19.

8.9K 836 116
                                    

Hallu, pekaba?

Time Stamp.

Dua jam berlalu selepas waktu pejabat selesai dan dia masih memaku duduk pada kerusi, masih juga menghadap layar PC dengan aplikasi Photoshop terpampang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua jam berlalu selepas waktu pejabat selesai dan dia masih memaku duduk pada kerusi, masih juga menghadap layar PC dengan aplikasi Photoshop terpampang. Sara menggeliat malas. Malam ni bukan dia seorang yang jadi tukang matikan suis lampu pejabat tak berbayar. Ada Fahin dan Zikri sekali.

Masing-masing tengah siapkan kerja yang menuntut. Tak menuntut sangat pun sebenarnya, cuma nak ringankan beban sementara ada masa lapang dan ruang bernafas sikit ni. Jadi tak terkejar sangat kalau ada kerja mendadak yang jatuh dari langit. Bukan boleh percaya big bos tu, nanti ada la muncul noti dalam group dengan arahan mandatori tak terbantah.

Sara menapak ke arah pantri, nak bancuh minuman dan masak maggie cup buat alas perut. Petang tadi dia cuma telan biskut Hup Seng dua keping cicah teh O panas. Sementara menunggu maggie kari yang direndam dalam air panas itu lembut, Sara membuka telefonnya. Modal buat hilang bosan.

Senyumannya terukir sebaik melihat status WhatsApp Amaya yang menunjukkan wajah mereka bersama makanan masing-masing. Tengah hari tadi, adik iparnya itu datang bawakan bento box untuk Sara. Katanya, dia bosan dan tak ada kawan yang nak diajak keluar jadi sengaja datang menjenguk.

Masa Sara tanya kenapa tak keluar dengan mummy atau daddy gadis itu, Amaya cuma cakap dia malas nak menyibuk kegiatan ibu bapanya. Bosan dan tak menarik kalau mengikut tanggapan adik perempuan Ghaz itu.

Ibu bapanya balik ke sini memang untuk bercuti tapi kegiatan percutian tu tak termasuk dalam senarai yang relevan untuk Amaya. Tak ada kerja dia nak teman daddy main golf atau join mummy lepak dengan geng wanita berstatusnya.

Macam-macam hal. Sara menggeleng kecil. Ingatannya serta merta terimbas pada kegiatan makan tengah hari mereka tadi. Masa tu dia dan Amaya mengambil tempat pada kafe yang terletak di tingkat satu office. Ketika itu juga dia dan Amaya tengah menyantap makanan masing-masing.

   'Minta maaf kalau soalan akak ni buat May rasa tak selesa...'

   'Nak tanya pasal abang converted ke?' May memintas laju dengan senyuman senget di bibirnya.

Bukan dia tak tahu yang Sara memang clueless dengan latar belakang hidup abangnya. Bukan tak perasan muka terkejut Sara masa kali pertama mereka berjumpa dan Amaya yang menggenggam kedua tangan dengan mata dipejam ketika mereka makan tempoh hari dan sekejap tadi.

    'Ke nak tanya pasal cara May baca doa?' Amaya masih dengan riak nakalnya, suka pula dia melihat Sara yang salah tingkah.

    'Akak ni kelakar la." Amaya tergelak kecil sebaik Sara cuma mampu tayang senyuman penuh serba salah. "Abang seorang je yang converted. Family Amaya Kristian. Tak, mummy dengan daddy je sebenarnya. May more to agnostik. I guess."

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now