BAB 18 🌼

38 3 0
                                    

    Haikal memandang jam locengnya yang berbunyi lalu menutupnya . Dia bingkas bangun dari tidurnya dan bersila di katil , membaca doa bangun tidur lalu , memandang Rahim yang tidur di katil atas .

   " rahim , bangun la pergi sekolah " kejut Haikal pada Rahim yang berbungkus dalam selimut kerana cuaca yang agak sejuk pada pagi itu .

  " kau mandi dulu la qal , kalau dah siap kejutkan aku tau " kata Rahim dalam keadaan menutup matanya , dah sedar tapi taknak bangun .

  Haikal geram dengan Rahim lalu menarik selimut rahim hingga menampakkan rahim yang tidak berbaju itu . " apeni haikal , aku sejuklah gila " marahnya yang sudah bangun mencari selimutnya .

   " abang haikal dengan rahim nak mandi dulu ke ?" tanya Rayyan yang juga rakan sebilik mereka .

   " pergi la dulu rayyan , nak kejut abang kau ni taknak bangun " jawab Haikal kepada Rayyan dan dibalas anggukan oleh Rayyan yang sudah ke bilik mandi bersama rakannya .

   " adik kau dah bangun rahim , memalukan betul la kau ni , kalau syahirah tahu ni memang direject rasanya " bebel Haikal sambil menggeleng kan kepalanya , dan tiba tiba Rahim bangun dan turun mengambil tuala nya membuatkan Haikal tersengih , haih kawan memang dah cinta benar dengan syahirah ni .

*******

     husna mendekati Shazira yang berdiri tegak tanpa menyedari dirinya yang datang dari belakang . " wei ziraaa " panggil Husna sambil menyentuh bahu Zira .

  Zira terkejut dan segera pusing belakang meletakkan jari telunjuk di bibirnya menyuruh Husna untuk diam . Husna terdiam memandang apa yang dipandang oleh zira .

   tak salah lagi , apa yang dipandang oleh zira itu ialah NOAH AYDAN yang sedang berbual bersama rakannya di bangku kantin , kadang Aydan ketawa entah apa yang dibualkan bersama rakannya itu .

   Husna tidak kesah ingin pergi meninggalkan zira yang berdiri di depan kelas tu , baru sahaja hendak pergi dia ternampak Aydan menegur seorang perempuan yang lalu di hadapannya  .

   Terbuntang matanya sama juga seperti zira , terus zira meninggalkan husna yang masih memandang adegan sweet itu . husna kira aydan tegur perempuan itu untuk bagi mini lope ke ape rupa rupanya perempuan tersebut terjatuhkan kunci motornya dan Aydan melihatnya .

  salah faham ni zira .

Husna masuk ke kelasnya dan duduk di sebelah zira , " aydan tegur perempuan tu sebab perempuan tu terjatuhkan barang la , jangan la cemburu tau " pujuk Husna dan kemudian Adilla masuk ke kelas dengan senyum melebar , eh cane husna tahu dia senyum sedangkan dia pakai mask ?

tengok mata pun dah tahu .

" dah , jangan la sedih sedih lagi tau " kata Husna dan pergi ke arah Adilla yang baru masuk itu bersama Syahirah yang kebetulan baru sampai juga .

" ehh dilla kau pakai beg baru " tegur Husna baru menyedari sambil memandang beg baru adilla yang bewarna kuning itu . " aku rasa macam pernah tengok beg ini , Ya Allah dilla " Husna baru menyedari dan menarik Adilla ke hujung kelas .

   Syahirah memandang husna hairan , dah kenapa pulak minah ni ghisau .

   " aydan tegur kau tadi sebab kunci motor kau jatuh ke masa kau lalu kat kantin tadi ? " tanya Husna perlahan takut didengari oleh zira , dia juga memandang zira yang membelakangi mereka .

  " macam mana kau tahu , husna ?" tanya Adilla kembali agak cemas . " aku dengan zira nampak tadi dengan mata sendiri " jawab Husna .

    " zira tahu tu aku ? " tanya Adilla lagi , Husna menggeleng , yalah waktu itu Adilla membelakangi mereka oleh itu , Zira tidak perasaN kerana zira blah awal sangat , kalau zira tak blah tadi kan mesti zira dan Adilla dah bergusti eh dalam kelas .

   " jangan beritahu zira , rahsia kita je ni " kata Adilla dan Husna perlahan lahan mengganguk merasa bersalah  .

  ********

      " aydannn " panggil seseorang pada Aydan yang sedang bersendirian di dalam kelas  menghilangkan dahaganya dengan minum air yang dibawanya dari rumah .

   " oh ya mira nak apa " tanya Aydan dan kembali meneguk air kembali , dia agak penat kerana bergotong royong membersihkan kawasan sekolah tadi ,

   mira duduk di kerusi hadapan Aydan , Aydan tiba tiba memandang Amira .

   " cakap lah , jangan lama lama , tak elok kalau ada orang tengok kita berdua ni " katanya dan Amira meneguk air liur perlahan kerana Aydan kelihatan agak hot kerana rambutnya yang basah kerana peluh .

   " aku dapat tahu , ada seorang perempuan ni suka kau , and then dia kata kau suka dia juga " beritahu Amira .

   " siapa ? aku kenal ke ?" tanya Aydan dan Amira tersenyum sinis kerana rancangannya berjaya .

×××××

heroin sebenarnya husna tapi apasal zira pula banyak masalah ni HAHAHAH

 

Husna love's ♡︎Where stories live. Discover now