BAB 30 🌼

30 3 1
                                    

   1 bulan kemudian .....

   " Umi , qal nak pergi sekolah kejap tau , ada nak jumpa someone " beritahu Haikal pada Puan Balkis yang sedang menyapu halaman rumah .

Puan Balkis meletakkan penyapu yang dipegangnya di tepi dan menyambut huluran Haikal yang ingin menyalami nya sebelum pergi .

  " jangan balik lewat tau petang nanti ibu bapa sal nak datang " beritahu Puan Balkis menggosok kepala Haikal dan Haikal mengganguk faham lalu pergi ke arah motornya .



   " Afif , cepatlah kau ni kalau kita pergi awal awal dapat buku baru baru sikit " marah Husna pada Afif yang baru siap mandi manakala dirinya telah siap sepenuhnya .

  " kau ni sabarla aku nak pakai baju ni dulu , dapat buku baru ke lama bersyukur jela at least dapat buku " bebel nya dan mendapat jelingan dari kakaknya Husna .

  " eh husna , ibu mana ? Aku nak keluar ni " tanya Maisarah yang baru keluar dari biliknya .

  " ibu dalam bilik kot sebab harini katanya cuti , kau ni cantik cantik nak jumpa Aydan eaa " sakat husna sambil memandang kakaknya atas bawah .

  " Diam ah kau , aku nak pergi minta izin dengan ibu dulu tau tau " kata Maisarah sempat juga dia menbaling bantal kecil kepada Husna .











     " ish mana Husna ni lama benar dahla suruh aku pegang buku dia " bebel Zira walaupun baru 5 minit Husna pergi bersama Haikal entah ke mana .

  " eh zira , letaklah buku tu nampak berat je " tegur Afiq yang entah dari mana muncul menegur Zira .

  " eh afiq " kata zira tidak sangka afiq menegurnya , sejak Zira menolak cinta Afiq , Afiq tidak lagi menegur nya mungkin dalam proses move on . Lagi pula Hariz ada memberitahu nya bahawa Afiq telah mempunyai kekasih .

  " apahal kau terkejut dengan aku " tanya Afiq hairan dan memandang Zira .

  " err takdelah "

  " yow bro Afiq , dating ke tu " sapa Hariz bersama Ayyan dan Aydan yang berada di belakang Ayyan.

  Sempat juga Zira bertentang mata dengan Aydan sebelum Aydan pergi setelah memberitahu sesuatu kepada Ayyan.

  " aku pergi dekat syahirah jelah bye " Zira pergi ke arah Syahirah sambil membawa buku miliknya dan Buku Husna .

  

*******

    " Apa yang haikal nak beritahu sampai perlu jauh dari semua orang , bahaya la berduaan " tanya Husna polos pada Haikal yang menunduk seperti tidak sanggup untuk memberitahu .

  " Qal cintakan husna " kata nya dan dengan cepat husna membalas " ye tahu lah " balas Husna tanpa menunggu Haikal menyambung lagi .

" qal nak kita berpisah dulu , kalau ada jodoh kita akan jumpa di masa depan" kata Haikal dalam satu nafas dan Husna pula terasa sesak di dada.

  " husna tak boleh bantah , lagipun qal masih cintakan husna kan ? " tanya Husna cuba mendapatkan kepastian .

Haikal mengganguk sebelum air mata nya menitis jatuh ke tanah , dan Husna juga menahan tangis .

  " husna tetap akan tunggu qal dan takkan berhenti mencintai qal selagi qal belum jumpa bahagia qal sendiri " beritahu Husna dalam esak tangis nya sendiri .

  Haikal mendekati Husna sehingga Husna mendongak memandang Haikal yang tersenyum manis kepadanya .




******

   " lama ke tunggu aku ? " Tanya Husna mendekati Zira dan Syahirah yang berbual kosong , Zira menatap Husna dengan tajam .

  " takyah nak membebel la yela aku salah sebab lama sangat " Husna mengakui kesalahan nya , pipi nya masih terasa panas dengan tindakan Haikal tadi .

  Dia juga masih terasa tidak selesa dengan bibirnya dan mula terbayangkan hal tadi.

  " oh ya kenapa mata kau macam lepas nangis " tanya Zira memandang Husna yang berdiri sebelum Husna duduk di sebelah Syahirah .

  " alah habuk banyak tadi " Husna beralasan sambil mengelap matanya yang masih tersisa airmata .

  " ade something jadi ke una , nampak pelik je kau ni " tanya Syahirah memandang Husna yang seperti sudah cuak dengan soalan Syahirah dan Zira .

   " arh takdelah , meh buku aku , terima kasih tau aku nak balik dulu babai " kata Husna sempat meletakkan rm5 di depan Zira sebagai tanda terima kasih dan berlari pergi .

Zira ni susah sikit nak terima duit , yang senang nak terima duit adalah Syahirah dan Adilla .


...



  

Husna love's ♡︎Where stories live. Discover now