BAB 27 💛

23 2 2
                                    

    Husna menuang air susu ke dalam gelas lalu membawanya ke ruang tamu . Dia mencapai telefonnya pula . Terasa sangat bebas sekarang kerana ibunya telah pergi kerja manakala kakaknya Maisarah telah kembali ke universiti . Afif pula sekolah .

   " mesti kuat kan aralyn duk mengata aku kan HAHAHAH " bicaranya seorang diri di ruang tamu tersebut .

  " penatla macam ni , haikal mesti dah penat dengan aku kan , nak putus jela " katanya lagi masih bercakap seorang diri . lalu dia mengambil telefon miliknya dan menghantar mesej pada Haikal , harini kan hari rabu jadi mungkin esok baru haikal akan reply kerana dia kan asrama :) .

  

****


     Haikal berbual dengan Rahim sambil berjalan untuk masuk ke kelas mereka . Dan dia perasan air muka Rahim yang tiba tiba berubah dengan cepat dia memandang sekeliling lalu tahu punca kawannya yang kelihatan agak gugup itu .

   " syahirah " panggil Haikal membuatkan Rahim memandangnya dengan tajam risau juga dengan kawan dia seorang ni .

   syahirah yang berjalan berdua dengan Aralyn itu berhenti seketika dan memandang haikal seolah bertanya kenapa .

  " kenapa husna tak datang harini ?" tanya Haikal dan Rahim kelihatan lega dengan soalan yang keluar dari mulut Haikal .

   " tah dia malas rasanya " jawab Syahirah selamba , lagi pula Haikal mesti dah faham perangai awek dia sorang tu pemalassss .

    " ohh okay " Haikal mengganguk faham dan ketika Syahirah dan Aralyn ingin pergi tiba tiba Haikal memanggil lagi . Rahim juga hairan dengan Haikal .

    " Rahim kirim salam dekat syahirah " beritahu nya kebetulan waktu itu tidak ada orang yang lalu lalang jadi dia berani untuk mengusik kawannya itu . laju sahaja Rahim menumbuk perut Haikal hingga dia mengaduh kesakitan .

    Syahirah dan Aralyn pula berjalan laju , kata kata tadi dibiarkan bagai angin berlalu tanpa mereka merespon apapun . Tapi siapa tahu kata kata itu mampu membuat hati  Syahirah bergetar sedikit .

    " bodo la haikal apahal kau ni " marah Rahim memandang Syahirah yang sudah berlalu pergi . Haikal masih menggosok perutnya yang sakit kerana ditumbuk oleh Rahim tadi .

  langsung tiada rasa bersalah Rahim menumbuknya , tidak meminta maaf pun !

   " kau lagi bodo , kau tumbuk perut aku ni kenapa , aku ni bukannya buncit macam Haziq dho , aku ni kurus kering you know " marah Haikal pula .

   " biar rasa sikit aku ni malu kau tahu tak " katanya dan menyambung perjalan untuk ke kelas yang terhenti kerana Haikal acah nak tanya pasal Husna padahal nak kenakan dia .

      Haikal mengejar nya dari belakang sudah tidak menggosok perutnya . " ala kita kena lah bagi klu klu sikit , kau ni aku nak tengok syahirah ni sukakan kau balik tak tu je " Haikal beralasan dan Rahim menjelingnya .

 
****

  
       " Aydan , gempak dho kau reject amira tadi macam drama " kata Hazim yang baru tiba lalu duduk di kerusi sebelah Aydan .

   " kau tahu dari mana ? " tanya Aydan pada Hazim rasanya hanya dia dan amira di sana , tidak perasan pula ada hamba Allah yang lain .

   " aku ada je belakang kau bongok , sampai hati kau tinggal aku , aku perhati je korang duk berdrama " jawab Hazim dengan semangat lalu tiba tiba rakan mereka yang lain bertanya tentang kejadian tadi .

   " tak payah nak bukak aib orang la Hazim , aku tahu lah Amira pernah reject kau tak payah la sampai nak malukan dia macamni " tegur Aydan bila Hazim mahu membuka mulut untuk bercerita tentang kejadian tadi .

  terus murung mereka semua sebab tak dapat tahu hal yang mereka rasa menarik , kerana Aydan orangnya tegas jadi bila dia melarang dia memang maksudkan nya oleh itu mereka tidak berani ingin melanggar larangan Aydan .

   " takpelah Hazim , Aydan nak jaga hati peminat dia " kata Muiz menepuk bahu Hazim yang kecewa kerana kata kata Aydan tadi agak deep sebenarnya .

  
****

     " Adilla , jujur ni aku nak tanya " zira menarik Adilla jauh dari rakan sekelas dan memegang kedua dua bahu Adilla memandang tepat ke mata Adilla .

   " kau suka Aydan ? " tanya Zira pada Adilla , terus Adilla menepis tangan zira dan mengeluh perlahan .

  " kau ni soalan sama je , aku tak suka Aydan la tak payah risau sangat " jawab Adilla dan Zira masih tidak percaya lalu cuba mengeluarkan beberapa bukti yang menunjukkan Adilla sukakan Aydan .

  dan Adilla langsung tidak peduli pada Zira yang tengah membebel lalu dia mula mengambil pensel box miliknya sendiri untuk dijadikan bantal tidurnya di kelas .



    ×××××××××××××

enjoy and jangan lupa vote before back <<<<

  

Husna love's ♡︎Where stories live. Discover now