9.

9.7K 894 156
                                    

Saya tengah bercuti dengan family jadi kena pandai curi masa nak menaip 😭 minta maaf kalau tak konsisten update huhu, saya usaha okey ❤

Time Stamp.

Langkah kaki dibawa beriringan dengan langkah yang lebih lebar di sebelah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah kaki dibawa beriringan dengan langkah yang lebih lebar di sebelah. Hanya pemilik kaki jenjang di sebelahnya ini lebih cepat di hadapan. Masing-masing hanya senyap mengitari Pavillion hampir 15 minit sejak mereka tiba.

Selepas Ghaz dengan agenda mengajak Sara untuk keluar hari ini, mereka masih belum membuka mulut duduk sekali untuk berbincang macam yang Ghaz kata. Bahkan tujuan Sara ikut Ghaz ke sini pun, Sara tak tahu. Main ikut je tak banyak protes masa Ghaz memasuki kawasan parking tadi.

    “Kau ada nak cari apa-apa tak dalam ni?” Ghaz menoleh sedikit ke arah Sara sambil langkahnya diperlahankan.

    “Awak nak shopping ke?” Sara mendongak menatap wajah Ghaz. Apa random sangat la dia ni pun? Semalam kata nak jumpa untuk bincang pasal hal masing-masing, elok pula jalan sekali dalam shopping mall ni.

    “Tak adalah shopping sangat pun. Aku nak cari kemeja dengan tie je.” Bahana bawa barang macam sehari dua je pulang ke sini, tak perasan yang dia cuma angkut dua helai kemeja je. Tak kan dalam tempoh sebulan nak hadap klien pakai baju yang sama?

Sara mengangguk faham. Matanya meliar memerhati kawasan yang meriah dengan pengunjung itu. Harap-haraplah dia tak jumpa sesiapa yang familiar nanti. Mahu tergeliat lidah dia nak menyusun ayat kalau disoal.

Hampir setengah jam, Sara hanya mengekor langkah panjang Ghaz. Dari satu kedai ke satu kedai mereka masuk dan sepanjang tempoh singkat tu, Sara dapat faham yang seorang Ghaz Ibrahim agak 'menjaga' dalam hal berkaitan penampilan.

Entah apa yang Ghaz nak sebenarnya. Cari kemeja je pun? Ni kalau Sara keluar dengan Eilyas, tak adanya dalam tempoh 26 minit tu dihabiskan dengan keluar masuk kedai. Dah dapat yang berkenan, bayar dan balik. Jarang Sara jumpa lelaki yang rajin buat window shopping.

    “Kenapa?” Ghaz menatap Sara dengan kening terjongket. Kegiatan membelek kemejanya terhenti sekejap apabila perasan yang Sara tu renung dia tak berkelip.

   “Jauh beza awak dengan abang Eilyas.” Sara menjawab jujur dan disambut dengan Ghaz yang tersenyum senget.

    “Nak cakap aku cerewet ke?” Perbandingan tanpa konteks yang jelas dari Sara itu, Ghaz dapat tangkap maksudnya. Eilyas kawan baik dia dan bukan setahun dua mereka tinggal sekali zaman belajar dulu.

   “Tak la, terkejut je nampak lelaki semangat shopping.”

    “Anggap je la self-reward. Selagi mampu, kenapa tak?” Bagi Ghaz, berbelanja entah untuk sekecil apa pun dan jika itu untuk diri sendiri, tak salah untuk dapatkan yang terbaik selagi tak berlebihan. Bila lagi nak manjakan diri sendiri selepas berhempas pulas berkerja?

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now