4.

10.4K 898 123
                                    

Semalam ada yang cakap, chapter sebelah pendek. Nah bab ni ada 1600k words 🙄 kira banyak dah tu.

Time Stamp.

Huluran mug dengan asap nipis itu disambut sebelum dibawa ke bibir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Huluran mug dengan asap nipis itu disambut sebelum dibawa ke bibir. Perlahan air berwarna coklat pekat itu dihirup menuruni rengkung. Lega dan sedikit menenangkan. Hilang sekejap segala sesak yang memenuhi kepala selepas hampir sejam panas telinga menjawab panggilan.

    “Thanks.” Sara meletak semula mug yang baru luak suku isinya itu ke atas meja. Senyuman diukir untuk Fahin, desk mate merangkap housemate bertauliah.

     “Muka kau stress sangat, aku nak tegur pun tak berani.” Fahin membalas tanpa menatap Sara. Fokusnya terarah pada layar PC di depan.

      “Concall dengan wakil Fleur. Mahu tak stress.” Sara menyandarkan tubuh ke belakang. Tangan kiri naik mengurut pelipis.

      “Conference Call? Tak settle lagi? Sebelum cuti kahwin abang kau hari tu, bukan ke kau dah jumpa dia orang?”

Fleur de Amore tu sebuah jenama pakaian yang tengah naik daun. Sejak dua bulan lepas meeting kata nak guna khidmat syarikat mereka untuk marketing tapi macam tak jumpa kata sepakat je gayanya.

      “Bos dia tak berkenan dengan layout dengan design tempoh hari. Nak tukar konsep katanya. Entah la pening aku.” Sara dah tak larat nak semakkan kepala sendiri.

Hampir dua tahun dia berkerja di bawah syarikat digital marketing agency ini, hampir dua tahun tu juga la dia selalu sakit kepala sebab hadap klien pelbagai ragam. Belum masuk bab bos yang garang asyik nak menang through and through je.

Masa isi borang dulu dia cuma mohon jadi designer entah macam mana boleh sesat jadi content writer pun tak tahu.

     “Abah dia! Ingat nak buat layout tu satu dua jam ke? Maksudnya kena ubah postplan la ni?” Fahin menatap Sara dengan riak ngeri.

Postplan tu plan konten yang akan dimuat naik dalam period tertentu berdasarkan permintaan klien. Bukan tak tahu berapa malam Sara tu kena berkampung dekat office dengan budak design yang lain semata nak brainstorming idea. Bukan sekali dua juga usul mereka ditolak oleh bos.

      “Macam tu la nampaknya.” Apa lagi yang Sara mampu balas? Lepas ni memang dia kena buat sesi aduan rakyat dengan Hanim, budak design yang jadi partner sehidup semati dia hadap beban kerja.

Sedar tak sedar, jarum panjang pada jam dinding yang tergantung dah selamat menunjuk angka sembilan. 45 minit selepas pukul lapan.

Selesai makan tengah hari tadi, Sara terus tenggelam dengan kerjanya. Memula semula dari awal dengan bantuan Hanim dan sekarang baru 60% kerja yang siap.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now