" Husna kat mana sekarang ?" tanya nya selamba dan meletakkan telefonnya di tepi . " dia balik rumah dia kan tadi ?" tanya Faziq kembali .

" kenapa dia tak angkat call aku ? Suruh sesiapa periksa keberadaan dia di rumah sekarang !" Arah Afif dan Faziq segera membuka telefon dan menghubungi seseorang .

  Terketar ketar tangannya memegang telefon akibat Afif asyik merenung nya tajam . " apa ? Kau yakin ke bro ?" Tanya nya separa berbisik takut didengari oleh Afif .

" cari dia dan inform pada aku " katanya sebelum memutuskan talian .

   Faziq kemudiannya menatap Afif takut takut. " Husna takde kat rumah, aku dah suruh orang kita cari dia " katanya dan Afif mengganguk .

" Kau tahukan Faziq , sekarang musuh aku ramai . Aku takut kalau diorang apa apakan kakak aku tu , dahla lembik minah tu pastu single pula haih" rungut nya dan Faziq mengganguk perlahan .

" Afif , kemalangan kau ni memang dirancang dan disengajakan . Orang kita sendiri yang khianat . Jangan risau aku dah ajar jantan yang sabotaj motor kau tu " jelas nya dan Afif meraup wajahnya kasar sambil mengeluh .

Memang dia dah agak kemalangan nya ini memang dirancang .

" kau kata nak datang dengan Dee ? Mana dia " tanya Afif yang baru sedar Faziq hanya sendirian .

" Dia ada pergi tandas tadi lepasni sampai- haaa tu panjang umur "belum sempat Faziq menjawab Dee muncul sambil tersengih bila sedar dirinya dicari .

********

" Emm , qal memang langsung tak bercinta ke selepas kita break " tanya Husna setelah sekian lama diam . Haikal yang sedang memandu itu tersenyum dengan soalan yang diajukan padanya .

" Husna , kan qal dah beritahu tujuan kita break sebab qal nak belajar dan selama ni qal langsung tak pandang perempuan lain sebab tujuan qal kan cuma untuk belajar dan banggakan abah dengan umi " terangnya dan Husna hanya meng'oooo'kan sahaja .

      " angkatla phone tu bisingla " kata Haikal dan Husna yang asyik menatap ke luar tingkap mencapai beg tangannya .

Dia terus menjawab panggilan tersebut memandangkan orang yang menelefon bukanlah adiknya .

" WEHH HUSNA KAU NI KAN MENYUSAHKAN TAU , AFIF UGUT AKU UNTUK CALL KAU SAMPAI DAPAT KALAU TAK DIA NAK PECAT AKUU, ALHAMDULILLAH ANGKAT JUGA KAU EK " Husna menjauhkan telefon dari telinga nya dan mendekatkan pada telinga Haikal .

Kebetulan dia tekan speaker tadi memang kuatlah suara si Adilla ni .

" bisingla sayang , suara siapa tu ?" tanya Haikal dan si pemanggil diam apabila terdengar suara lelaki .

Husna menahan gelak , memang lucu gila dengar Adilla membebel .

" Adilla ni ha , suara dia memang kuat , Alhamdulillah la dia ni jenis yang tak banyak bercakap " jawab Husna pada Haikal  dan masih mengabaikan Adilla di talian.

" HELLOO , please eh aku call sebab nak tahu keberadaan kau bukannya nak dengar korang berzina eh please" kata Adilla selamba dan jelas membuatkan keduanya terdiam .

" sumpah kau menyakitkan hati betul sekarang Adilla " kata Husna dan kemudiannya menutup speaker tak mahu Haikal dengar perbualan mereka .

" aku sekarang ada dengan Haikal , dijamin selamat , beritahu Afif aku okay je " katanya .

" gila pandai adik kau menggugut aku sekarang , aku tahulah aku kerja kat syarikat dia tapi tak perlu la nak ugut aku sebab kan kakak gila dia " luah Adilla .

" Kau juga mulut makin tajam sejak kerja dengan dia " kata Husna redha bila dilabel gila oleh Adilla malas juga mahu membalas sebab Adilla sekarang dan pandai nak sindir sindir orang sebijik macam Afif !

Semoga berjodoh !!

" aku rasa sesuai juga kau dengan Afif , dua dua mulut tajam mesti kecoh kan bila gaduh sebab dua dua tak nak kalah " sebaik sahaja Husna menuturkan itu dia terus memutuskan talian dan mematikan telefonnya .

Dia tahu mesti Adilla mengamuk ni .

××××××

vote for next . Pergila usya cerita saya yang lain ! vote tau biar saya sedar sikit untuk update .

Husna love's ♡︎Where stories live. Discover now