BAB 24 🌼

24 3 3
                                    

  " patutlaa haikal jeling aku semacam , rupanya dia dah tahu " kata Husna yang duduk di bangku kantin sambil mengunyah roti yang dibelinya , syahirah juga minum air kotak milo yang dibeli .

  buat kali pertama dia ponteng kelas bersama syahirah terchenta , rakan baiknya dari sekolah rendah . " syaa kau kena teman aku jumpa aydan masa nak balik nanti , aku kena maki dia pastu suruh dia beritahu cikgu yang sebenarnya aku dengan dia bukan berdua " kata Husna bersungguh sungguh , dia tetap tenang walaupun tahu dirinya sedang dibenci oleh kawan baik dan boyfren nya sendiri .

  " apa yang amira tu tak puas hati dengan kau ek " tanya syahirah sambil itu memandang sekeliling manatahu ada cikgu boleh la terus lari hehe .

  " ish manalah aku tahu betina tu tak puas hati apa dengan aku hm " husna mula meletakkan kepala di bahu syahirah .

  " kau kena kuat husna , aku ada untuk kau . tk sangka sebab Aydan , zira dan aralyn tiba tiba tanak kawan dengan kau " kata syahirah mengusap bahu husna cuba menyalurkan kekuatan pada husna .

  Sedang mereka menghabiskan makanan tiba tiba bahu mereka disentuh dari belakang , habis meremang bulu roma mereka lalu segera berpaling belakang .

  " dasar lu dilla , terkejot berok aku dho " marah Husna lalu memukul adilla dengan sengaja sebagai balasan kerana mengejutkannya . Syahirah pula tergelak lucu kerana tindakan drastik husna .

  Husna masih tetap memukul Adilla dengan plastik roti hingga Adilla mencubit lengan Husna , meraung kesakitan dia manakala syahirah ketawa terbahak bahak .

   " kau dari mana adilla ? " tanya Syahirah mengelap mata yang berair kerana ketawa tadi . " aku keluar cari korang , aralyn dengan zira entah ke mana " kata Adilla lalu duduk di hadapan syahirah dan husna yang masih menjeling nya tidak puas hati .

  " aku ingat kau tak nak kawan dengan aku dah " kata Husna pada Adilla dengan nada sedih .

  " kenapa pulak , aku tadi tengah fikir sape yang salah pastu aku terfikir entah ntah amira tu fitnah kau , jadi sekarang aku nak tahu cerita sebenar "

    " semua ni berpunca dari kau la adilla , aydan beria nak nombor telefon kau "kata Husna membuatkan kedua dua kawannya terkejut .

***

    " tak sekarang ni , ape function kau perangkap aydan dengan budak ni " tanya Tacaa melihat video yang dirakam oleh Amira .

  Dialah yang memanggil ustaz ke situ manakala amira menyorok di dalam . kasut ? tentulah dia sorok kasut amira , buat kerja kena clean bro ! .

  " budak tu suka crush kau tacaa , ketua pengawas sekolah ni , Fariz Haikal " beritahu Amiraa . Belum sempat Tacaa ingin menyampuk Amira berkata lagi .

  " diorang bercinta tacaaa " kata Amira lagi . Dengan kuat Tacaa menepuk singki tandas dan mengaduh kesakitan .

  " patutlaa , haikal tak notice aku rupanya dia suka perempuan pendek " kata Tacaa lagi , dan amira tidak kesah , lantak kau la tacaa .

  baru sahaja tacaa ingin meneruskan percakapannya tiba tiba dua pelajar perempuan masuk ke tandas , dan dia melihat ke arah amira yang seolah olah menyuruhnya untuk berbuat sesuatu .

  " tak sangka la kan amira , classmate kita aydan taste dia budak macamtu " tacaa memulakan sambil itu dia menjeling pelajar perempuan tersebut yang merupakan shazira dan seorang lagi Aralyn yang telah masuk ke tandas .

   " kann , sian ek sape yang suka aydan tu " tambah Amira lalu tiba tiba dia seolah olah baru perasan akan kehadiran zira dan menegur .

  " eh bukan kau ke yang suka dekat Aydan tu kan " tanya amira membuat riak wajah zira serta merta berubah . " macam mana akak tahu ? " tanya Zira polos .

  " satu sekolah dah tahu awak , pakwe akak awak la bagitahu tapi kitaorang buat buat tak tahu je " jawab tacaa mewakili amira .

  " kak risa pun ade bagitahu pasal ni " tambah tacaaa lagi cuba memburuk burukkan orang lain .

   " kak risa bukan akak dia ke , akak sendiri bukak aib adik ek HAHAHAH " sampuk amira tergelak membuatkan zira terdiam menahan airmata dari mengalir .

   " woi , tak payah nak burukkan akak dekat adik dia la , kau orang ni mengarut je semua , jom zira " Aralyn menarik tangan zira untuk keluar .

   " kalau kakak aku pun diaorang boleh mengata tak mustahil husna sebenarnya kena fitnah kan alyn ?" tanya zira pada aralyn dan mereka berdua merenung .

××××××

Husna love's ♡︎Where stories live. Discover now