30.

8.6K 798 203
                                    

Finally bab 30 😭 *crying emotionally*

Time Stamp.

Ketika ini, Sara rasa yang kakinya terapung di awangan sama macam roh dia yang terlepas dari jasad lepas nampak muka selamba Hawa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ketika ini, Sara rasa yang kakinya terapung di awangan sama macam roh dia yang terlepas dari jasad lepas nampak muka selamba Hawa. Jangan tanya sebab Sara pun tak tahu kenapa Hawa boleh terjengul depan pintu rumah sewa dia tanpa notis.

Jantung Sara dah melorot ke pinggang! Nasib baik yang nampak kejadian tadi tadi tu Hawa. Buatnya umi atau abah yang tiba-tiba datang menjenguk?

Nafas dihela. Tak perlu ditegur pun, Sara sendiri tahu yang muka dia sekarang pucat tengah tahan air mata yang nak gugur.

   "Sorry datang mengejut. Hawa dah chat kakak bagitau yang Hawa nak datang. Dah cuba call tapi tak bersambut." Hawa memecah hening.

Selepas dia dan Sara beriringan masuk tadi, mereka terus mengambil tempat di ruang tamu. Dah hampir 10 minit tapi tak ada yang bersuara jadi Hawa sengaja buka mulut dulu. Faham yang Sara terkejut tak habis lagi.

Sara melirik Hawa sekilas sebelum mengeluarkan telefonnya. Dalam hati, dia menyumpah diri sendiri sebab cuai. Seronok sangat perang mulut dengan Ghaz sampai tak perasan ada chat dan panggilan tak berjawab dari Hawa.

   "K... Kenapa Hawa datang sini? Kakak bukan nak halau, tapi terkejut sikit." Sara tak berani nak membalas tatapan Hawa.

   "Abah dapat jemputan ceramah malam nanti, jadi umi pun ikut sama. Hawa seorang je dekat rumah tu. Ingat nak pergi rumah abang tapi abang balik rumah Kak Raudha." Seringkas mungkin Hawa memberi penjelasan.

Sepi.

Sara mengangguk faham. Bukan hal luar biasa kalau abah dijemput sebagai speaker. Hawa yang memilih untuk datang ke sini tu yang tak terduga sebenarnya. Selalu, Sara yang akan balik dan temankan Hawa. Tak pun Hawa lepak rumah Eilyas.

    "H... Hawa tak nak tanya pasal tadi ke?" Soalan meminta, Sara tahu. Gaya nak gali lubang kubur sendiri je tanya soalan serupa tu, tapi sebelum overthinking dia melarat baiklah dia tanya dulu.

    "Kakak tak nak bagitahu ke?" Hawa membalas sama dengan soalan.

Tak, kenapa Hawa nampak lagi tenang berbanding Sara ni? Tak tahu ke tapak tangan Sara dah berpeluh dingin macam tengah tunggu hukuman sebab kantoi buat jenayah besar je gayanya.

    "Kenapa Hawa tak nampak terkejut?" Sara yang rasa nak kena heart attack.

    "Hawa dah tahu." Bahu dijongket dengan senyuman senget terukir. Lagi lebar sengihannya apabila Sara pula yang terkejut macam lepas dengar berita alien mendarat di bumi.

    "Hah?!" Speechless.

Hawa rolling eyes. Apa buat perangai pekak pula kakak seorang ni?

   "Macam mana? Sejak bila?" Kali ini, posisi Sara dah berpindah tempat. Ruang kosong di sisi Hawa atas sofa itu diambil dengan kedua tangan mencengkam lengan adiknya.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now