BAB 15 💛

45 4 3
                                    

      " weh husna " panggil Shazira yang duduk di sebelah Husna yang ralit menyalin apa yang ditulis oleh cikgu di papan putih. Husna memandang Zira sekilas lalu zira menyambung bicara.

  " semalam kan masa kakak senior langgar Adilla kau ada cakap, ada someone usya kita  , siapa ek? " tanya Zira , husna yang telah selesai menyalin meletakkan pen nya dan memikirkan ayat untuk dijawab pada Zira.

  " sebenarnya, aku nampak Aydan usya kita sejak kakak tu langgar Adilla sampai la aku ajak korang ke kelas " beritahu Husna membuatkan Zira sedikit terkejut lalu overthingking.

  " kenapa pulak dia nak usya kita ek, dia dekat mana masatu " tanya Zira lagi. " dia dekat kelas sebelah, dia tengok kita di tingkap, scary jugak bila dia tenung je kita " kata Husna membuatkan zira bertambah over thinking.

  " tapi aku tengok Aydan macam.. " belum sempat Husna menyambung kata katanya Cikgu Aisya telah kembali dari tandas dan menyambung sesi pembelajaran yang tertangguh kerana dia ke tandas.

  " arh biarkan jela " kata husna dalam hati nya sendiri lalu memandang ke papan putih dan menumpukan perhatian.

********

    Seperti biasa Haikal dan Rahim berjalan bersama sama untuk ke tandas. Tak syok la pergi tandas sorang sorang takde member nak membawang dalam tandas tau.

    Sebenarnya mereka boleh sahaja guna jalan dekat untuk ke tandas tapi Haikal mahu usya girlfriend dia jadi mereka guna jalan jauh, lalu depan tingkatan 2 untuk ke tandas.

   Bila lalu depan kelas Husna dia terus la tengok , kelihatan ada cikgu Aisya sedang mengajar mata pelajaran matematik. Sebaik sahaja memandang Husna yang duduk bersila di atas kerusi nya, mereka ter eye contact saling menatap antara satu sama lain dan Husna mengukirkan senyuman.

  Membuatkan terasa seperti ada rama rama terbang dalam perut gitu, eh melebih pula aku em.

Rahim turut memandang dan nampak Husna senyum kepada Haikal. Tiba tiba cikgu Aisya memandang ke luar kelas terus mereka mengalihkan pandangan.

  " haikal, rahim pergi masuk kelas buat apa merayau rayau ni haih, tahun ni korang spm kan " kata Cikgu Aisya bercekak pinggang memandang dua orang lelaki tersebut.

" kejap cikgu nak pergi tandas dulu " jawab Rahim dan dengan laju mereka berjalan ke tandas. Husna pula menahan tawa kerana lucu dengan Haikal punya gelabah bila kena jerkah dengan makcik saudaranya itu.

" ehh aku mimpi ke bro? " tanya Haikal pada Rahim tidak percaya. " kau tak mimpi weh, tak mimpi, pasni kau kena face to face dengan husna wehh minta maaf, kena gentleman gitu." Cadang Rahim dan Haikal mengganguk faham.

*********

" sofea, kau tengok tak status Aydan semalam? " tanya zira apabila sofea sedang menyapu di meja nya. " tengok, dia mention girl insial ' D ' " kata Sofea yang sudah berhenti menyapu, husna pula hanya menjadi pendengar setia tidak menyampuk .

" siapa D tu eh feaaaa " tanya Zira separuh menangis, iyela crush weh dahla nama dia takde huruf D langsung. " tak tahu la, aku tanya la Aydan semalam dia kata insial nama crush dia " beritahu Sofea pula membuatkan Zira makin ingin meraung di situ  .

  Husna pula mendengar sambil berfikir siapa D tu, ingin juga dia menyampuk mengatakan siapa yang dia sedang fikirkan tapi dia takut.

Takut kalau sebenarnya semua itu betul.


           " psst airin husna " panggil seseorang apabila Husna berjalan sendirian menuju ke pejabat untuk menghantar buku kepada cikgu.

  Apabila melihat siapa orang yang memanggil dia, dia hanya menjeling dan meneruskan perjalanannya. " kakakkkk " panggil Afif sambil menarik tangan husna .

  " alololo baby ni nak apa, cakap cepat aku nak hantar buku ke pejabat ni ha, nak duit aku takde " kata Husna dan membiarkan Afif memegang tangannya,

   " abang Haikal nak jumpa hakak dekat tempat biasa " beritahu Afif, " ish tanakla pergi sorang sorang tak elok berdua duaan " kata Husna pula menggeleng laju.

   " takla afif teman, buku ni kasi dekat Rayyan " kata Afif lalu dengan selamba badaknya dia mengambil buku dari tangan Husna dan memberi pada Rayyan yang kebetulan bAru sampai.

   " banyak cantik engko, tapi takpe la rayyan okay je kalau kakak husna suruh hehe " kata Rayyan entah ikhlas ke tidak, husna tersengih saja pada kawan Afif itu.

   " bagi pada Cikgu Isma tau " beritahu Husna sebelum dia pergi beiringan bersama Afif ke ' tempat biasa ' yang dikatakan oleh Haikal.

××××××××××××××

Husna love's ♡︎Where stories live. Discover now