23.

8K 738 170
                                    

Komen tembus 100, kita proceed double update 👀

Time Stamp.

Senyuman Sara terukir sebaik melihat Hawa yang dah menghempas tubuh ke atas katil sesaat selepas pintu chalet tempat mereka menginap ini dibuka

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Senyuman Sara terukir sebaik melihat Hawa yang dah menghempas tubuh ke atas katil sesaat selepas pintu chalet tempat mereka menginap ini dibuka. Sekilas, Sara melirik layar telefonnya memerhati jam. Pukul sembilan malam. Dia dan Hawa baru balik dari belanja buat keperluan dalam bilik. 

Sepanjang hari ini, mereka berdua sibuk menjelajah buat perangai acah terpaling pelancong. Bermula dari Kea Garden Mini Chalet yang dipilih oleh Hawa sebagai tempat mereka menginap ini, Sara tahu yang staycation mereka akan meriah. 

Lebih tepat, meriah dengan perangai Hawa menjadi pelancong dan Sara yang lebih kepada jurugambar.

Salah satu objektif yang Hawa tulis dalam proposalnya, memang dia nak tangkap gambar sebanyak yang boleh dengan pemandangan yang lawa. 

Hari ni je, entah dah berapa banyak gambar yang ditangkap. Jangankan ke tempat pelancongan yang popular, seluruh penjuru mini chalet ni rasanya dah habis jadi background gambar Hawa. 

Chalet yang memang khusus untuk dua orang ini dah macam rumah dalam The Hobbit walaupun bukan berbentuk bulat. Maksud Sara susun atur dalam chalet ni memang muat-muat dengan ruang yang agak terbatas. Bilik air dan surau pula berada di luar. 

Betul-betul macam tengah berkhemah tapi seronok. 

    “Esok nak pergi mana?” Sara menyangkut tudungnya sebelum mengambil tempat di sisi Hawa yang dah membetulkan posisi. Memberi ruang untuk dia.

    “Jap, Hawa tengok list.” Bersemangat Hawa membuka PDF proposalnya. “Esok pagi nak tengok kambing dekat The Sheep Sanctuary. Lepas tu nak pergi Big Red Strawberry.” Hawa sengih. Dah terbayang diri sendiri usap dan bagi makan biri-biri comel.

    “Kakak tengok, bulu biri-biri dia gebu.” Hawa menunjukkan layar telefonnya dengan muka teruja. 

    “Tiket berapa RM?” Sara memulangkan semula telefon Hawa. 

    “RM 8 seorang. Nanti dah habis round, kita singgah pasar malam Brichang, jom? Boleh beli makanan bawa balik bilik terus.” Hawa kembali sibuk membelek telefon dan merancang dalam kepala perjalanan mereka.

    “Boleh.” Sara sepanjang berada di sini, selain jadi jurugambar, dia juga jadi yang menurut perintah. Maklum, Sara bukan jenis yang rajin sangat berjalan melainkan ada yang mengajak dan sudi meneman.

Cutinya, dia selalu dihabiskan lepak dalam bilik sambil vibing lagu Taylor Swift dari playlist. Tak pun balik rumah umi dan abah.

   “Kak, nanti hantar gambar dekat Telegram tau, hantar dekat Whatsapp nanti pecah tak cantik. Hawa dah buat group hehe jadi tak serabut bercampur dengan chat.” Hawa memberi pesanan penaja. 

Sara IsabellaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum