27.

8.8K 847 264
                                    

Excited sebab dah nak masuk bab 30 😭❤

Time Stamp.

Tali sling bag yang melorot jatuh, dibetulkan semula kedudukannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tali sling bag yang melorot jatuh, dibetulkan semula kedudukannya. Setelah itu Sara bangkit dari kubikelnya dan berjalan menghampiri suis utama divisyen bahagian design. Suis ditutup meninggalkan hanya lampu koridor sebagai penerang.

Jam dah menginjak ke pukul sembilan saat kaki Sara menapak keluar dari lif menghampiri lobi utama. Hari ni, dia sengaja sibukkan diri dengan kerja. Nak distract diri dari fikir hal yang bolah buat dia jadi susah nak mengawal emosi.

Paling tak, hadap design yang berlambak tu, hati Sara tak sakit. Kepala dia dah sedia penuh sesak dengan segala andaian yang tak berasas.

Deg!

Langkah Sara terhenti 20 meter dari ruang menunggu berhampiran dengan meja receptionist. Nafas yang mula terasa sempit, ditarik panjang cuba untuk menenangkan degup jantung yang mula tak stabil.

Nampaknya usaha dia untuk mengalih fikiran seharian ini sia-sia. 

Di sofa yang disediakan untuk orang awam itu, kelihatan susuk tubuh Ghaz sedang tunduk menatap telefonnya. Entah dah berapa lama Ghaz menunggu, yang pasti Sara tahu yang dia tak akan dapat balik ke rumah sewanya tanpa menemui Ghaz dulu.

   "Ghaz." Hampir seminit kakinya terpasak pada lantai, Sara menggagahkan diri untuk menghampiri Ghaz. 

Ghaz mendongak, pandangannya dipaku pada wajah Sara. Dalam hati dia meringis apabila perasan dengan lingkaran hitam yang menghiasi bawah mata wanita itu. Ada serba salah yang menyeruak.

    "Kau nampak penat. Dah makan?" Ghaz bangkit dan maju beberapa langkah mendekat.

Sara tak tahu nak mengangguk atau tak sebab fokusnya sekarang lebih kepada kewujudan lelaki di depannya ini. Rasa macam mimpi je Ghaz sekarang tengah berdiri menghadap dia. Selepas hampir dua bulan. Selepas apa yang berlaku belakangan ini.

   "Awak nak apa?" Sara menarik nafas yang semakin terasa menyesakkan dada. Matanya dikelip, cuba menghalang cecair panas yang mula bergenang. Tolong la jangan lembik sangat. 'Jangan tunjuk yang kau tu tengah hancur.'

Ghaz tak membalas. Tiga saat wajah lesu Sara itu direnung dengan pandangan tak terbaca sebelum dia menghapus jarak mereka dan menarik Sara ke dalam pelukan. Tak ada balasan dari Sara, wanita itu hanya berdiri tegak dengan kedua tangannya jatuh ke sisi.

   "I miss you, my Belle." Perlahan ucapan itu disebut.

Sara memejam mata, menyembam wajahnya semakin erat ke dada Ghaz serentak tangisannya mula pecah. Tak ada suara esakan tapi Sara tahu yang Ghaz sedar dia tengah menangis sebab usapan tangan lelaki itu terasa menyentuh belakangnya seolah memujuk.

Ghaz melerai pelukannya hampir seminit mereka dalam keadaan begitu. Wajah sembab Sara didongak sebelum ibu jarinya mengusap pipi Sara yang basah.

    "Malam ni stay kondo." Ghaz memecah hening sebaik Sara dilihatnya lebih stabil dari emosi yang  mengasak.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now