28.

9.4K 875 201
                                    

Bab yang awal-awal kan dah tunjuk Ghaz jenis direct, jangan la terkejut sangat.

Btw, meluah apa dekat chap sebelah sampai komen cecah 200? 💀

Time Stamp.

Sara membetulkan posisi tubuhnya sebelum menggeliat kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sara membetulkan posisi tubuhnya sebelum menggeliat kecil. Perlahan mata yang masih berat untuk celik, dibuka. Ruang bilik tetamu yang jadi tempat dia menginap itu gelap sama dengan kali terakhir dia merebahkan diri ke katil untuk tidur.

Tangannya dihulur, meraba meja sisi. Telefon dicapai dan mata disepetkan cuba menahan cahaya yang menyilaukan pandangan. Pukul lapan pagi. Hari ni Sabtu, jadi tak payah gelabah nak bersiap pergi kerja.

Tubuh yang baru nak beranjak bangun, langsung terhenti sebaik dia perasan sesuatu. Lambat-lambat dia menoleh ke sisi sebelum wajah Ghaz yang tenang memejam mata, kelihatan.

Sara kejung. Nafasnya tertahan.

Macam mana Ghaz boleh masuk dan tidur di sebelahnya? Sebelum tidur semalam, Sara yakin yang dia dah kunci pintu. Selepas solat Subuh tadi pun, Sara terjaga tanpa ada sesiapa yang berkongsi katil dengan dia.

    "G... Ghaz." Tangan Sara pantas bergerak menahan dada Ghaz apabila lelaki itu tiba-tiba memeluk dan menarik pinggangnya mendekat. Samar-samar nafas teratur lelaki yang masih memejam mata itu menampar wajahnya.

Allah, sikit lagi rasa nak kena heart attack! Tersampuk apa Ghaz Ibrahim ni? 

Sara semakin kalut apabila Ghaz membuka mata dan merenung dia tak berkelip. Tiga saat, senyuman segaris terukir di bibir lelaki itu. Tangannya tak tinggal diam, perlahan helaian rambut Sara yang terjuntai menutup wajahnya, diselak ke belakang.

   "Oh, jadi ni rasanya bangun tidur terus nampak muka isteri." Ghaz dengan suara serak baru bangun tidurnya menutur perlahan.

Speechless. Lidah Sara kehilangan fungsi tiba-tiba. Selepas perbualan mereka yang menguras emosi semalam, Ghaz boleh bangun dan buat perangai seolah tak ada benda yang jadi?!

   "Good morning, wifey." Ghaz menunduk sedikit, mencuri kucupan dari Sara. Hanya sesaat tapi melihat wajah Sara yang mula bertukar kemerahan, dia tersenyum senget. 

    "Kau blushing. Ingatkan lepas hantar selfie hari tu dah berani."

Allah, boleh tak kalau Sara tekup muka Ghaz dengan bantal? Biar tak jumpa nafas terus. Dari jarak mereka sekarang, Sara tak terkejut kalau Ghaz boleh dengar degup jantung Sara yang melebihi had normal.

Gila, Ghaz ada bipolar ke macam mana? Kenapa senang sangat lelaki yang masih menatap dia ini berubah emosi?

   "Lawak ke Ghaz?" Sara menyoal perlahan. 

Mungkin sebab hati dia masih belum puas dengan ayat pembelaan diri atau apa pun istilah yang diucap Ghaz semalam tentang kejadian di lapangan terbang dulu, Sara jadi sensitif. Rasa dipermainkan.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now